Rafiq mundar mandir didalam bilik tidurnya. Amelia masih belum pulang. Disudut hatinya dia Agak risau. Bukan setakat Agak, tapi. memang betul betul risau. Takkan lah amelia marahkan dia sampaikan tak balik rumah?
Rafiq menoleh saat pintu biliknya dibuka dari luar. Amelia masuk tanpa memandang wajah lelaki itu. Beg sandangnya diletakkan diatas meja solek.
" awak pergi mana? " rafiq menyoal serius. Amelia buat bodoh. Gadis itu berdiri dihadapan cermin. Menjadi kebiasaan amelia akan menyikat rambut nya yang panjang itu sebelum tidur.
" saya tanya ni! awak pergi mana? " Rafiq menyoal lagi. Volume suaranya dinaikkan sedikit. Amelia memandang dari dalam cermin.
" saya pergi makan .." balas Amelia malas. Ini kali pertama dia bertekak setelah seminggu perkahwinan mereka.
" kau pergi makan sorang sorang ke? "
amelia menggeleng kan kepala.
" habistu? " Rafiq masih lagi tidak berpuas hati.
amelia berpaling memandang ke arah Suaminya.
" yang awak sibuk sangat hal saya ni kenapa? awak dah lupa ke perjanjian tu? jangan masuk campur urusan saya. faham?! " bentak amelia pula. Ek eleh, aku keluar makan, dia nak marah. yang dia duk berpeluk dengan arrisa tu ingat aku tak marah?
Rafiq mendiamkan diri. Dia hampir terlupa tentang perjanjian itu. Memalukan betul. Ugh!
" saya pergi makan dengan farhan ngan emir. ada masalah? lepastu saya lepak dekat restoran tu sampai sekarang. ada masalah? sebab suami saya duk berpeluk dengan perempuan lain kat belakang saya. ada masalah?atau awak cemburu? " ujar amelia panjang. Rafiq membatu kan diri.
" yes i am.. " balas lelaki itu pula. what? Adam rafiq cemburu? adess, asal mulut ni celupar sangat? kan dah malu?
Giliran amelia pula membisu.
" saya tak suka awak keluar dengan yang namanya farhan tu. Melainkan kalau saya ada sekali. Awak tu kena ingat, awak tu dah jadi isteri orang. Isteri saya. Tak kisah la perjanjian atau tak, awak kena jaga batas awak. saya tak suka awak keluar balik malam. Saya.... " ayatnya tergantung. " risau. " ujar rafiq perlahan tapi cukup didengari oleh telinga amelia.
" awak suka saya? " tiba tiba soalan itu terpacul dari mulut amelia. Rafiq memandang wajah gadis dihadapannya ini dengan pandangan yang susah di mengertikan.
" yes! " jawab rafiq sepatah. Amelia cuak. Laki aku sakit ke? dia cakap dia suka aku? what? daebak !
" habistu kenapa berpeluk dengan arrisa tadi? " amelia menyoal lagi.
" dah orang bagi free, sapa taknak? " rafiq mengangkat bahu. amelia mendekati nya. tanpa diduga, lengannya menjadi mangsa cubitan gadis itu.
" gatal awak kan? awak tahu tak saya cemburu? " rafiq tersengih. Mood isterinya dah okay ke?
" tak tahu. sekarang baru tahu. " laju dia menjawab. Amelia menjeling tajam. Tubuh nya di tarik kedalam dakapan lelaki itu.
" awak ni dah kenapa? awak ingat tak perjanjian? awak tak boleh sentuh saya tau? " gugup.
" ikut suka hati saya laa. ada saya kisah dengan perjanjian tu? " pandai sungguh dia menepis soalan soalan isterinya.
" amelia.. " panggil Rafiq perlahan.
" hurm.. " sahut gadis itu pula.
" kenapa berdebar sangat? saya peluk je, bukan buat apa pun. " ada ketawa dihujung kalimahnya. Amelia senyap. Gila tak berdebar?
" amelia.. " panggil rafiq lagi.
" hurm.. "
" i'm fall in love with you.. "
.....................
Amelia menggeliat kecil. Mengantuknya. Matanya yang masih mengantuk itu tiba tiba membulat. Erk! Rafiq tidur dengan aku?
" raf, bangun! asal awak tidur kat sini? bangun la!"amelia memukul dada lelaki itu. Tangan rafiq pantas menangkap tangan amelia yang syok memukul dadanya.
" saya rasa saya demam la.. " ujar Rafiq. Suaranya serak serak. Amelia meletakkan belakang tangannya didahi lelaki itu Tak panas pun?
" demam rindu.. " Rafiq tersengih.
" boleh tak saya nak keluar hari ni? " amelia menyoal takut takut. Dia perlu berhati hati soal ni. Rafiq bangun. Auch! dia tak pakai baju rupanya. Malu!
" awak tidur atas katil dengan saya macam ni? " soal amelia tidak percaya. Rafiq sekadar menganggukkan kepala.
" awak nak keluar dengan siapa? farhan? emir? nevermind. saya takkan bagi. " pintas Rafiq tanpa mendengar penjelasan isterinya. Entah sejak bila dia pandai nak cemburu ni. tapi yang pasti, dia cemburu. titik.
" saya ingat nak jumpa crush lama saya. Lama tak jumpa dia. Boleh tak? " amelia sengaja ingin menaikkan darah lelaki itu. hehe.
" tak boleh! " pagi pagi dah buat aku bengang. amelia menahan senyum.
" boleh laa.. nanti saya bawa awak jumpa dia.. " amelia masih lagi mahu menyakat. Rafiq berdengus geram. Hatinya sudah berapi.
" melia sayang.. jangan buat saya marah boleh tak? saya nak marah ni.. " rafiq masih menahan nada suaranya. Dia tidak mahu Amelia takut dengannya.
" tapi saya rindu dekat dia. Dia baik. Handsome. saya sebenarnya sayang sangat dekat dia. Saya kenal dia dah lama. nak jumpa sekejap je tak boleh ke? " amelia bermain hujung rambut.
" i said no!! " jerkah Rafiq kuat. Dia cemburu. Amelia tersentak. Tak sangka betul Adam rafiq cemburu sampai macam ni sekali.
" buruk nya rupa dia cemburu.. eii tak malu. " amelia mencuit hidung mancung suaminya. Rafiq mendiamkan diri. mahu dipujuk.
" melia nak gi jumpa ayah laa.. melia rindu. " hehe. dah dah la tu menyakat melia oi. kang tak pasal pasal si unta tua ni merajuk.
" betol? " rafiq meminta kepastian. Amelia mengangguk. Dia di tarik kedalam dakapan lelaki itu.
" thanks. " ujar Rafiq sambil mencium rambut isterinya. Amelia hanya membatu kan diri. Perasaannya berbelah bagi.
Share this novel