bab 9

Romance Completed 20126

" aku terima nikah humaira amelia bt Razak dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai "

Dengan sekali lafaz, dia sudah sah menjadi isteri kepada adam rafiq. Amelia memeluk Datin mardhiah. Tiba masa untuk menyarungkan cincin. Adam rafiq bangun lalu berjalan mendekati amelia.

Tangan adam rafiq dikucup perlahan. First time pegang pegang macam ni. Dahinya dicium. Tak rela! bersuamikan penipu.

Selesai majlis akad nikah, mereka berkumpul dirumah Dato' firdaus. Encik Razak sudah disahkan sihat. Dia berbual dengan besan barunya. Manakala, Hafiz dan Hariz pula berbual dengan adam rafiq.

" tak sangka kau dah kahwin.. " tegur Farhan. Emir juga masih tidak percaya. Amelia tersenyum.

" cantik la kau melia harini.. first time tengok kau pakai tudung. " puji emir pula.

" hey perempuan! " tegur seorang wanita bergaun merah labuh. Mujur sahaja nada suaranya tidak begitu kuat.

" ye? " amelia menyoal pelik. dia lansung tidak mengenali gadis ini. Farhan dan emir juga turut mengangkat kening.

" Rafiq tu aku punya tau? aku akan pastikan kau takkan bahagia dengan dia. Macam mana la dia boleh pilih kau? dah la miskin. mesti kau kahwin dengan dia sebab nakkan harta dia kan? " marah gadis itu lagi.nadanya betul betul sinis. Amelia mengetap bibir.

" Arissa, kenapa ni? " soal Qammar entah dari mana datang. Qammar memegang bahu arrisa.

" dia rampas Rafiq dari arrys.. " jawab gadis yang dipanggil arrisa tersebut. Farhan dan emir hanya jadi pemerhati.

" she my younger sister, i'm sorry.. " Qammar menarik arrisa jauh dari situ. Amelia menggenggam tangannya.Dia rasa terhina.Kalau bukan disebabkan Ayahnya, memang tak la nak teruskan perkahwinan ni.

" melia! " panggil Rafiq dari jauh. Dia lantas berpaling. Lelaki itu melambai tangan kearahnya. Unta ni nak apa?

" laki aku panggil, aku pergi dulu eah? korang makan la dulu.. " amelia meminta diri.Farhan tersenyum pahit. Tidak sangka. Dia terlambat!

Rafiq berbual mesra dengan adik adiknya. Lakonan ke ni? Dia melabuh kan punggung di sebelah Hafiz.

" ada apa? " soal amelia.Buat apa la si unta tua ni panggil dia? Rafiq mengenyit matanya. Dia memberi isyarat bahawa mereka berdua sedang diperhatikan. Amelia mengangguk faham.

Baju kahwin sudah ditukar kepada t shirt lengan panjang biasa. Dipadan kan dengan leggings biru gelap. Rambutnya seperti biasa, diikat tinggi.Manakala Rafiq memakai t shirt putih kosong dengan seluar tiga suku hitam. Santai.

" Abang long dah lama ke kenal ngan along? " soal Hariz memecah kesunyian. Amelia lantas berpaling mendengar panggilan adiknya kepada lelaki itu. Abang long?

" Acik, tak payah nak abang long sangat eah! along je ada tau? " amelia menjeling tajam ke arah adiknya. Rafiq ketawa perlahan.

" biar la dorang.. kenapa? awak takut dorang sayang saya lebih dari sayang awak ke? " soal Rafiq pula. Petang petang macam ni Best jugak dapat kenakan gadis ini.

" gila tak sayang? " pintas Hariz. " along kerja siang malam nak bagi kita orang makan tau? sayang along lagi.. " sambung Hariz lagi. Dia memeluk amelia kemas.

Rafiq memandang amelia. Gadis itu menundukkan kepala.

" jom makan petang dulu.. dah lewat ni.. " panggil Datin mardhiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience