bab 6

Romance Completed 20288

amelia meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Selepas mejenguk adiknya dirumah, dia terus pergi ke tempat kerja. Otaknya masih tidak boleh berfikir. Farhan melihat amelia dari jauh. Tak pernah pernah gadis itu termenung panjang. Risau! Dia perasan gadis itu asyik mengerling ke arah jam dipergelangan tangan kanannya.

" adik? adik? " panggil seorang lelaki. Dari tadi dia tercegat disitu mahu membayar pesanannya. Amelia tersedar dari lamunan.

" ye? " amelia menyoal sambil menunjukkan barisan giginya. Tak perasan pulak.

" saya nak bayar ni.. " lelaki itu menghulurkan beberapa keping not merah. Amelia ambil tanpa banyak soal. Dia sambung termenung.

"adik? adik? " panggil lelaki itu lagi.

"ye? " amelia menyoal pelik. Lelaki ni nak apa?Aku hempuk kang! Dari tadi tak habis habis panggil.

" baki saya mana? " soal lelaki itu pula. aik? baki? ouh, baki!! Alamak melia. awat hang kecoh sangat ni?

" sorry ye bang! " dia sempat memohon maaf sebelum lelaki itu beredar.

Farhan mendekati kawan baiknya itu. Kepala gadis itu ditunjal beberapa kali. Otak mereng ke?

" kau sakit ke melia? " soalan itu hanya dijawab dengan gelengan kepala sahaja. " habis tu? " farhan menyoal lagi. tidak puas hati. Amelia menggeleng sekali lagi.

Farhan buat muka bengang. Dicapai dulang yang tidak jauh dari nya lalu dihempuk atas kepala ' kawan baiknya' itu. Amelia menggosok belakang perlahan kepalanya. Masih lagi tiada respon.

" paan.. " panggil amelia perlahan. Farhan memandang amelia pelik. Kenapa dengan nada tu? Nada yang paling dia benci.

" apa? " tanya farhan sepatah.

" ada orang ajak aku ka.. " amelia membiarkan ayatnya tergantung. Patut ke tak aku bagitau?

" ka apa? " Farhan mula berminat. Dia mahu tahu apa perkara yang telah membuatkan amelia termenung panjang.

" ka.. ermm kerja! " akhirnya dia memilih untuk menipu. " aku tak tau nak kerja ke tak. sebab jauh sangat! " sambung amelia lagi.

" dekat mana? "

" Terengganu.. " jawab amelia sepatah. Farhan menganggukkan kepala. Jauh la jugak. Kalau amelia pergi siapa yang akan jaga adik adik dia. kan?

amelia mengerling ke arah jam tangannya. Dia hanya ada masa setengah jam. Otak nya semakin bercelaru. Terima? tak?

" petang nanti aku tak datang tau? " ujar amelia sambil mengemas barang barangnya .Farhan memandang pelik. Amelia betul betul pelik hari ni.

" nak pegi mana? " dia sempat menyoal.

"hospital! " laung amelia yang sudah berada di luar restoran .

Emir datang berdiri disebelah farhan. Matanya turut memandang ke arah amelia yang sudah jauh.
" asal tu? " emir menyoal tanpa memandang wajah Farhan.

" melia ada sorokkan sesuatu dari aku.. "


............................

saat amelia sampai di pantai, kelihatan Adam rafiq dan Qammar sudah menunggu. Awal betul. Hatinya masih berbelah bagi. Terima atau tak? Dia menarik nafas panjang sebelum melangkah mendekati dua jejaka itu.

" you're late! " belum apa apa dah buat hal. amelia tercengang. Macam mana Adam rafiq tahu yang dia sudah sampai?pelik ni.

" 3 minit aje.. tu pun nak berkira! " balas amelia selamba. Dia lansung tidak menghiraukan pandangan tajam Qammar.

" aku tak suka lambat. last warning tau?! kalau tak, siap kau! " ujar Adam rafiq dalam nada mengugut. Amelia buat muka.

" okay laa.. nak bincang apa ni? " soal amelia. matanya sibuk memandang ombak. Dia dapat merasakan Adam rafiq sedang merenung nya.

" kau kahwin dengan aku.." straight to the point. senang kan?

' hurmm.. kahwin? malas fikir. aku muda lagi kot! ' bisik hati kecil amelia.

" ayah kau sakitkan? bil hospital ayah kau biar aku tanggung semuanya. " Adam rafiq sengaja. menekan perkataan semuanya.

" tapi bil tu bukannya murah.. " ujar amelia. malu sebenarnya. Tapi dah tiada jalan. Apalah nasib?

" how much? " Qammar menyampuk.

" 30 ribu.. " berat mulutnya mahu menyebut jumlah tersebut. Tidak semena mena dua lelaki ini ketawa. Aku buat lawak ke? Amelia terpegun melihat lesung pipit disebelah pipi kiri Adam rafiq.

" 30 ribu je? aku ingat ke juta! " Adam rafiq ketawa sinis. Celah gigi je tu." okay, okay! stop gelak. aku bayar 50 ribu.. asalkan kau kahwin dengan aku. " sambung Adam rafiq lagi.

' je dia cakap? tapikan, takkan la aku nak kena kahwin dengan orang buta? handsome, tapi buta? malang! ahahahahhaha.. ' amelia mengumpat didalam hati.

" setuju? " soal Adam rafiq sepatah.Dia kena cepat. Dia takut mamanya meroyan pergi pinangkan arrisa a.k.a sepupunya a.k.a adik Qammar a.k.a lagi.. perempuan paling gedik! Memang tak la nak kahwin dengan perempuan tu!

" okay, setuju! " terpaksa. nak buat macam mana dah?

Qammar menghulurkan sehelai kertas untuk ditandatangan.Amelia mengambil kertas itu.Dia membaca perlahan lahan.

Dengan ini perjanjian diantara Encik Adam rafiq dengan humaira amelia. Encik/cik bebas membuat haluan masing-masing selepas akad nikah dilafazkan.

syarat syarat perjanjian; -

1. Cik humaira amelia harus mendengar arahan yang diberikan oleh Encik Adam rafiq. Tidak boleh membantah sedikitpun.

2. Perkahwinan ini akan kekal selama 6 bulan. Selepas tempoh tersebut, Encik/Cik bebas samada mahu meneruskan perkahwinan ini atau sebaliknya.

3. Tidak boleh masuk campur urusan peribadi.

4. perjanjian ini adalah privasi. Sekiranya Encik/Cik membocorkan nya, maka Encik/Cik akan disaman.

" kalau awak setuju dengan syarat tu, sila tandatangan kat bawah kertas tu.. " Qammar menghulurkan sebatang pen.

amelia ambil tanpa banyak soal. Selepas dia menandatangan disitu, giliran Adam rafiq pula. Dia menggunakan cop sebagai ganti.

" malam ni aku nak bawak kau jumpa parents aku, then, aku nak kau pakai baju yang aku beli tu.. " ujar Adam rafiq. Kaca mata hitam dibetulkan sedikit. Mujur sahaja dia memakai kaca mata itu, jadi boleh la dia meneliti gadis itu tanpa ada gangguan.

Adam Rafiq menilik wajah gadis dihadapannya ini.Sejujurnya, gadis ini mempunyai tubuh yang tinggi lampai. Rambut? Diikat tinggi. Dia tidak boleh Agak seberapa panjang rambut gadis itu. kulitnya Putih kemerahan. Mata pula berwarna hitam pekat. Hidung?... ape aku merepek ni? adoyai.

" malam ni? tak rasa awal sangat ke? " gugup.Amelia memandang beg yang dipegang oleh Qammar.Belakang telinganya digaru.

" tak! stop tanya soalan bodoh. " ujar Adam rafiq. Dia merenung gadis itu sedalam dalamnya. Dilihat amelia melarikan pandangan.

" by the way, kau tak kesah ke bersuamikan aku yang buta ni? " soalan yang memang tiada jawapan. Amelia mengangkat bahu.

eh eh, lupa.Mamat ni buta kan? yang pergi angkat bahu tu kenapa? sengal. hehe.

" ntah! tak rasa apa apa.. " balas amelia pula. Sejujurnya, dia kisah sangat! ugh!

" aku pun ada syarat untuk kau.. " Adam rafiq melirik ke arah Qammar disebelahnya.

amelia melepaskan keluhan. apa lagi ni? topi dikepalanya ditanggalkan. Rambut depannya jatuh kedahi. Adam Rafiq kaku.

" cantik! " ujarnya tanpa sedar.

" apa yang cantik? " amelia menyoal.

" ombak! " balas adam rafiq sepatah. malu sebenarnya.

" apa syaratnya? " kembali kepada topik tadi.

" kau kena panggil aku Adam or raf. " amelia menganggukkan kepala. senang je ni.

" kedua, lepas kahwin kita akan buat lakonan yang real punya. so, panggil aku ABANG! " amelia terbatuk mendengar syarat yang kedua.

" last, kita kahwin selepas ayah kau operate! " hati amelia melonjak. Tidak sabar mahu melihat ayahnya sihat semula.

" saya pun ada syarat.. " mana aci kan kalau dia je letak syarat. Dahi Adam rafiq mula berkerut.

" mana boleh! " laju adam rafiq membantah.

"asal? awak bagi 3 syarat. saya cuma ada satu syarat. " ujar amelia tidak puas hati.

" apa dia? "

" saya just nak buat majlis akad nikah. awak pandai pandai la cakap kat parents awak tu.. " kahwin pun setakat 6 bulan, buat apa nak brand brand bagai. Membazir.

" tengok la dulu.. " ringkas sahaja jawapannya. Amelia mengetap bibir.

" okay, nama aku Adam rafiq bin dato' firdaus. umur aku 27 tahun. aku pemilik beberapa cawangan syarikat di malaysia ni.aku anak tunggal. lagi.. Yang tu je kot! " adam rafiq perkenalkan dirinya.

' 27 tahun? tuanya! anak dato'? patutlaa..' bisik hati kecilnya.

" humaira amelia bt Razak. 20 tahun. anak sulung dari pada 3 beradik. tinggal dekat damansara. kerja? ermm.. tak tau! " giliran Amelia memperkenalkan diri.

' 20? ' soal Adam Rafiq kepada dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience