bab 11

Romance Completed 20288

Selepas menyarungkan baju kebadan, Rafiq turun ke tingkat bawah. Amelia mengikuti langkah lelaki itu. Suasana ditingkat bawah lengang. Mana semua orang?

" yang lain mana? " amelia memberanikan diri menyoal lelaki itu. Rafiq memusingkan badannya menghadap amelia.

" ayah kau ngan adik adik dah balik. mama ngan papa keluar pergi mana ntah! " maknanya, sekarang hanya dia dan lelaki itu berada didalam rumah itu? what the shit?

" ouh. aku nak tanya boleh? " soal amelia tanpa memandang wajah Adam rafiq. Rafiq sudah melabuhkan punggung di sofa. Amelia turut melabuhkan punggung nya. Dia menjarakkan kedudukannya.

" go ahead" balas rafiq ringkas. Sebenarnya dia cuba lari dari amelia. Malam pertama pun hatinya sudah tergugat, apatah lagi mahu bertahan 6 bulan. Tetapi gadis ini mengikutinya. Malam itu, amelia membiarkan rambutnya tanpa diikat. Rafiq cuba mengelakkan matanya daripada memandang wajah gadis itu.

" arrisa tu siapa? " dari tadi fikirannya tertanya tanya tentang gadis bergaun merah itu.

Rafiq mengangkat sebelah keningnya. Amelia pula memandang tepat wajah lelaki itu. Handsome. Tinggi. Mata lelaki itu berwarna coklat cerah. Hidung mancung. Bibir? eh eh? meroyan ke amelia?

" arrys tu adik ammar. kenapa? "

amelia menganggukkan kepalanya beberapa kali. Adik ammar?

" perempuan plastik tu adik ammar? baru ku tahu. Plastik betul dia tu kan? " komen amelia selamba badak. Malah lebih selamba daripada badak.

Rafiq lantas memandang wajah amelia. Plastik? Arrys buat plastic surgery ke? asal aku tak tahu?

" what do you mean by plastic? " Soal rafiq masih tidak faham. Amelia menjeling sekilas. Kedua dua belah tangan nya disilangkan didada.

" ehem ehem.. Rafiq tu aku punya! aku takkan biarkan korang bahagia. Macam mana la dia boleh pilih kau? mesti kau kahwin dengan dia sebab nakkan harta dia kan? " ulang suara.satu dua tiga.

semakin banyak kerutan didahi rafiq. Rafiq mendekatkan dirinya dengan gadis itu. Amelia buat muka. Nak kenakan aku la tu.

" arrisa cakap macam tu dekat aku. " ujar amelia tanpa memandang kearah Adam rafiq.

"ada aku kisah? " balas rafiq tanpa perasaan. Amelia mengetap bibir.

' tak suruh kau kisah pun. dasar unta tua!! ' umpat amelia didalam hati.

CHUPP! Amelia kaku. Rafiq bangun menuju ke tingkat atas. Amelia memegang pipinya. Dia cium aku? Amboi Amboi. suka hati moyang kepada nenek kau je cium aku.

Amelia bangun mengejar lelaki itu. " hey unta tua! suka hati kau je cium aku! meh aku cium kau balik. " eh eh?! amelia! Rafiq memusingkan badannya. Amelia sudah mengzip rapat bibirnya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasalah kau humaira amelia. sob, sob, sob!

Rafiq tersenyum nakal. Amelia sudah menundukkan kepalanya setunduk tunduknya.

" aku terlepas.. tak bermaksud pun apa yang aku cakap tadi. Kau tak payah la ambil kisah sangat eah? " amelia bersuara. namun kepalanya masih lagi ditundukkan.

" kau nak cium aku tadi kan? just do it! lagi aku suka. Kau nak cium dahi ke? pipi? or.. my li.. " baru sahaja rafiq ingin menghabiskan ayatnya, amelia pantas memotong. Tak sanggup nak dengar yang last tu. Geli. Nanti muntah pelangi kat atas tangga ni. Siapa nak lap nanti?

" tak! mana ada aku cakap. Kau salah dengar kot. Tu laa, lain kali rajin rajin la korek telinga tu. harap muka je handsome, tapi pekak.. haha. " amelia buat buat ketawa. Rafiq buat muka bengang. Ada yang nak rasa ibu jari kaki aku malam ni. Kang masuk icu setahun. Biar padan muka.
Rafiq mengangkat amelia. Gadis itu terkejut dengan tindakan nya.

" raf, kau turunkan aku sekarang. " arah amelia. Malu! Awat lelaki ni cakap tak serupa bikin lansung. Haritu cakap TAKKAN sentuh aku. Ni dah buang tabiat ni apsal? dah nak mampus?

" kiss me first. " balas rafiq pula. Dia menyuakan pipinya untuk dicium. Dapat free kiss, sapa tak nak? Lagi dia suka.

" kau cium dulu, baru aku turun kan kau.. " giliran rafiq memberi arahan. Nasib perempuan ni ringan je. Amelia pantas menggelengkan kepalanya. Simpang malaikat 44.

" okay. fine. aku dukung kau sampai pagi. " hatinya sudah digeletek lucu. Melihat riak gadis itu sudah cukup membuatkan dirinya terguling disitu. Tapi, dihalang niatnya mahu berguling. Kang tak pasal pasal berguling sekali dengan gadis itu.

" taknak.. raf please!turunkan aku." tak pernah pernah kena dukung macam ni.Malu siot.rafiq buat acuh tak acuh sahaja.amelia mengalah.Apa salahnya.Cium je kot.kan?bukan haram pun.

Dia mendekatkan wajahnya dengan lelaki itu.Sikit lagi.then..

" astaghfirullahhal adzim!!mama tahu la kamu dah kahwin.nak sweet sweet dalam bilik la.takkan habis semua tempat kamu nak buat tempat berasmaradana?" sound datin mardhiah baekk punya.Rafiq lekas lekas menurunkan amelia.Amelia menggunakan seluruh tenaga nya mendaki tangga masuk kedalam biliknya.

Malu.Ni semua unta tua tu punya pasal.Asal aku tak perasan lansung mama balik?syok sangat la tu duk dalam pelukan unta tu kan?huh .amelia,kau sengal sangat apsal?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience