BAB 14

Romance Series 7717

" Jomlah turun sama-sama.." ajak Jamilah pada Ibrahim untuk turun bersarapan bersama-sama. Ibrahim melihat Jamilah hanya memakai baju blouse berwarna putih dan berseluar palazzo berwarna hitam. Rambutnya di biarkan lepas kerana basah.

Mereka jalan beriringan menuju ke ruangan makan. Tanpa bicara hanya derapan kaki menemani perjalanan mereka.

Selepas selesai makan, mereka berdua duduk di ruangan tv bersama Datuk Khairul.

" Ayah, saya nak minta izin." Ucap Ibrahim tiba-tiba.

" Mintak izin apa?" Soal Ayahnya mertuanya.

" Saya nak bawa Jamilah duduk dengan keluarga saya." Ujar Datuk Khairul.

" Pergilah. Kamu tak payah mintak izin pun Ibrahim, Jamilah ni dah jadi milik kamu. Ayah harap kamu jaga dia baik-baik, itu sudah membuatkan ayah bersyukur sangat." Ucap Datuk Khairul. Sebak pula Jamilah mendengar kata-kata ayahnya.

" Ayah ok ke sorang-sorang?" soal Jamilah sedih.

" Ayah dah besarlah, dah tua dah pun. Ayah pandai jaga diri. Jamilah jangan risau." Jawab Datuk Khairul lembut.

" Ayah, kalau ayah nak kahwin lain.. Jamilah dah izinkan." Luahan Jamilah tiba-tiba itu membuatkan Datuk Khairul tersenyum geli hati.

" Haritu bukan main marah ayah, sampai nangis-nangis supaya jangan kahwin lain. Ini lain pula cerita. Kenapa tiba-tiba?" Soal Datuk Khairul masih dengan senyuman.

" Sebab, Jamilah dah tak boleh teman ayah..Jamilah risau dengan ayah. Ayah kahwin lah dengan Mak Yu tu ha." Ucap Jamilah lagi. Datuk Khalid sudah tergelak.

" Kamu ni kan Jamilah, macam-macam.."

" Tapi, Jamilah cakap betul ni.. Jamilah tak kisah." Ibrahim hanya mendiamkan diri, hanya melihat anak-beranak dihadapannya berbicara. Dianjuga turut tersenyum melihat telatah manja Jamilah.

" Apa kamu ni. Sudah-sudah ayah tak nak cakap perkara ni lagi. Kalau tak nak ayah sunyi, bagi ayah cucu cepat-cepat. Lagi banyak lagi bagus." Kata-kata Datuk Khairul itu betul-betul buat Jamilah terdiam.

" Inshaallah ayah, ayah doa banyak-banyak." Ibrahim menyampuk, lagi malu Jamilah. Ibrahim melihat pipi Jamilah kemerah-merahan.

" Kamu tengok apa Ibrahim? pipi Jamilah tu memang macam tu kalau malu. Dia jadi merah jambu pekat kalau malu." Sakinah terus menutup mukanya menggunakan kedua-dua telapak tangannya.

Comelnya dia kalau malu. Puji Ibrahim dalam hati.

" Tahupun malu. Ibrahim, bila kamu nak pergi rumah keluarga kamu?" Soal Datuk Khairul pada menantunya.

" Sebelum makan tengahari..." Jawab Ibrahim.

" Baguslah, ayah pun nak keluar beli barang sikit. Kita keluar sama-sama makan dekat luar, boleh?"

" Boleh saja ayah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience