BAB 21

Romance Series 7717

Selepas pulang dari ditimpa kehujanan tadi, Ibrahim tidak berhenti bersin dan batuk-batuk. Jamilah melihat Ibrahim yang sudah terbaring lesu di atas katil. Jamilah mendekati suaminya, dia memegang dahi lelaki itu. Panasnya..

Jamilah mengambil kain kecil dan dibasahkan dan diperah dan diletakkan di dahi suaminya.

" Awak..." Panggilan Jamilah tidak didengar oleh Ibrahim.

" Awak..." Seru Jamilah lagi. Baru Ibrahim membuka matanya sedikit. Terasa berat sangat kelopak matanya untuk dibuka.

" Ya, kenapa sayang?"

" Saya nak mintak izin keluar. Saya nak beli makanan dan pergi farmasi, beli ubat untuk awak." Luah Jamilah pada suaminya.

" Awak drive?" Soal Ibrahim.

" No, teksi.. saya mana ada lesen." Ibrahim melihat jam di dinding. 9 malam nak naik teksi, memang tak lah dia nak bagi.

" Tak payah lah.." Halang Ibrahim.

" Eh mana boleh macam tu, saya pergi kejap je. Awak tak makan malam lagi, nanti makin sakit. Saya mana pandai masak apa-apa."

" Tak payah, saya masak.." Ibrahim sudah duduk di birai katil. Jamilah menghalang.

" Apa awak ni, awak kan sakit. Rehat je lah. Saya dah call teksi pun."

" Saya tak izinkan awak naik teksi malam-malam macam ni. Bahaya. awak call semula teksi tu, cakap yang awak tak jadi perlukan perkhidmatan dia. Saya nak solat dulu, lepastu kita masak sama-sama. Awak pun tentu lapar." Ujar Ibrahim dan terus masuk ke bilik air. Jamilah tidak terkata apa-apa.

" Awak duduk sini. Saya buat, awak arahkan saja." Arah Jamilah sambil menarik kerusi di meja makan supaya Ibrahim duduk disitu.

" Boleh ke ni?" Soal Ibrahim ragu.

" InsyaAllah.." Jawab Jamilah yakin.

" Awak masak nasi dulu. Haritu saya dah ajar, awak buat tu dulu." Arahan Ibrahim itu terus Jamilah buat.

" Ok siap. Lagi? kita nak masak apa ni?" Soal Jamilah setelah selesai memasukkan beras dan air kedalam rice cooker.

" Kita makan yang simple saja. Awak masak sardin. Bahan-bahan dia, bawang putih 3 ulas, bawang besar 2 biji, halia setengah inci dan serai 1 batang. Awak hiris je tu semua kecuali serai, serai tu awak ketuk. Lagi satu lupa saya nak cakap, cili padi.. awak hiris juga." Jamilah terus membuat apa yang disuruh oleh Ibrahim. Ketika di menghiris halia pisau terkena jari dia.

" Aduh..." Jamilah menyeringai sakit. Darah merah meleleh dari jari tengahnya.

" Kenapa?" Tanya Ibrahim cemas terus dia mendekati Jamilah. Ibrahim terkejut melihat jari tengah Jamilah sudah basah dengan darah merah. Jamilah membasuh tangannya..

" Kenapa darahnya tak berhenti?" Soal Jamilah sedih.

" Tunggu sekejap, saya ambil air sejuk." Ibrahim berjalan membuka peti sejuk mengambil air sejuk dan terus dijirus ke jari isterinya.

" Wah... darah dah berhenti. Berguna juga petua awak ni. Sakit juga kena pisau." Ujar Jamilah selepas Ibrahim membalut lukanya dengan plaster luka.

" Awak ni, kenapa cuai sangat?" Suara Ibrahim sudah bernada tegas.

" Saya tak biasa pegang pisau." Jelas Jamilah sedih.

" Dah lah, biar saya sambung..." Ibrahim terus mengambil pisau didalam sinki yang telah dibasuh tadi dan terus menyambung menghiris semua bahan yang sudah basuh dan dikupas oleh Jamilah tadi.

" Awak, maaf sangat.... saya memang tak berguna. Awak yang sakit ni pula kena masak. Saya mintak maaf." Ujar Jamilah sambil merangkul belakang suaminya erat. Ibrahim terdiam.

Ibrahim meletakkan pisau diatas landasan terus membasuh tangan dan memusingkan tubuhnya menghadap Jamilah. Dia menangis? Ibrahim memegang dagu Jamilah supaya mendongak memandang matanya.

" It's okay.. nanti saya ajar sayang masak lagi. Lepasni bolehlah awak masak untuk saya." Pujuk Ibrahim, Jamilah mengangguk dan terus Ibrahim membawa Jamilah dalam dakapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience