Hafiz berjalan kehulur hilir menunggu kakaknya pulang dari kerja. Dia risau kerana badan adiknya semakin panas. Hafiz memandang kearah adiknya yang berusia 14 tahun itu. Mukanya Agak pucat. Pagi tadi kakaknya sudah membawa Hariz ke klinik. Tapi demamnya masih tidak kebah.
Hafiz berjalan keluar dari rumah lalu duduk di pangkin yang terletak di bawah pokok mangga. Telefon bimbitnya dipandang kosong. Bunyi deruman enjin motor kakaknya kedengaran. Alhamdulillah!
"acik macam mana? " soal amelia sebaik sahaja enjin motor dimatikan.Hafiz menggeleng kepala. Dia membuntuni langkah kakaknya masuk kedalam rumah. Amelia duduk di tepi kepala adik bongsunya. Dia baru sahaja pulang dari hospital menjenguk ayahnya
"acik okay? " soal amelia. Hariz cuba tersenyum. Dia tidak mahu kakaknya risau.
Dahulu kakaknya seorang yang mudah bergaul. Tapi selepas kematian ibunya, kakaknya semakin hari semakin kasar. Ditambah pula selepas ayahnya disahkan menghidap penyakit kanser. Kakaknya seratus peratus berubah.
"angah tolong ambil air suam boleh? " amelia memandang ke arah hafiz yang kelihatan termenung. Hafiz sekadar mengangguk.
Tidak lama kemudian Hafiz datang membawa segelas air. Amelia perlahan lahan memberi hariz minum air itu.
"along, cikgu mintak duit buku.. " Hafiz serba salah. Dia janji apabila dia tamat persekolahan, dia akan menolong kakaknya bekerja.
"nanti along bagi duit.. " balas amelia pula. Dia perlu mandi sekarang kerana nanti malam dia harus pergi kerja.
Selepas sembahyang maghrib, amelia bersiap siap untuk kerja part time malamnya. Dia memanggil Hafiz yang sedang membuat kerja sekolah.
"ada apa along? " Hafiz menyoal. Amelia mengeluarkan dompetnya yang sudah lusuh. Hafiz hanya memandang.
" ni along bagi 300 untuk angah bayar duit buku, pastu angah guna untuk pergi sekolah esok dan beli makanan makan tengahari dengan acik.Selebihnya angah simpan dalam tabung." jelas amelia sambil menghulur kan 6 keping not 50.Hafiz mengambil duit itu.
"along ada duit tak? " Hafiz menyoal lagi. Amelia mengangguk kan kepalanya. Padahal didalam dompetnya sudah tidak tersisa duit lagi.
"along pergi dulu.. jaga acik tu tau? " pesan amelia sebelum melangkah keluar dari rumah. Hafiz sempat menyalami tangan kakaknya.
Amelia menghidupkan enjin motosikalnya lalu perlahan lahan keluar dari perkarangan rumah. Hafiz memandang kakaknya yang sudah jauh. Dia masuk menyambung kembali kerja sekolahnya. Tangannya masih lagi mengenggam duit yang diberikan oleh amelia tadi. Tanpa disedari, dia mengeluh perlahan.
Share this novel