bab 21

Romance Completed 20288

Farhan duduk di sebelah katil Emir. Tulang tangan kanannya patah. Kaki pula, retak! Dari semalam dia menunggu gadis itu. Namun bukan sahaja batang hidung, tapak kaki pun tak nampak lagi. Dia memandang kearah Emir yang sedang tidur selepas diberi ubat. Kesian. Walaupun dia Agak kureng dengan lelaki ini, tapi disaat susah lelaki ini adalah yang pertama menghulurkan bantuan.

Farhan menyeluk poket seluar jeans nya. Dia cuba menelefon amelia. Talian disambungkan.

" hello paan? " sapa amelia mesra. Rafiq disebelahnya menjeling tajam. Cemburu la tu. tak malu betul. laki sapa la ni?

" kau bila nak datang? " farhan menyoal. Amelia dihujung talian menjongketkan kening.

" datang mana? " amelia menyoal semula. Dia lansung tidak memahami butir bicara sahabatnya itu. Rafiq disebelahnya sudah menepuk dahi. Alamak! lupa nak bagi tau.

" rafiq tak bagitau ke? " soalan demi soalan. Amelia memandang wajah suaminya.

" kenapa dengan rafiq? "

" aku call kau semalam, dia yang angkat. Aku suruh la dia bagitau kau yang Emir accident petang semalam. " ujar Farhan sekali nafas.

" accident?!! " amelia menyoal lagi. Rafiq nak matey ni. Talian dimatikan segera.

" mar, pergi hospital! " arah Amelia tanpa memandang wajah Rafiq. Geram.

Qammar memecut laju bmw itu ke hospital. Rafiq hanya mendiamkan diri. Sesekali dia mengerling wajah amelia yang cemberut itu. kalah asam masin. Sampai sahaja di perkarangan hospital, amelia terkocoh kocoh keluar dari perut kereta tanpa mempedulikan unta tua kesayangannya itu. Rafiq berlari mengikuti langkah isterinya.

Amelia melilau mencari wad ke 18.Dia masuk wad itu. Automatik berubah riak wajahnya. Sekujur tubuh berbaring lemah diatas katil.

" Emir? " panggil Amelia perlahan. Kepalanya berbalut. Tangan dan kaki juga turut berbalut. Sebak.

" melia? cool okay. " farhan cuba memberi semangat. Rafiq memandang jengkel. Cemburu lagi. adoyai.

" macam mana boleh accident? " tanya amelia sambil jarinya mengesat tubir mata. Dia tak sanggup melihat kawannya berkeadaan macam ni.

" aku naik kereta dengan dia. then tak sedar ada lori. terus accident. aku tak teruk pun. Sebab aku tengah tidur kat sit belakang masa tu. Dan.. " cerita Farhan. Patut ke dia bagitau? melia memandang tangan farhan yang juga berbalut.

" dan? "

". sebenarnya, Emir tak sedar lagi setakat ni. Doktor cakap pendarahan teruk kat kepala dia. aku taktau nak cakap macam mana lia. Aku tak boleh tengok Emir macam ni. " air mata lelakinya akhirnya tumpah juga. Tanpa sedar amelia memeluk Farhan erat. Dia menangis tersedu-sedu di bahu lelaki itu. Rafiq memandang sakit hati.

Pang!

pintu bilik dihempas. Rafiq keluar meninggalkan mereka berdua. Dia berlari keluar dari hospital. Amelia cepat cepat mengikuti langkah laju suaminya

" raf! raf! wait! " panggil amelia kuat. Rafiq berhenti melangkah. Dia menoleh memandang gadis itu. Sakit hati.

" kenapa awak tiba tiba lari ni? i have something to ask you. " ujar amelia tercungap-cungap. Rafiq berpeluk tubuh. Kau tanya kenapa aku lari? kau berpeluk dengan jantan lain depan mata aku!

" kenapa awak tak cakap awal awal emir accident? " Amelia menyoal apabila melihat Rafiq hanya mendiamkan diri. Lelaki itu merenungnya tajam. Menikam.

" lupa " balas Rafiq sepatah.

" ouh lupa? awak tahu tak dia tu penting dalam hidup saya?!penting sangat. " sakit hatinya mendengar amelia berkata demikian.

" dia siapa? dan aku siapa? " soal Rafiq sinis. amelia tersentak. aku?

" dia sahabat saya dunia akhirat. awak,.. suami saya. " ujar amelia gugup. Rafiq tersenyum sinis.

" ouh? kawan? dunia akhirat ea? kalau kau datang awal pun kau boleh buat apa? hah?! aku ni husband kau tau tak? kau berpeluk dengan jantan lain depan aku! how dare you huh?! jangan nak jadi murah sangat la humaira amelia!kau aku punya,berkongsi bukan style aku." ujar Rafiq panjang sebelum melangkah pergi meninggalkan amelia.

' rafiq, aku tak sengaja. i'm sorry.. ' rintih hatinya. Mujur sahaja kawasan itu tidak ada orang. Kalau tak dapat tengok drama tak berbayar pulak.

" melia, are you okay? " tegur Qammar sambil memegang bahunya. Terhinjut hinjut bahunya menahan tangisan.

" okay, awak pergi la dulu. Saya balik nanti. " ujar Amelia ringkas sebelum kembali masuk kedalam hospital.

Qammar menganggukkan kepala. Dia memandang lydia disebelahnya. Tangan gadis itu ditarik masuk ke dalam kereta.

" kita nak pergi mana? " lydia menyoal. Suaranya sengaja dilunakkan.

" hotel! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience