bab 26

Romance Completed 20288

Pejam celik pejam celik, sudah sebulan lebih perkahwinan mereka. Perkahwinan yang asalnya untuk kepentingan diri sendiri, kini sudah seratus peratus berubah.

Seperti biasa selepas rafiq pergi ke pejabat, amelia akan ke pasar membeli barang. Kadang kadang dia akan singgah ke rumah ayahnya.

Amelia memandu perlahan keretanya. Tujuannya mahu ke rumah ayahnya dan seterusnya pulang ke rumah. Baru sahaja kereta myvi biru itu ingin memasuki selekoh, tiba tiba..

bukk, bukk, bukk!

' asal kereta ni? buat hal betul la! masak aku' rungut hati amelia. Dia memandang kawasan sekitar.Kiri kanan hanya hutan. Fikirannya sudah terbayang perkara pelik yang akan berlaku. Telefon diambil, niat mahu menelefon hafiz. Malangnya bateri habis licin! parah!

Masa ni la dia nak buat hal! kalau aku tahu, aku naik mini cooper rafiq je tadi. huh!aduh macam mana ni? dahla kawasan ni jarang dilalui orang. masak aku! bukan setakat masak, hangus hitam legam dah.

2 jam kemudian...

Amelia bersandar di pintu keretanya. Dia ambil majalah didalam kereta untuk dikibas di lehernya yang sudah berpeluh. Kalau berjalan, mungkin mengambil masa dalam 1 jam. Malas nak habiskan tenaga berjalan ke rumah ayahnya.

Tanpa disangka ada sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Amelia merengus apabila melihat plat kereta itu. Dia kenal pemilik kereta mewah itu.

" kereta rosak? " soal lelaki berkaca mata hitam itu. Amelia buat muka bosan.

" tak la. saja nak ambik angin kat sini! " lawyer buruk kan? ikut perangai siapa la ni.

" ouh! ambik angin. takpe la, saya pergi dulu. ingat ke kereta awak rosak tadi. " ujar lelaki itu berkira kira mahu melangkah masuk ke dalam kereta.

" err.. hamka! wait! " amelia mengalah. Kenapa dia mudah mengalah dengan lelaki ini? ini bukan sifatnya. Apa dah jadi ni?

" yes melia? "hamka lantas berpaling. Dia tersenyum didalam hati. Dia pun tidak tahu kenapa hatinya tiba tiba terdetik untuk menggunakan jalan ini.

" dah dua jam saya berdiri kat sini. awak orang pertama lalu, then.. boleh hantar saya? " tebal 65 cm mukanya saat ini. Hamka mengangguk laju. Lagipun sekarang waktu makan tengahari. dia masih ada masa.

Amelia masuk kedalam perut kereta. Dia diam sepanjang perjalanan. Entah kenapa dirasakan masa terlalu lambat berlalu.

" err.. kenapa awak tak call sapa sapa? " soal hamka cuba menepis kebisuan antara mereka.

" bateri habis. " jawab amelia ringkas. Dalam fikirannya merangka apa jawapan yang harus diberikan kepada rafiq.

Hamka selekoh masuk ke perkarangan rumah nya.dilihat porsche rafiq terparkir elok disitu. Amelia cepat cepat keluar dari perut kereta.

" Assalamualaikum! " laung amelia. Rafiq turun mendapatkan isterinya. Risau yang teramat. Hamka juga keluar dari keretanya.

" raf? its you? " hamka menyoal. keningnya diangkat. Rafiq pula memandangnya pelik.

" what are you doing here?! " tiada lansung sapaan untuk teman yang sudah beberapa tahun tidak bertemu itu.

" tadi aku lalu, nampak melia kat tepi jalan, kereta rosak. aku tolong hantar. " jawab hamka. Dalam fikiran nya sudah 1001 satu persoalan.

" perkenalkan! ni amelia. i mean humaira amelia! my wife, i'm married now" sengaja rafiq berkata begitu. tangannya merangkul pinggang kecil amelia. Jelas terpancar riak terkejut di wajah hamka.

' aku jatuh hati dengan isteri orang? what the hell? isteri kawan baik aku pulak tu! hamka ilyas, wake up! ' marah hamka kepada dirinya sendiri.

" ada tetamu? kenapa tak ajak masuk? " sapa encik Razak dari belakang hamka. Hamka menoleh. kaku. Riak nya bertukar keruh.

" ajak la kawan kamu masuk adam! " ditangan kirinya terdapat plastik hitam. Entah apa isi plastik itu.

" aaa... " suaranya tersekat. Hamka memandang encik Razak bagai mahu ditelan.

" nak masuk tandas ke? " encik Razak berseloroh. Hamka menggeleng kepala.

" ayah? " panggil hamka lagi. Encik Razak mengerutkan dahinya. hamka meluru memeluk orang yang bertahun tahun dicarinya itu. Orang yang bertahun tahun dirinduinya.

" ni hamka! anak ayah! ayah ingat kan? " soal hamka memohon kepastian. amelia dan rafiq lebih memilih untuk mendiamkan diri.

" hamka? hamka ilyas? " hamka pantas menganggukkan kepala. Encik Razak mengalirkan air mata. Anaknya membesar dengan baik. Dia memeluk erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience