bab 8

Romance Completed 20288

Adam rafiq melihat dari jauh amelia berbual dengan mamanya. Pandai gadis itu menyesuaikan diri. Dia berharap semuanya berjalan lancar.

" melia cerita la kat mama pasal melia.. mama teringin nak tahu. " Datin mardhiah asyik memandang wajah gadis itu. Cantik, manis!

" melia anak sulung, adik melia ada 2 orang je.. dua dua laki, sebab tu melia kasar sikit.. harap mama tak kisah.. " ujar amelia takut takut.

" mama tak kisah la.. ayah ibu melia macam mana? " Dia sukakan amelia. Kebiasaan perempuan akan menutup kecacatan diri, tapi tidak melia.

" Raf nak jumpa ayah esok. Ibu melia dah meninggal beberapa tahun lepas. " dia Agak segan memanggil lelaki itu begitu.

" ouh, sorry! mama tak tahu.. " Datin mardhiah memohon maaf. Serba salah pulak jadinya.

" eh takpe.. dah tertulis, nak buat macam mana.. suka atau tak kena terima la.. " mak ai ayat kau melia. sejak bila pandai buat ayat macam ni?

" macam mana boleh kenal Raf? " soalan yang paling dia ingin elakkan. Nak jawab apa ni? bak kata Rafiq ehem ehem.. ' kalau benda tu boleh selamatkan kita daripada kantoi, just go ahead. '

' saya terlanggar dia? saya terjatuh dan dia tolong saya? '

" melia kerja, pastu Raf jadi customer melia.. " kenapa la mulut ni selalu tak ikut cakap hati. Terasa ingin menghantukkan kepalanya di meja.

" melia kerja apa? " soal Datin mardhiah lagi.

amelia menggaru belakang telinganya. nak jawab apa? ibu ,tolong melia!

" ayah melia sakit, adik adik pulak masih sekolah.. jadi banyak kerja melia.. " jawab amelia jujur. Kenapa tak tipu je?

" sabar ye melia.. " Datin Mardhiah menggosok belakangnya lembut. Terasa kelopak matanya basah.

" melia mintak maaf, melia banyak kekurangan. melia tak kaya macam mama, melia cuma ada sekeping hati. dan hati tu hanya untuk Rafiq. " ujar amelia menahan sendu. ehem, yang pasal hati hanya untuk Rafiq tu, erm fake okay? jangan salah faham!

" mama tak kisah siapa menantu mama. mama cuma nak Raf bahagia. Esok mama nak jumpa ayah melia boleh? " Datin mardhiah memeluk amelia. Amelia menahan tangisan. sudah lama dia tidak dipeluk sebegitu.

Amelia menganggukkan kepalanya. Adam rafiq datang mendekati dua wanita itu. Menangis?

" mama buat sweetheart Raf menangis ke? " soal Adam rafiq tanpa memandang wajah Datin mardhiah. Dia masih memakai kaca mata hitam itu. New agenda!

' macam mana dia tahu aku menangis? ' soal amelia didalam hati.

" kenapa dari tadi mama tengok Raf pakai kaca mata tu? " Datin mardhiah menyoal pelik. Adam rafiq menggaru belakang telinga. Nak jawab apa? mama tak tahu perihal rancangan murni dia ingin mengenakan amelia.

" raf check mata, doktor cakap raf silau.. untuk mengelakkan silau, raf kena pakai kaca mata hitam.. " bisiknya ke telinga Datin Mardhiah.

" nanti, wedding kamu berdua, mama nak buat dekat hotel.. " Ujar Datin mardhiah." Mama nak jemput semua kawan kawan mama! " sambung nya lagi.

" tak payah la besar besar sangat. Raf nak buat majlis akad nikah aje. Reseption tu lain kali la.. " dia teringat syarat yang diberikan oleh gadis itu.

" kenapa? kahwin sekali je tau seumur hidup. mestilah kena buat meriah sikit. kamu tu satu satunya anak mama tau? " bebel Datin mardhiah pula. Amelia merenung lelaki itu. Setajam mana pun renungan dia, lelaki iti bukannya nampak!

" kalau macam tu, Raf taknak kahwin. " Disebalik kaca mata itu, dia memandang mata amelia. Hati nya berat untuk terus menipu.

" okay laa.. mama ikut! " terpaksa. yes!menjadi pun. Tak susah nak ugut mama.

" Ammar dengan papa mana?" topik ditukar. adam rafiq melabuhkan punggung di sebelah amelia.

" ammar dah balik. papa ada dekat atas, ada orang call tadi.. " balas Adam rafiq selamba.

' ammar balik? abistu aku nak balik dengan siapa?' hati kecil Amelia berbicara.

" saya nak balik nanti macam mana? " amelia menyoal. Takkan la aku nak kena pegi cari teksi malam malam macam ni?

" Raf hantar! pergi laa, dah lewat ni.. " sampuk Datin mardhiah tiba tiba. Raf hantar? dia kan buta? nak hantar jalan kaki ke?

" tidur sini aje laa.. " balas Adam rafiq pula. Amelia membulatkan matanya. Gila ke apa?

" nak tidur sini ke? boleh je.. bilik mana? atas ke bawah? " soal Datin mardhiah teruja. Dia masih belum puas bersembang.

" tidur dengan Raf jelaa.. " automatik jari Datin mardhiah mencubit lengan sasa lelaki itu. Siapa suruh gatal sangat? kan dah kena.

selepas menyalami tangan Datin mardhiah, amelia masuk kedalam kereta. Dilihat adam rafiq berjalan ke arah kereta. Tak guna tongkat pun?

" sorry! " amelia memandang lelaki disebelahnya .pelik! asal tiba tiba mintak maaf?

" aku, tak buta pun sebenarnya.. " adam rafiq memfokuskan pandangannya ke depan.Kaca mata hitam yang tersangkut di hidung mancungnya ditanggalkan.

" ouh! " hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Dia ditipu?

Perlahan lahan Adam rafiq memandu kereta keluar dari perkarangan rumahnya. Dia sempat mengerling gadis itu Kelihatan termenung.

" hantar saya dekat hospital. " amelia memandang ke luar tingkap. Selama hidupnya, dia takut untuk menipu. Yang pasti, dia selalu tertipu. Fake!
Dia benci penipu. ugh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience