BAB 20

Romance Series 7717

" Awak.. jom keluar jalan-jalan." Ucap Jamilah pada suaminya yang sedang menonton tv.

" Dah sihat ke?" Soal Ibrahim dahinya berkerut melihat Jamilah yang sudah bersiap-siap. Hanya belum memakai tudung saja.

" Dah sihat dah.. jom kita keluar. Esok saya dah mula kelas, awak dah mula kerja. Tinggal harini je free. Boleh ya, kita keluar?" Ajak Jamilah.

" Awak nak kemana? dah petang dah.. tengok cuaca macam gelap je dekat luar tu." Ujar Ibrahim sambil menyelak langsir.

" Sekejap je.. saya teringin nak makan pisang goreng dekat tepi highway tu." Jelas Jamilah jujur.

" Amboi, macam mengidam dah saya tengok." Ibrahim ketawa melihat Jamilah sudah membuat muka tak puas hati.

" Bukan mengidam. Craving sangat-sangat.. kalau period memang macam ni. Jom lah, sekejap je, lepastu kita balik."

" Yalah... saya bersiap."

Ketika sampai di tanah lapang ditepi Highway itu, Ibrahim turun untuk membeli pisang goreng di food truck tepi tasik.

" Maaf kak. Masih ada lagi pisang goreng?" Soal Ibrahim pada makcik yang menjual pisang goreng sedang berkemas-kemas.

" Ada, ambil ni ha.. akak sedekah. Akak dah nak pergi ni. Dah nak hujan."

" Terima kasih kak.." Ucap Ibrahim tapi tetap dia hulurkan not 10 ringgit. "akak simpan saja bakinya, assalamualaikum."

Jamilah terpinga-pinga. Kenapa dia matikan enjin dia suruh aku turun kot. Jamilah terus keluar juga. Dia jalan mendekati Ibrahim yang sudah mahu kembali kearahnya. Gerimis turun... Cepat-cepat Jamilah dan Ibrahim kembali semula ke kereta. Jamilah cuba buka pintu kereta, tak boleh. Berkunci.

" Bukalah kunci kereta.." Ujar Ibrahim pada Jamilah.

" Mana ada kunci dekat saya." Jamilah menjawab menjerit sedikit kerana angin kuat menyapa.

" Awak tak cabut ke tadi?" Soal Ibrahim terkejut.

" Mana saya perasan awak cabut ke tak. Dah awak matikan enjin kereta." Ujar Jamilah pada Ibrahim. Ibrahim cuba untuk meminta bantuan pada makcik tadi, makcik tadi terus pergi meninggalkan mereka dengan lorinya yang dipandu.

Hujan turun dengan lebatnya. Jamilah dan Ibrahim duduk diatas depan kereta sambil makan pisang goreng yang basah. Basah kuyup mereka berdua.

" Maaf awak.. saya tak terfikir pula awak tak cabut kunci tadi." Ujar Jamilah rasa bersalah.

" Saya pun mintak maaf, sebab matikan enjin tadi. Saya pun tak perasan masa bila saya matikan enjin..." Ucap Ibrahim agak kuat kerana suara hujan lebih kuat.

Jamilah duduk rapat dengan suaminya kerana guruh diatas sangat menakutkan. Ibrahim memeluk bahu isterinya. Kerana pisang badan binasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience