bab 20

Romance Completed 20288

Tepat pukul 2 petang, Qammar sudah terpacak di depan rumah encik Razak. Panas. Terasa bagaikan matahari berada diatas kepala. Mana sepupu aku ni? Adoi. Kang aku berubah jadi raksasa gila kat sini. Tak ke naya nanti?

" waalaikumussalam oo waalaikumussalam! " laung Qammar diluar rumah. Dari tadi bagi salam tak jawab jawab, jawab salam la pulak!

" am, awal kau sampai? " tegur Rafiq dari belakang. Ditangan kirinya memegang tali pancing. Manakala tangan kanannya memegang erat tangan amelia. Diikuti ayah mertua dan dua lagi adik iparnya. Happy family.

Qammar menyalami tangan encik Razak. Jejaka itu hanya menayang senyuman killer dia.

" kamu borak la kat pangkin tu, pak cik nak masuk dulu. panas! " ujar Encik Razak sebelum mendaki anak tangga masuk kedalam rumah. Hafiz dan hariz juga mengikuti langkah ayahnya.

" cepat la wey, aku buzy ni. kau nak balik ke tak? " gesa Qammar. Rafiq mengangkat kening. Kenapa gelabah sangat ni?

" awak nak cepat ke ammar? " amelia menyampuk. Qammar sekadar menganggukkan kepalanya.

" kau nak pergi mana cepat cepat? hari ni cuti bro! " bahu Qammar ditepuk. Qammar memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket. control macho.

" aku datang bukan sorang sorang. tu ada yang tengah tunggu dalam kereta. " Mulut nya dimuncungkan ke arah bmw hitam miliknya. Rafiq mengecilkan matanya .

" girl? " soal Rafiq meminta kepastian.

" yes! " balas Qammar sepatah.

" arrys? " rafiq menyoal lagi.

" nope! " sepatah ditanya sepatah dijawab. ada yang nak kena hempuk kat sini.

" then? " Rafiq masih lagi menyoal. Amelia memandang suaminya. Asal nak tahu sangat ni?

" lauk baru aku! " jawab qammar selamba badak Bahkan badak tak selamba macam dia. Rafiq membulatkan mata.

" kau dah? " soalan itu dibalas dengan anggukkan. Adoi, Amar, Amar.. bila kau nak berubah? Dah ramai anak dara yang menjadi mangsa kepada sepupunya ini.

" dah apa? " soal amelia tidak mengerti keadaan. Rafiq menggaru belakang telinganya.

' macam mana la aku boleh lupa melia ada kat sini? kan dah kena soal. nak jawab apa ni?' otaknya mula merangka alasan.

" dah solat zohor" Qammar memotong. Solat? Dah berapa tahun dia tidak menyentuh sesuatu yang bernama sejadah .Apatah lagi yang dinamakan solat.

Amelia menganggukkan kepalanya.

" am! lambat lagi ke? " laung Lydia yang sudahpun dari kereta. Mak ai? sexy meksi nye. Rafiq memandang sekilas. Ada iras iras pelacur pulak! eh eh, terkutuk pulak! hehe.

" wait 10 minutes, i'll come.. " balas Qammar sambil mengenyitkan sebelah matanya. Lydia kembali masuk kedalam kereta.

Arrisa menghempaskan badannya ke atas katil. Kepala nya masih pening. Hamka telah memberi ubat tidur kepadanya semalam. 3 tablet pulak tu! tak ke mati nanti?
Perlahan lahan terbayang dimatanya wajah Adam rafiq. Dia tersenyum sendiri.

tok, tok, tok!

pintu biliknya dibuka. Terjengul wajah Datin maria a.k.a kakak kepada Datin mardhiah.

" until when you want to be like this? " Soal Datin maria. Intonasi suaranya masih terjaga. Arrisa bangun menghadap wajah ibunya.

" mommy nak apa? arrys penat laa! " bentak arrisa pula. Datin maria menggeleng kepala melihat perangai anaknya yang semakin hari semakin teruk.

" mommy dah pening tengok perangai kamu yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Tengok pakaian kamu ni? arrys tak pandai ke pakai baju yang bertutup sikit? kamu nak tunjuk kat siapa? "bebel Datin maria panjang.

Arrisa buat buat pekak. Dia mencapai tuala lalu masuk kedalam kamar mandi. Jalan yang paling selamat.

Selepas memastikan Datin maria sudah keluar dari biliknya, arrisa keluar dari kamar, mandi. Telefon bimbit diambil lalu nombor hamka didail.

" hi dear! " hamka menegur dahulu. Dia tersenyum sendiri di hujung talian sambil matanya memandang ruang bilik. Takut takut perempuan simpanan nya datang.

" hi hamka! i nak jumpa u. i rasa stress sangat. boleh tak? kita jumpa dekat club semalam. " Arrisa cuba mengumpan. Dia tidak akan benarkan hamka terlepas. Setiap lelaki yang pernah menidurinya tidak akan terlepas.

" why not? tapi sekarang ni i tengah busy, see u malam nanti. " ujar hamka sebaik sahaja pintu bilik air dibuka. Talian dimatikan.

" come on dear.. " panggil hamka menggoda kepada perempuan yang hanya bertuala putih itu. Dia tenggelam dalam dosa. again and again and again. Apa daa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience