BAB 19

Romance Series 7717

Ibrahim terbangun tengah-tengah malam. Dia melihat Jamilah tiada disisinya. Dia keluar dari bilik tidurnya. Dia berjalan ke ruangan bawah. Terkejut dia melihat Jamilah terlantar di atas lantai.

" Sayang...." Panggil Ibrahim. Jamilah tetap kaku. Ibrahim cek nadi Jamilah. Masih bernyawa. Dia membawa Jamilah berbaring diatas katil mereka, kemudian dia memegang dahi Jamilah. Panas.

" Sayang abang ni demam?"

Pada pukul 8 pagi baru Jamilah tersedar. Itupun kerana Ibrahim mengejutkannya supaya menjamah sarapan yang dibuat untuknya.

" Sayang, lepas makan kita pergi klinik ya?" Ajak Ibrahim lembut. Tersentuh Jamilah dengan perhatian Ibrahim padanya.

"Tak payah. Saya memang macam ni kalau datang bulan. Jangan risau, saya ok. Anyway, terima kasih sebab angkat saya bawa bilik. Saya dapat agak dah saya akan pengsan tadi, kononnya tadi nak minum air sebelum masuk bilik semula. Tapi belum sempat ke dapur saya dah sakit sangat dekat perut. Masa datang bulan, masa tulah senggugut,gastrik dan migrain saya datang. Itu yang selalu saya pengsan terus sebab tak dapat tahan. Maaf, sebab susahkan awak." Cerita Jamilah itu membuatkan Ibrahim terfikirkan sesuatu.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Jamilah terlalu cantik, itu kelebihan dia. Tapi dia sakit tiap bulan, itu kekurangan dia.

" Awak tak cuba berubat?" Soal Ibrahim.

" Ada, banyak kali dan banyak tempat saya pergi..Tapi, kawan saya cakap, kalau nak senggugut berkurangan, saya kena kahwin. Saya pelik juga, apa relevannya kahwin dan senggugut boleh berkurangan. Rupanya sperma lelaki, dapat menaturalkan tubuh perempuan. Adalah penerangan dari segi kesihatan dan sains. Kebenaran dia, tak pula saya tahu. Tapi, ramai yang cakap benda yang sama." Ujar Jamilah. Ibrahim membeliakkan matanya.

" Jadi, ini hint ke?" Soal Ibrahim.

" Eh, bukan.. saya just terangkan. Tak ada niat apa-apa pun." Jawab Jamilah malu.

" Kiranya, awak perlukan ubatlah kan?"

" Yes, but no. Saya masih sanggup tiap bulan macam ni. Kalau pergi hospital, masuk air, masuk darah dan keluar darah. Tak sanggup saya. Saya just kena rehat saja. Nanti ok lah." Ujar Jamilah lembut sambil tersenyum nipis.

" Ok sayang.. nanti abang bagi ubat." Ucap Ibrahim dengan senyuman nakal.

" Apa awak ni..." Jamilah malu makin merah pipi dia.

" seminggu je kan?" Soal Ibrahim.

" Apa yang seminggu?" Soal Jamilah keliru dengan soalan Ibrahim.

" Awak datang bulanlah, seminggu je kan?" Ibrahim menjelaskan soalannya.

" No, 2 weeks.." Ujar Jamilah.

" Lamanya?" Suara Ibrahim Terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience