bab 4

Romance Completed 20126

amelia mengelap peluh didahinya menggunakan tuala. Penat! itu yang dirasakannya sekarang. suasana di cafe itu sangat sangat sesak. Penat memang tak payah cakap. Tidak sampai beberapa minit dia berehat, dia dipanggil untuk mengambil pesanan. nasib!

Dia melangkah ke arah meja yang Agak tersorok disitu. Topi dikepalanya dibetulkan sedikit. Kekemasan itu penting bak kata pengurus cafe ini.

"order encik? " dia paksa diri untuk tersenyum manis.Pelanggan itu mengangkat kepala. Dan apa yang mengejutkan, lelaki yang dihadapannya ini adalah lelaki yang dia jumpa dipantai petang tadi. Masih bersama lelaki yang seorang lagi tu.
Jumpa lagi sekali.

"awak? ainnur? ops, i mean.. humaira amelia? " soal lelaki itu sinis. Amelia menggigit bibir. Macam mana dia boleh tau nama aku ni?

"order encik? " soal amelia lagi. Malas nak bergaduh dengan lelaki ini. Takut TER kurang ajar, nanti TER buang kerja pulak.

" apa yang special kat sini? " Adam rafiq menyoal. Fuh! Lembutnya suara. Melting jap. huhu.

" ni ada menu, encik boleh tengok. " amelia menghulurkan buku menu kepada Adam rafiq. Adam rafiq hanya memandang buku itu. Lansung tidak terlihat yang dia akan mengambil buku itu dari tangan amelia.

'tak reti nak ambik ke? aku dah lenguh pegang buku ni! huh! yang ni sombong! yang lagi seko tu buaya! padan sangat la.. ' kutuk amelia didalam hati. Dia kalau bab mengumpat didalam hati ni, juara tau?

" kau bagitau je.. aku malas nak baca. " arah Adam rafiq. Nadanya tetap sama seperti tadi.Cermin mata hitam yang tersangkut di batang hidung nya dibetulkan. Disebalik kaca mata itu, dia merenung gadis dihadapan nya ini setajam yang mungkin.

Baru amelia perasan, lelaki ini dari tadi memakai kaca mata hitam. Begitu juga semasa dipantai petang tadi. Buta agaknya. Kesian! buta tapi sombong.

"encik ni buta ke? dari petang tadi saya perasan encik pakai kaca mata tu. " ujar amelia. Alamak! amelia.. mati la kau!

"watch your mouth! " Qammar bangun sambil tangannya menghentak meja. Secara automatik mereka bertiga menjadi perhatian disitu. Malu!

" haah! aku buta. kenapa? ada masalah? " ujar adam rafiq. suaranya tertahan tahan. amelia diserbu rasa bersalah. Nanti kalau diaorang mengadu dekat bos, confirm aku kena pecat.

"saya mintak maaf encik. saya tak sengaja. " amelia memohon maaf. kepalanya ditundukkan. Dalam otaknya sudah terbayang wajah ayah dan adik adiknya.

"you can go! " ujar Qammar. Dia kembali melabuhkan punggung disebelah Adam rafiq.

" what do you mean? blind? " soal Qammar selepas amelia berlalu. Adam rafiq menganggukkan kepalanya.

" explain laa.. " Qammar sudah pening. Adam rafiq sememang nya sudah dijangka. Adam rafiq hanya tersenyum.

" panggil budak perempuan tu kejap.. " arah Adam rafiq. Qammar hanya menurut. Amelia dipanggil.

Amelia berjalan perlahan mendekati meja itu. Seriously, dia takut. Dia diminta duduk dihadapan Adam rafiq.
" ye encik? " gugup. Amelia tidak berani mengangkat kepala. Qammar merenungnya seperti hendak ditelan.

" kau nak dipecat? " adam rafiq memulakan perbualan.

" taknak encik! tolong la jangan mengadu kat bos saya.. saya baru je kerja dekat sini. Ayah saya sakit. tolong ye encik! " balas amelia laju. perkara yang amat dia takutkan. Adam rafiq tersenyum sinis. Qammar pula hanya memerhati. Dia masih tidak mengerti rancangan yang sengaja direka oleh sepupunya ini.

" kalau kau nak tahu, aku lah pemilik cafe ni! " ujar Adam rafiq lagi. Automatik amelia mengangkat wajah memandang lelaki dihadapannya ini. Biar betik? matanya dikelip kan beberapa kali.

" kalau kau taknak dipecat, kau kena mintak maaf dengan aku.. " Adam rafiq menyambung lagi.

" okay, kalau macam tu saya mintak maaf sangat sangat.. " dah settle. kan? 'ek eleh, aku tanya camtu aje kot.. nak kena mintak maaf bagai. kalau aku tak perlukan duit, memang tak la nak kena malukan diri macam ni! ' amelia mengata didalam hati.

"kalau aku tak maafkan kau? " amelia kembali menundukkan kepala mendengar soalan lelaki itu. macam mana ni?

" tolong la encik. saya betul betul perlukan kerja ni.. " amelia separa merayu. Adam rafiq ketawa sinis.

"ayah kau sakitkan? " soalan demi soalan yang diajukan. Amelia membulatkan mata. Macam mana lelaki ni boleh tahu?

"macam mana encik tahu? " soalan dibalas soalan. Susah berurusan dengan orang sombong macam ni. Bala!

"kau yang cakap tadi." ouh. macam mana la boleh terlepas. amelia, kau ni tak guna betul!

" ouh. encik nak saya buat apa? saya sanggup buat apa saja asalkan encik tak pecat saya.. " dia pun tidak percaya apa yang dia cakapkan. Demi ayah, i will do everything.

"kahwin dengan saya. " balas adam rafiq ringkas. Amelia terbatuk. manakala Qammar sudah bangun. What the hell?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience