BAB 9

Romance Series 7717

Jamilah duduk di Restoran yang akan menemukan dia dengan lelaki yang akan menikahinya. Khalid Ibrahim. Sedap nama puji Jamilah dalam hati. Ketika ayahnya menyuarakan pendapatnya untuk dia bernikah, penat juga dia untuk membuat keputusan. Memandangkan itu saja jalan yang buat dia selamat dari gangguan lelaki yang tidak disenanginya. Ya, dia bersedia untuk menikah.

Jamilah melihat kelibat lelaki yang sama rupanya dengan gambar yang ayahnya berikan malam tadi. Ya, itu adalah Khalid Ibrahim. Lelaki tersebut seperti mencari seseorang dengan cepat Jamilah mengangkat tangannya supaya Ibrahim perasan dengan keberadaannya.

Kacaknya, Stop Jamilah.. Don't judge a book by it's cover. Mungkin dia kacak, tinggi dan berkulit putih, cukup sempurna pada pandangannya. Tapi, memilih suami biarlah kerana agamanya. Ya, aku bersetuju kerana agamanya. Ayah kata dia rajin pergi masjid.

Ibrahim berjalan perlahan pada gadis berpurdah yang melambai kearahnya. Berpurdah? abah tak cakap pun perempuan ni berpurdah? ni yang aku tak berkenan ni.

" Assalamualaikum.." Ibrahim memberi salam.

" Waalaikumsalam, Khalid Ibrahim?" Soal Jamilah meminta kepastian.

" Ya saya, panggil Ibrahim. Jamilah?" Soal Ibrahim pula.

" Ya, ni saya.." Jawab Jamilah dengan matanya disepetkan tanda dia senyum. Ibrahim terus menarik kerusi dan duduk dihadapan Jamilah.

" Err, kita makan dulu?" Soal Jamilah pada Ibrahim.

" Sekejap lagilah, kita tunggu kawan saya dulu." Ujar Ibrahim.

" Ok,"

" Umur saya 32, awak berapa?" Soal Ibrahim pada Jamilah.

" 23." Jawab Jamilah pendek.

" Muda lagi. Tak rasa menyesal ke nak kahwin awal? saya ni dah tua." Soal Ibrahim dengan wajah bersahaja.

" Hmmm, tak. Saya tak menyesal kahwin awal." Jawab Jamilah dengan yakin.

" Kenapa nak kahwin?" Soal Ibrahim lagi. Belum sempat Jamilah menjawab, Ibrahim disapa oleh seseorang.

" Im, lama tunggu? I'm so sorry, I naik teksi tadi sebab kereta rosak masa I nak keluar tadi." Ujar Melissa dan menarik kerusi duduk disebelah Ibrahim.

" Ok, kenalkan ni Jamilah. Jamilah, kenalkan ini Melissa." Ibrahim memperkenalkan mereka sesama sendiri. Mereka berdua bersalaman.

" Siapa ni?" Tanya Jamilah lembut pada Ibrahim.

" Saya? saya kawan Im. Kenapa ya? awak siapa pula?" Tanya Melissa pada perempuan berpurdah depannya. Ibrahim menanti apakah jawapan yang akan diberi oleh Jamilah.

" Saya? saya mungkin bakal isteri kawan awak ni." Jawab Jamilah yakin. Ibrahim terkejut. Eh, tak malunya mengaku aku bakal suami dia. Tapi, memang macam tulah perancangan asal. Apa yang salah dengan jawapan dia?

" Serious Ibrahim? ala..." Rengek Melissa pada Ibrahim. Nampak sangat wajah kecewa.

" Maybe, kalau ada jodoh," Jawab Ibrahim dengan wajah tenang. Dia mengalih pandang pada Jamilah pula. " awak tak kisah ke, saya dan Melissa sudah lama berkawan, dan kami takkan putuskan hubungan persahabatan kami ni sampai bila-bila. Kalau awak tak sanggup, awak boleh ubah fikiran." Luah Ibrahim dengan wajah serius dengan perbincangan perkahwinan ini.

" Wait, wait.... ini rancangan keluarga korang ya?" Soal Melissa tiba-tiba.

" Ya Melissa." Jawab Ibrahim. "So, macam mana Jamilah, you ok? Soal Ibrahim lagi.

" Saya ok, tiada masalah. Teruskan hubungan persahabatan awak berdua. Lagipun, saya juga ada sahabat lelaki. Jadi, tiada masalah kalau kita berdua ada sahabat berlainan jantina, asalkan kita pandai jaga pergaulan. Awak ada, saya juga ada." Jawab Jamilah dengan bersahaja. Padahal dia tiada sahabat lelakipun. Dia hanya ada Arisa. Itupun bukan dikira sahabat rasanya, sebab usia perkenalan mereka baru 1 tahun. Hanya Arisa yang sudi berkawan dengan dia.

Ibrahim terkejut. Baru aku nak kenakan dia, aku pula terkena. Ingatkan kalau aku cakap macam tu dia menolak perancangan gila ni. Yalah, setahu aku perempuan tak boleh terima kalau lelaki ada sahabat perempuan. Bagi mereka, mana ada lelaki dan perempuan boleh bersahabat, pasti salah satu daripada mereka akan ada yang jatuh cinta. Tapi, lain pula dengan Jamilah. Dia open minded. Jamilah juga ada sahabat, tapi lelaki? huh.. perempuan bertutup pun ada kawan lelaki? aku dah agak dah, mana ada perempuan berpurdah ni jaga pergaulan.

" Ok, saya ok juga. Semoga selepas kita bernikah nanti tiadalah masalah ini diungkit." Ujar Ibrahim secara langsung dia bersetuju dengan perancangan keluarga yang dikatakan gila ini.

" Ok, saya tak akan ungkit. Saya faham. Ok lah, saya nak pergi ladies sekejap." Jamilah meminta diri dan berlalu pergi ke bilik air. Lantak dialah nak berkawan dengan sesiapapun, ada aku kisah? aku nak kahwin sebab aku tak nak orang lain kacau aku. Aku nak selamat dan belajar semula dengan tenang. Jangan fikir apa-apa. Ketika didalam tandas Jamilah menanggalkan purdah dan tudungnya untuk mudah dia membasuh muka. Terasa berpeluh wajah menghadap Ibrahim.

" Macam manalah you boleh setuju kahwin dengan perempuan bertutup macam tu?" Soal Melissa dengan muka meluat.

" I malas nak bantah arahan abah I." Jelas Ibrahim tenang.

" Cuba sekali sekala pertahankan kehendak sendiri, semua benda you ikut je arahan abah you tu." Omel Melissa pada Ibrahim.

" Come on, lagipun.. I ni memang dah tua pun, I nak juga timang anak. You tu pun dah tua, bila nak kahwin? nanti tak boleh mengandung dah kalau lewat kahwin." Soal Ibrahim pula pada sahabatnya.

" Mulalah you tu, sama je macam mummy I. Tak ada soalan lain nak ditanya. Bila nak kahwin, bila nak kahwin? ingat kahwin boleh petik jari ke? Dah lah, I pun nak pergi ladies. Bye..." Melissa terus bangun meninggalkan Ibrahim sendirian.

Melissa masuk kedalam tandas dia mendekati cermin di sinki untuk membasuh tangan, dia menyelak lengan bajunya ke atas. Baju yang dia pakai berlengan kembang agak susah untuk membasuh tangan nanti lengan itu jatuh semula dengan cepat. Dia melihat ada perempuan disebelahnya sedang mencuci muka, perempuan itu tunduk membasuh muka berulang kali. Melissa membasuh tangan sambil matanya melihat perempuan tersebut. Ketika perempuan itu mendongak dan memandang cermin, mata Melissa terpaku seketika.

Jamilah melihat Melissa tidak kerdipkan mata melihatnya. Dah kenapa dia ni?

" Melissa, baju awak basah.." Tegur Jamilah pada Melissa. Habis basah lengan bajunya sehingga siku.

" Err... " Melissa terkejut melihat habis basah kuyup lengan dia. Perempuan cantik tadi menyerahkan beberapa helai tisu padanya. "Thanks..." Ucap Melissa dengan senyuman.

" Welcome..." Jamilah menghadap cermin semula dan memakai semula shawl hitamnya dan purdah. Melissa baru perasan sesuatu. Jadi perempuan ni, Jamilah yang tadi? monolog Melissa didalam hati sambil matanya ralit melihat Jamilah. "I keluar dulu.." Jamilah meminta diri. Rasa segar wajahnya selepas mangambil wuduk.

Jamilah terus duduk semula ditempatnya. Dia melihat Ibrahim ralit melihat buku menu.

" Awak nak makan apa?" Soal Ibrahim pada Jamilah. Belum sempat Jamilah ingin menjawab telepon bimbit Jamilah berbunyi tanda panggilan masuk.

" Waalaikumsalam yah. Ok.. Jamilah balik sekarang. Ya, nanti Jamilah sampaikan. Waalaikumsalam." Sakinah terus memasukkan semula telepon bimbitnya di handbagnya.

" Maaf, saya kena pergi dulu. Ayah suruh balik sekarang. Ayah saya kirim salam." Jamilah sudah berdiri dan minta diri untuk pulang dahulu. "Kirim salam dekat Melissa. Jumpa lagi. Terima kasih dan assalamualaikum." Selepas salam dijawab oleh Ibrahim, Jamilah terus pergi meninggalkan Ibrahim.

" Mana dia?" Soal Melissa ketika dia kembali duduk disebelah Ibrahim.

" Ayah dia call suruh balik." Jawab Ibrahim sambil menilik buku menu.

" Im, you takkan menyesal pilih dia." Ucap Melissa tiba-tiba.

" Kenapa cakap macam tu? tiba-tiba je." Soal Ibrahim.

" Nanti you tahu kenapa.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience