Amelia menggeliat kecil. Kepalanya berat sekali. Dilihat rafiq sudah tiada diatas katil. Pintu bilik mandi dibuka. Kelihatan rafiq sedang merenungnya. Malu!
"err.. abang dah lama bangun? " soal amelia tanpa memandang wajah suaminya. Dia harus tunggu rafiq keluar dari dalam bilik dahulu, baru dia boleh bangun.
" baru je. tak nak bangun lagi ke? " bisik rafiq ditelinganya. Amelia menelan air liur.
' nak bangun macam mana? aku tak pakai baju ni!' bisik hatinya. Rafiq tersenyum nakal.
" nanti la kot. abang pergi la pakai baju dulu. pastu abang turun dulu. " amelia cuba mengelak. Rafiq mendekatkan wajahnya dengan amelia.
"sayang malu ea? " soal rafiq selamba. Merah padam muka amelia disoal begitu. Fullamak! malu siot.
" err.. malu? malu apa? " buat buat tak faham sudah la. Ayah, melia malu.
" melia, kat lantai tu ada baju yang melia pakai semalam. jadi sekarang melia tak pakai.. "
" eh! ermm.. abang tolong ambik baju melia jap! " potong amelia laju. Rafiq ketawa perlahan. Melia, melia.
" nak buat apa malu? abang dah tengok semua semalam tau? " mata dikenyitkan.
Allah! malunya. Dasar adam rafiq. eii, malu la. Amelia berselubung didalam selimut. Sumpah malu. Adoi!
" ke nak abang angkat pergi bilik mandi? " rafiq menyoal gatal. Amelia menggeleng di dalam selimut.
" nah baju! " ujar rafiq. Amelia mengeluarkan kepalanya. Tanpa disangka Rafiq mencempung badannya ke bilik mandi. Malu!!!
Rafiq meletakkan amelia didalam tab mandi yang dipenuhi sabun. Sebelah mata dikenyitkan sebelum meninggalkan amelia sendirian.
' kuang ajaq kau unta tua!! ibu.. melia malu!! nanti kau rafiq' marah melia didalam hati.
Amelia mengambil masa 20 minit untuk mandi. Kena mandi double sikit, siapa suruh nakal sangat semalam kan? baru dia perasan, dia tidak membawa tuala ke dalam bilik mandi. Tepuk dahi.
" abang! abang! tolong jap! " laung amelia kuat. Rafiq yang sedang membaca majalah terus meletakkan majalah itu diatas meja.
" ada apa? "
" towel lupa nal ambik! " balas amelia pula
" keluar je laa. " ujar rafiq gatal. Amelia mundar mandir didalam kamar mandi.
" abang please.. nanti melia bagi hadiah. "
Rafiq berjalan kearah almari lalu sehelai tuala dikeluarkan. Dia mengetuk pintu bilik mandi. Amelia buka sedikit lalu mencapai tuala yang dihulurkan. pintu ditutup kembali. Dia terpaksa menebalkan muka keluar dari bilik mandi dalam keadaan berkemban.
rafiq memandangnya bagai mahu ditelan.
" abang suka sayang pakai macam ni depan abang. " bisik rafiq ditelinganya. meremang bulu ketiak aku doh! aduih!
" tapi abang lagi suka kalau sayang pakai macam sebelum mandi tadi" tambah rafiq lagi. Amelia mengenggam hujung tuala yang dipakai nya.
' sebelum mandi? aku bukan ke tak pakai?.. Alamak!! '
" abang gatal " dia mencubit lengan sasa suaminya. Rafiq sempat mengelak. haha.
" mana hadiah? " soal rafiq. dia menadah kedua dua belah tangannya. Amelia mencium pipi rafiq sebelum berlalu.
' hehe! pandai isteri aku cari hadiah' matanya tidak lepas dari memandang langkah amelia. Baik aku keluar dulu, sebelum ada someting wrong happen here.
....................
Amelia menolak troli yang penuh dengan barang basah. Menurut kata ibu mertua nya, rafiq menyukai masakan ala ala barat. Manyak songeh itu punya unta tua! ugh! Hari ini dia hanya berpakaian kasual. T- shirt lengan pendek berserta leggings hitam. Rambut pula diikat tinggi seperti biasa. Ditelinganya dipasang earphone. Sambil sambil cari barang, dengar lagu kejap.
Nanti petang mereka akan berpindah ke rumah baru. Sebab tu la rajin semacam nak beli barang ni. kalau tak, memang tak la amelia. Kalau sebelum kahwin dulu Hafiz yang belikan barang barang dapur. bhaha.
' apa lagi yang tak ada? '
' susu, gula, rempah,.. ermm'
' ouh, ayam dengan daging tak ada lagi. ' lupa nak cakap, rafiq tak makan ikan. Betapa cerewetnya dia tu. suami siapa la.
Tiba tiba bahu nya dilanggar oleh seorang lelaki! sakit brother. Telefon lelaki itu terjatuh dan... broken! padan muka kau. siapa suruh jalan mata letak lutut. rasakan. Amelia menanggalkan earphone ditelinganya.
" wey nenek! kau jalan tak pakai mata ke? " jerkah lelaki itu kuat. Sekelip mata mereka menjadi perhatian orang ramai. sengaja betul Mamat ni nak cari pasal dengan aku. ni humaira amelia okay!
" hello atok! kat mana mana pun orang jalan pakai kaki. bukan pakai mata! ek eleh. kau yang langgar aku dulu. Tu la,lain kali ada kaki jalan, ada mata tengok. Kau jalan tengok handphone, memang broken la." bila amelia buka mulut be like. lelaki tadi diam seribu bahasa.
" ganti my phone. now! " kuat betul suara dia ni. Kang aku tendang tak pasal pasal menari keliling dunia. sabar sabar.
" hello mr. aku tak salah, yang kau gatal mintak ganti rugi ni apehal? kang aku panggil rosmah suruh hempuk kepala kau kat batu bersurat. aku langgar najib pun dia tak marah macam ni tau? " berbelit belit lidah. heran apa aku dengan blackberry kau tu.
Amelia mengerling jam di pergelangan tangan kirinya. Sudah hampir tengahari. Nanti rafiq membebel tak hengat dunia, susah pulak.
" okay, ni num aku. kalau kau nak beli phone, roger aku. aku dah lewat ni! " amelia menulis nombor telefonnya diatas kertas kecil yang memang selalu dibawa ke mana mana sahaja. mengalah juga akhirnya. amelia cepat cepat menolak trolinya. Daging, ayam. hehe.
Hamka memerhati langkah gadis itu. Belum pernah dia berjumpa gadis sebegini seumur hidupnya. Terasa lengannya disentuh. Hamka menoleh ke belakang. Dilihat lydia tersengih sengih.
" dah? " soal hamka. lydia menganggukkan kepalanya. Hamka masih lagi mencari kelibat gadis misteri itu.
Amelia memandu tenang myvi biru miliknya. Dia berjanji mahu makan tengahari dengan rafiq. Amelia tersenyum sendiri teringatkan kejadian pagi tadi.
" abang rasa malas la nak pergi office hari ni.. " ujar rafiq sambil tersenyum meleret.
" kenapa? " amelia menyoal pelik. Rafiq merangkul pinggang ramping nya.
" sebab sayang la.. " bisik rafiq perlahan. mujur diruang makan tiada sesiapa. tak ke malu kalau ditangkap basah.
" tak payah nak merepek. " amelia menolak dada suaminya.
Bukk!!
lamunan nya terhenti saat dirasakan belakang keretanya dirempuh kuat. Dia terdorong ke depan. Nasib tangannya laju bertindak menahan diri daripada terhantuk di stereng.
Dia membuka pintu kereta. Wow, lampu belakang pecah, bumper kemek, plat tercabut. pergh! too much. Pemandu kereta belakang juga keluar.
' asal ramai sangat yang langgar aku hari ni? ' rungut amelia.
" i'm sorry miss! " lelaki itu memohon maaf.amelia menoleh ke kiri. Mamat tadi rupanya.
" kau? " amelia mengecilkan matanya yang sedia sepet.
" awak? " hamka menyoal tidak percaya. Sedangkan pertemuan ini telah dirancang.Dia menyuruh lydia mengambil teksi untuk pulang. Selepas itu dia mencari gadis ini. Nasib nya Agak baik apabila melihat gadis itu memunggah barang kedalam bonet kereta. Lets start, action!
" aku tak faham la macam mana boleh malang sangat nasib aku harini. Lagi lagi jumpa kau! " amelia menunding jarinya tepat ke wajah lelaki berkaca mata itu.
" calm down! benda boleh bincang. Dia baru sahaja ingin memegang bahu gadis itu namun cepat ditepis oleh amelia.
" dahla, tak payah ganti rugi! its mean, aku pun tak payah bayar phone kau tu. kau saja nak langgar aku kan? balas sebab aku broken kau punya phone? " hamka pantas menggelengkan kepala.
" bukan. jangan salah faham. okay, saya ganti rugi, tapi bukan sekarang. " dia mahu berjumpa gadis itu lagi. Seperti ada sesuatu yang menarik dia untuk terus mendekati gadis itu.
" saya, hamka. hamka ilyas. " hamka memperkenalkan dirinya. Tangan kanannya dihulurkan.
" melia. " balas amelia sepatah.Hamka tersenyum. Dia menarik semula tangannya yang tidak bersambut.
"nice name! " tanpa sedar pujian itu terlepas dari mulutnya. Amelia memandang nya tajam.
" i have to go. " amelia masuk kedalam perut kereta tanpa memandang ke belakang. Pedal minyak ditekan kuat.
' mak ai! dia nak race ke? ' bisik hati hamka.
Dia bersandar di keretanya. Gadis yang menarik untuk didekati. Belum cuba belum tahu. right?
Share this novel