Amelia berjalan belakang suaminya. T shirt yang dipakai oleh rafiq dipegang. Nasib baik badannya kurus. slim gituh.Jikalau ada orang dihadapan rafiq pasti tidak akan nampak dia dibelakang lelaki itu.
" pengantin awal bangun.." sapa dato ' firdaus. Semalam saat dia mengunci pintu rumah, terdengar datin mardhiah beristighfar panjang. Selepas itu dia pergi mendapatkan isterinya. Dilihat pula Rafiq sedang tercegat di atas tangga sambil tersengih sengih. pagi ini baru dia dikhabarkan oleh datin mardhiah tentang kejadian semalam.
" melia mana? " soal Datin mardhiah pula. Hehe. kan dah cakap tak nampak. Rafiq menoleh ke belakang.
" boo!! " sergah amelia pula. Terpancar riak terkejut di wajah lelaki itu. Amelia mengekek ketawa. Rafiq mengejarnya. amelia sengaja berlari di belakang datin mardhiah. Perisai lah tu kononnya. Lelaki itu berdengus.
" mama, tengok Unta ni.. " ujar amelia kepada datin mardhiah. Thumbs up diangkat. Sengaja mahu mengenakan lelaki itu pula.
" mama, tengok monyet tua tu.. " giliran Rafiq pula menagih simpati. Datin mardhiah ketawa. seorang unta, seorang lagi monyet padan sangat la.
" apa? awak panggil saya monyet? awak samakan saya dengan monyet? " soal amelia tidak percaya. Kurang asam jawa, asam gelugur, asam masin betul la Mamat ni. Hatinya bertambah geram saat Rafiq menganggukkan kepala.
" awak panggil saya unta tua.. " Rafiq juga tidak mahu mengalah. Datin mardhiah dan dato' firdaus mengelengkan kepala melihat karenah anak menantunya.
" dah, jom makan. bising betul kamu berdua ni.Dua orang macam dua puluh orang. bingit. " Datin mardhiah menarik lengan amelia duduk dimeja makan. Rafiq hanya dibiarkan tercegat disitu. Padan muka.
" mama, raf macam mana? " manja suaranya bertanya. Datin mardhiah mengangkat bahu. Menikam sampai ke hulu hati. Pergh, mama lebih sayang kan menantu dia. Hati rafiq bertambah sakit apabila amelia mengangkat thumbs up ke arahnya. Rafiq memusingkan badannya lalu keluar dari ruang makan itu. hot betul pepagi macam ni.
" raf tak makan ke? " amelia menyoal. Datin mardhiah hanya tersenyum kecil.
" nanti melia tolong bawak makanan untuk dia tau? biasanya dia merajuk kat luar tu je. "
amelia mengangguk. Hatinya berdebar tiba tiba. Bukan jatuh cinta ke apa. Cuma sebab takut dapat habuan dari lelaki itu. menyesal tak sudah.
...................
Amelia menatang dulang ke halaman rumah. Dilihat rafiq sedang membasuh kereta porsche biru miliknya. Rafiq buat seperti biasa, buat endah tak endah. Amelia meletakkan dulang diatas meja yang berada tidak jauh dari situ.
" Unta! jom makan. " amelia bersuara.
Rafiq memekakkan telinga. Monyet punya isteri. Aku yang tengah merajuk kau masih panggil unta?
" unta! jom la makan. " panggil amelia sekali lagi. Rafiq memandangnya sekilas. Tajam. Amelia menelan air liur. Paan, tolong aku.
amelia mendekati Rafiq. Paip yang berada ditangan lelaki itu diambil. Ditarik pula tangan lelaki itu agar mengikuti langkahnya. Rafiq melangkah tanpa banyak soal. hehe.
" makan jom! " amelia menghulurkan sudu dan garfu. Rafiq buat buat tak nampak. " kenapa ni? kau marah aku ke unta? " soal amelia lagi.
' boleh dia tanya marah ke tak? tak marah pun.. tengah happy sangat ni' bebel rafiq didalam hati.
' unta tua ni nak apa sebenarnya? tua tua pun nak merajuk lagi. aku cakap cam tu aje kot. yang dia senak muntah darah sangat pehal. kang aku panggil rosmah suruh hempuk kepala dia kat batu bersurat. dari batu bersurat jadi batu tumpahnya darah ku pulak. dia ni hidup zaman batu ke nak merajuk ni. tak kuasa la nak pujuk. ' kutuk amelia didalam hati.
" nak suap? " soal amelia lagi. Amelia, kau tanya soalan apa ni? dia menggaru belakang telinganya. Hatinya membantah, tapi tangan nya bergerak. Selalu je tak dengar kata!
" nganga. aaa.. " macam nak suap budak kecil. Buat macam kapal terbang gituh. huhu. nasib! Rafiq tanpa perasaan membuka mulutnya. Mujur sahaja amelia menyuapnya menggunakan sudu, kalau guna tangan dia pun geli.
' aik? makan? ingat ke tak nak? yang unta ni mengada sangat pesal? penat aku layan kerenah dia. sengal!' amelia terus mengutuk lelaki itu didalam hati. Dia kalau bab mengata, tiada siapa boleh lawan tau? Dengan ini, sesudu nasi goreng selamat masuk kedalam mulut unta tua. Tepuk tangan.
" don't talking to me. " ujar Rafiq ringkas. Mulutnya masih mengunyah. Suapan kedua masuk kedalam mulutnya. Jangan bercakap dengan saya, tapi makan juga makanan yang disua. apa daa..
" raf ,awak nampak tak kunci motor saya? saya ada letak kat sini semalam. tak ingat nak bawak masuk. mana ni? " amelia meletakkan sudu. Matanya melilau mencari kunci motor LC miliknya. Rafiq yang masih lagi mengunyah juga turut mencari kunci tersebut. Diintai dibawah meja. Dia bangun, mana tahu terduduk diatas kunci itu. Tapi juga tiada.
" awak letak kat mana? cuai sangat. nak pergi mana? ada lesen kereta? guna kereta saya ajelaa.. " bertalu talu soalan diajukan.
" tadi ' dont talking to me' sekarang ni panjang lagi dia membebel... hahahha.. " amelia ketawa lalu berlari masuk ke dalam rumah. Rafiq tercengang. Akhirnya dia tersenyum sendiri sebelum menyambung menyuap nasi goreng kedalam mulut. Tertipu juga akhirnya.
Share this novel