BAB 27

Romance Series 7717

Ibrahim mengangkat call dari Melissa. Ketika dia sedang berada di pejabat.

" Kenapa, dah lama tak call, tiba-tiba you call ni ada apa-apa ke?" Soal Ibrahim pada sahabatnya.

" I tak nak lah ganggu pengantin baru. I nak bagi tahu dua berita. Berita baik dan berita buruk. You nak dengar yang mana dulu?" Soal Melissa.

" Mana-manalah Melissa, I tengah kerja ni. Lagi cepat you cerita, lagi bagus."

" Tak sporting langsung. I bagi tahu berita best. I dah nak kahwin. Best tak cerita I ni?" Soal Melissa dengan ceria.

" Wow.. good news. I tak tahu pula you dah ada boyfriend sebelum ni. You tak pernah cerita pula." Ujar Ibrahim teruja dengan berita Melissa itu.

" Ala, bukan boyfriend pun. Kawan I masa dekat Universiti dulu, dia pinang I. Mummy I terus terima. Bila I tengok you happy je dengan pilihan keluarga you, kenapa tidak I terima juga pilihan keluarga." Jelas Melissa.

" Inshaallah, you akan bahagia. You baik, mesti pasangan you tu baik juga."

" Mudah-mudahan. You dah sedia nak dengar cerita buruk pula?"

" Apa dia?" Soal Ibrahim.

" Aishah.. Aishah dah balik sini. Dia kerja dekat KPJ Kuala lumpur. I terjumpa dia masa dekat Jiant masa I dan mummy I shopping barang dapur." Cerita Melissa itu membuatkan Ibrahim terdiam.

" Ohhh...." Itu saja jawapan Ibrahim.

" Dia tanyakan you. I buat tak layan dengan soalan dia. Siapa suruh tinggalkan you macam tu saja. Bercinta dari sekolah menengah tiba-tiba hilang macam tu saja. Dia cerita dekat I, dia belajar dekat Australia dan sambung dekat India." Cerita Melissa panjang lebar.

" Dah lah Melissa. I banyak kerja ni. Nanti kita borak lagi." Ibrahim terus mematikan panggilan. Sesak nafasnya mendengar nama Aishah. Gadis yang dicintai dari sekolah rendah, dan mula jalinkan hubungan ketika tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Tak pernah kata-kata perpisahan diluahkan dari mereka berdua. Tergantung begitu saja hubungan mereka. Kerana itu juga, dia tidak memikirkan perihal perkahwinan sebelum ini sehingga ayahnya mendesak untuk berumah tangga.

Jamilah menyambut kepulangan Ibrahim dengan senyuman manis. Wajah Ibrahim yang nampak penat itu membuatkan Jamilah merasa kesian.

" Abang..... " Panggil Jamilah lembut pada Ibrahim yang sudah berbaring diatas katil tadi selepas mereka solat berjemaah bersama. Sudah 2 bulan Jamilah habis menjalani berpantang.

" Ya...?" Soal Ibrahim.

" Abang okay ke? kenapa macam sedih saja?" Soal Jamilah.

" Abang ok. Penat sangat harini." Helah Ibrahim. Ibrahim cuma penat memikirkan Aishah yang sedang mencarinya. Di pejabat tadi, Aishah tanpa segan silu masuk ke bilik pejabatnya. Pelbagai alasan diberikan oleh Aishah kepadanya tentang pemergiannya dulu.Dia akui Aishah semakin canti dan bergaya. Tapi kecantikan Aishah tidak boleh mengalahkan kecantikan isterinya. Lebih-lebih lagi, kecantikan Jamilah hanya dipertontonkan hanya untuk dia saja.

Jamilah melihat Ibrahim sudah seminggu berkelakuan lain. Tidak lagi mengusiknya. Tidak lagi nakal seperti selalu. Ibrahim sangat lain. Hambar saja. Adakah Ibrahim sudah bosan dengan aku?

Malam itu, tiba-tiba Ibrahim mendapat panggilan dari Aishah, dia menjawab diluar koridor biliknya.

" You nak apa Aishah? I dah kahwin. I bahagia dengan perkahwinan I. So, please... leave me and forget me." Ujar Ibrahim tegas.

" I mintak maaf Ibrahim. I tahu, you tipu saja cakap you dah kahwin. I tak percaya pun. You hanya cintakan I dan akan kahwin dengan I saja. I tahu tu. Kita kahwin ya Ibrahim. I love you." Luah Aishah manja. Ibrahim menggelengkan kepalanya lagak seperti Aishah nampak gelengannya.

" Kalau you tak percaya, I pas phone dekat wife I. You tunggu sekejap." Ujar Ibrahim. Ibrahim terus menghampiri Jamilah yang sedang membasuh pinggan mangkuk didapur. Jamilah terkejut kerana tiba-tiba Ibrahim meletakkan telepon bimbit ditelinganya.

" Eh, kenapa ni.. siapa ni?" Soal Jamilah terpinga-pinga.

" Sayang cakap dekat orang dalam tu. Siapa sebenarnya sayang." Arah Ibrahim.

" Assalamualaikum.."

" Waalaikumsalam.. ni siapa ya?" Soal suara di sana.

" Saya isteri Ibrahim. Nama saya Jamilah. Awak ni siapa pula?" Soal Jamilah, tangan masih membasuh pinggan. Ibrahim setia memegang telepon.

" Dia dah letak... siapa tu." Soal Jamilah pada Ibrahim. Ibrahim meletakkan teleponnya diatas meja makan. Ibrahim terus merangkul tubuh isterinya dari arah belakang.

" I love you sayang..." Ucap Ibrahim tiba-tiba.

" Dah kenapa ni? tiba-tiba saja?" Soal Jamilah. Jamilah terus membasuh tangannya dan memusing tubuhnya menghadap Ibrahim. Mata mereka bertaut.

" Abang cintakan sayang. Abang sayang sangat dekat Jamilah...." Luah Ibrahim. Jamilah tersipu malu.

" Terima kasih sebab cintakan perempuan yang tak tahu masak ni." Gurau Jamilah sambil mendakap tubuh suaminya. Kepalanya diletakkan didada suaminya.

" Perempuan tadi, namanya Aishah. Ex-girlfriend abang." Jelas Ibrahim.

" Ohh, patutlah dia matikan terus talian tadi. Sedih sangat tu nampaknya." Sakat Jamilah tersenyum.

" Jamilah ada boyfriend tak dulu?" Soal Ibrahim tiba-tiba.

" No.. kawan lelaki pun tak ada." Jawab Jamilah.

" Tipu... haritu masa kita jumpa untuk kali pertama tu, Jamilah kata ada bestfriend lelaki."

" Itu hanya satu pembohongan.. saya cakap macam tu, sebab awak ada bestfriend perempuan. Saya dah lama tak jumpa Melissa. Dia sihat?" Soal Jamilah prihatin.

" Dia dah nak lahwin dah. Makbul juga doa abang supaya dia dipertemukan jodoh."

" Baguslah...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience