BAB 17

Romance Series 7717

"Awak nak saya duduk bilik asing-asing ke?" Soal Jamilah pada suaminya.

" Tak payah, kita duduk sebilik.. awak jangan risau, saya takkan sentuh awak selagi awak tak bersedia." Ujar Ibrahim lembut.

" Macam mana awak nak tahu saya dah bersedia ke belum?" Soal Jamilah lagi.

"Awak bagilah hint.."

" Hint? macam mana pula tu?" Soal Jamilah keliru. Ibrahim ketawa geli hati.

" Manalah saya tahu, be creative ya sayang..." Ujar Ibrahim pada isterinya. Dia terus mengangkat beg Jamilah masuk ke biliknya.

" Cantiknya bilik.." Puji Jamilah.

" Well, tengoklah siapa punya idea.." Jamilah mencebikkan bibirnya.

Selepas mandi dan bersiap Jamilah terus berbaring disebelah Ibrahim yang sedang bermain telepon bimbit. Jamilah memandang syiling, eh tak ada kipaslah bilik dia ni. Semakin lama, semakin sejuk.

Jamilah bangun dari pembaringan, dia mencapai remote aircond dia menekan remote tersebut supaya suhu sejuk dikurangkan, dia meletakkan remote tersebut disebelahnya. Tiba-tiba Ibrahim bersuara.

" Tak payahlah beria-ria awak tekan. Aircond saya tu dah nazak. Dia boleh keluarkan suhu 16celsius saja." Penjelasan Ibrahim tu membuatkan Jamilah sesak nafas.

" Sejuklah bilik awak ni, saya tutup.. nanti panas pula." Adu Jamilah. Ibrahim diam dan teruskan bermain permainan di telepon bimbitnya.

Jamilah menahan kesejukan yang amat sangat. Kulit biawaklah laki aku tu. Muka dia relaks saja aku tengok. Jamilah sudah kesejukan tahap maksimum. Jamilah mendekati Ibrahim dan dirangkul tubuh itu. Hmmm, selesanya.

Ibrahim terkejut dengan aksi manja Jamilah.

" Err... ini hint sayang ke?" Soal Ibrahim tiba-tiba.

" Hint? hint apa pula?" Jamilah mengerutkan dahinya, kepalanya didongak melihat mata Ibrahim. Baru dia teringat perbualan dia dengan Ibrahim tadi. "Eh, bukan.. ni sebab saya sejuk sangat-sangat. Awak jangan salah faham." Jamilah terus melepaskan rangkulannya.

Ibrahim ketawa melihat wajah Jamilah yang sudah menahan malu.

" Awak tak takut ke? saya boleh je paksa awak. Tak berdosa pun, awak yang berdosa kalau awak menolak ajakan saya." Duga Ibrahim pada Jamilah.

" Err.. saya tak takut dengan awak. Sebab, saya datang bulan. Awak tak boleh buat apa-apa dekat saya pun." Jawab Jamilah dengan yakin kerana kemenangan berpihak padanya.

" Ohh, berani awak ya...." Ucap Ibrahim, dia meletakkan telepon bimbitnya di sisi katil. Jamilah hanya ketawa. Jamilah kembali merangkul tubuh Ibrahim.

" Pinjam badan ya, esok awak beli aircond baru dan pasang kipas syiling. Tak sanggup saya jadi beku." Arah Jamilah.

" Tak nak... saya nak ada orang peluk saya macam ni. Seronok juga malam-malam ada orang peluk." Ucap Ibrahim.

" Eii, kalau tak kerana terpaksa tak sudi saya peluk awak.... gatal." Ujar Jamilah.

" Dia yang gatal sampai peluk orang.." Sakat Ibrahim. Jamilah melepaskan rangkulan di pinggang suaminya.

" Saya tak gatal ya.. saya terpaksa. Tak apalah, saya tidur bilik sebelah atau ruang tamu, tak adalah sejuk tak payah peluk-peluk awak." Jamilah bersedia mengesot ketepi untuk turun dari katil. Belum sempat dia turun, Ibrahim menarik dia sehingga dia berada dalam dakapan Ibrahim.

" Yalah, awak tak gatal. Saya yang gatal dan miang." Ujar Ibrahim, satu kucupan diberikan pada dahi Jamilah. "Dah, jom tidur.. selamat malam sayang. Assalamualaikum."

" Waalaikumsalam.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience