Setelah seminggu bercuti, rafiq kembali bekerja seperti biasa. Manakala amelia pula terpaksa berhenti kerja atas arahan Adam rafiq. diulang, ARAHAN.
Di pejabat, adam rafiq menyelesaikan tugasnya yang bertimbun. Mengikut rancangan sebenar, cutinya masih berbaki seminggu. Tapi memandangkan malas menghadap monyet belaan barunya itu, dia terpaksa pergi ke pejabat.
tok tok tok!
" masuk! " laung Rafiq kuat. PA nya masuk bersama perempuan yang paling dia alergik.
" linda, u boleh keluar. " arah Rafiq kepada setiausahanya. Arrisa melabuhkan punggung diatas kerusi.
" baik tuan. " balas linda sebelum beredar.
Rafiq kembali menyambung kerjanya yang tergendala. Dia sedaya upaya tidak mahu memandang ke arah gadis di hadapannya ini. Arrisa mengenakan sehelai blous berwarna merah dipadan kan dengan skirt pendek separas peha. Rambut, tak payah nak cakap. Macam kari tumpah sekilo.
" you nak apa? " Rafiq menyoal tanpa memandang kehadapan. Baginya, laptopnya lebih cantik daripada arrisa.
" i nak you. " balas arrisa pula. Rafiq berhenti menaip. Dia mencerlung ke arah gadis itu. Nasib aku tak kahwin dengan kau. Amelia cantik lagi daripada kau, tau? eh eh, terpuji pulak. Kalau amelia tahu, mesti kembang tak surut surut.
" please la arrys, i buzy. did u understand? banyak kerja nak kena buat sekarang ni. get out. " Mood kerjanya hilang. ugh!
" come on la Raf.calm down. " arrisa masih beriak selamba.Arrisa bangun lalu memeluk leher Rafiq dari belakang. Rafiq berdengus kasar.Tapi dia tidak pula menepis pelukan itu. Tangannya tetap bergerak menaip kertas kerja yang berlambak tu.
Pintu pejabatnya terkuak. Terjengul wajah amelia dimuka pintu. Rafiq cepat cepat meleraikan pautan tangan arrisa.
" sorry, saya menganggu. " ujar amelia sebelum melangkah keluar. Panas membara hatinya saat ini. Dia berjalan laju. Laungan rafiq memanggil nya dari belakang lansung tidak diendahkan.
Amelia menghidupkan kereta myvi yang baru dibeli oleh rafiq untuk kegunaan nya. Pantas dia menekan pedal minyak. Rafiq mengejar amelia sehingga ke parking.
" damn! " buntu. Dia tidak mahu amelia salah tafsir. Telefon bimbit di dalam poket dikeluarkan. Nombor gadis itu didail. Tapi tidak juga berangkat.
.............................
Farhan dan emir memandang amelia yang hanya dari tadi makan. Lansung tidak bercakap dari bermulanya sampai di cafe ini.
" tetiba ajak kita orang keluar makan ni kenapa? " soal emir memecah kesunyian. Amelia berhenti menyuap. Dia memandang tepat wajah Emir Zafran dihadapannya ini.
" takkan nak kena buat appointment dulu? nak ajak bestfriend keluar makan, salah ke? " soalan dibalas soalan. Emir mengangkat bahu.
" kau gaduh dengan Rafiq ke? " giliran Farhan pula menyoal. Amelia tersentak.
" mana ada. takkan la seminggu kahwin dah gaduh? aku baru je dari pejabat dia ni. " Amelia cuba berdalih walaupun dia tahu itu hanya sia sia.
" orang lain kau boleh tipu melia, tapi bukan aku. " ujar farhan lagi. " aku kenal kau dari kecik tau? senang je kau nak tipu aku. " sambung farhan lagi. Emir pula mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Farhan.
" betul laa.. Tak ada apa apa pun. " gaduh ke? cemburu sikit aje. eh jap! cemburu? means, aku sayang rafiq?
" ni suami kau tahu tak kau jumpa kitaorang? " Soal farhan masih tidak berpuas hati. Sebenarnya dia pun rindu dengan gadis ini. Tapi, apakan daya. cewah!
Amelia mengangguk yakin. Tipu sunat. Apa salahnya. Perang dunia ketiga antara dia dan rafiq akan dimulakan sebentar lagi.
Share this novel