BAB 10

Romance Series 7717

Selepas pulang dari perjumpaan tadi dia terus pulang ke rumah. Selepas membersihkan diri dia merehatkan tubuhnya diatas katil, sementara menunggu waktu isya' masuk. Tiba-tiba pintunya terbuka, wajah Mikail menyapa.

" Apa kau nak?" Soal Ibrahim pada adiknya.

" Macam mana, cantik tak?" Soal Mikail nakal. Ibunya memberitahu Ibrahim berjumpa bakal isteri petang tadi. Mikail pula yang teruja dengan khabaran itu.

" Entah.." Jawab Ibrahim pendek. Dia duduk dan bersandar pada kepala katil.

" Entah? buruk ke?" soal Mikail lagi, dia duduk di kerusi berdekatan dengan katil abangnya.

" Dia pakai purdah, mana nak nampak muka dia." Jelas Ibrahim

" Ya?.... nama dia apa?" Soal Mikail tiba-tiba.

" Buat apa nak tahu?" Soal Ibrahim pada adiknya yang seakan-akan terkejut dengan jawapan dia menyatakan bakal isterinya berpurdah.

" Bagi je lah tahu, nama dia apa?" Soal Mikail lagi. Dia nak sangat tahu nama perempuan itu. Dia takut kalau bakal isteri abangnya adalah perempuan yang sama dia cari.

" Jamilah, tu nama dia. Klasik betul nama." Ujar Ibrahim. Mikail melepaskan nafas lega. Nasib baik bukan dia. Di mana awak berada Khairunnisa?

" Dia ok?" Soal Mikail.

" Okay.. kot. Bukan bual sangat pun, dia balik awal..Tak sempat makan sama pun. Melissa je teman aku tadi. Kau dengan Sofea, kata nak bertunang bulan depan. Jadi tak?" Soal Ibrahim pula pada adiknya.

" Entah..." Ibrahim pelik mendengar jawapan adiknya.

" Kau dah kenapa? haritu bukan main semangat nak bertunang."

" Tak tahulah bang... aku rasa macam was-was pula nak kahwin. Tunggu kau kahwin dululah, baru aku bertunang. Lagipun, Sofea tu tak push aku pun." Jawab Mikail.

" Kau suka orang lain ke?" Teka Ibrahim.

" Aku tak tahu nak jawab apa. Aku jatuh cinta atau aku kena sumpahan." Jawapan Mikail itu membuatkan dahi Ibrahim berkerut tanda keliru dengan jawapan adiknya.

" Maksudnya? apa dah jadi?"

Mikail menceritakan apa yang berlaku beberapa minggu yang lepas pada abangnya. Ibrahim mendengar dengan teliti.

" So, moral of the story dari kisah kau ni, jangan cakap ikut suka hati je, nanti termakan sumpahan sendiri. Macam kau ni. Tulah, cakap besar.. taknak perempuan berpurdah lah, apatah lagi kutukan kau. Benci, benci,benci tup-tup in love." Ejek Ibrahim pada adiknya.

" Cakaplah apa kau nak cakap. Aku terima...."

" Apa nama dia?" Soal Ibrahim..

" Biarlah rahsia......." Mikail terus berdiri dan bersedia meninggalkan abangnya.

" Nak pergi mana?" Soal Ibrahim.

" Naik bilik aku lah, asal.. nak aku teman sebelah ke? ohh.. pleaselah." Ucap Mikail sambil membuat muka geli.

" Aku pun tak hingin kau tidur sini. Kita jemaah sama, isya' baru masuk ni." Arah Ibrahim tegas.

" Yalah..." Jawab Mikail malas. Banyak-banyak perkara dia respect dengan abangnya. Kerana Ibrahim rajin solat berjemaah. Tidak seperti dia, selalu culas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience