bab 7

Romance Completed 20288

Datin mardhiah meletakkan gagang telefon ke tempatnya semula. Dia berlari menuju ke dapur.
" ita!! ita!! " laung nya memanggil pembantu rumahnya.

Terkocoh kocoh hanita berlari mendapatkan Datin mardhiah.

" ye datin? " Tanya hanita ringkas. Dilihat Datin Mardhiah tersenyum senyum. Apa yang gembira sangat tu?

" Malam nanti, Raf akan bawak perempuan datang jumpa saya. Jadi, saya ingat nak buat dinner sekali. Sebab, takkanla datang jumpa je kan? ita masak... menu special tau?! buat makanan kesukaan Raf.. " ujar Datin mardhiah panjang.

" baik Datin,, " balas Hanita sebelum kembali ke ruang dapur. Manakala, Datin mardhiah pergi mendapatkan suaminya yang berada di tingkat atas.

Datin mardhiah duduk disebelah Dato' firdaus. Suaminya sibuk membaca dokumen syarikat. Datin mardhiah disebelahnya lansung tidak dihiraukan.

" abang, saya ada berita ni.. " jarinya mencucuk cucuk bahu dato' firdaus perlahan-lahan. " malam nanti, Raf cakap nak bawak bakal menantu saya. Jadi, saya nak prepare sebaik mungkin. " sambung datin mardhiah lagi.

Datin mardhiah menjeling ke arah suaminya. Macam bercakap dengan dinding. ugh!

" abang dengar ke tak ni? " bentak Datin mardhiah. Dato' firdaus sekadar menganggukkan kepala.

Datin mardhiah turun semula ke tingkat bawah. Dia ingin melihat apa yang patut disediakan.


.............................

Hafiz pelik memandang kakaknya yang dari tadi berdiri didepan cermin. Kejap kejap pusing ke kanan, kejap kejap pusing ke kiri.Senyum sorang sorang pulak tu. syeram!

" along nak pergi mana lawa lawa ni? " soal Hafiz pelik. Amelia memandang kearahnya.

Sepatutnya dia harus memakai baju yang diberikan oleh lelaki itu, tapi baju itu Agak terdedah. jadi, dia memilih untuk memakai baju kurung arwah ibunya.

" along ada date! " amelia mengenyitkan sebelah matanya. Dahi Hafiz sudah berkerut. Sejak bila kakaknya pandai dalam bab bab macam ni? kalau tak silap, amelia adalah orang yang paling bengap dalam dunia ni kalau dikaitkan bab hati dan perasaan.

" jaga Hariz tau? along keluar, pastu along pergi jaga ayah dekat hospital.. " pesan Amelia sebelum melangkah keluar dari rumah. Hafiz menganggukkan kepalanya beberapa kali. Sedangkan kalau Amelia tidak suruh pun, dia akan tetap menjaga adiknya.

Amelia terpaksa menaiki teksi. Takkan nak naik motor pakai baju kurung. Minah rempit versi perempuan Melayu terakhir. Sampai sahaja di kawasan pantai, Adam rafiq sudah menunggu. Bersama siapa lagi kalau bukan Qammar.

" asal tak pakai baju yang Raf beli? " Qammar memulakan perang dunia. Amelia berjalan perlahan lahan. susah mahu melangkah.

" tak selesa..." balas Amelia ringkas. Qammar membukakan pintu kereta porsche milik Adam rafiq lalu menyuruh amelia masuk.

" Kau ingat aku beli baju tu guna daun ke? " Adam rafiq menyoal sinis. Qammar memandu perlahan. Dia terpaksa duduk bersama lelaki itu di belakang. Malu!

" habistu siapa suruh awak beli baju yang terdedah sangat? " amelia menyoal pula. Adam rafiq terdiam. Terdedah sangat ke?

20 minit masa yang diambil untuk sampai ke rumah lelaki itu. Qammar membawa kereta itu masuk ke perkarangan rumah. Amelia turun. Wow, rumah ke istana ni? bapak besaq noh?

" mama!! oo mama! " panggil Adam rafiq. Amelia membuntuni langkah lelaki itu. Dia takut.

" YE!! dah sampai ke? " Datin mardhiah berjalan mendapatkan anak lelakinya yang masih berdiri dimuka pintu. Amelia menyalami tangan Datin mardhiah.

" cantiknya bakal menantu mama.. " Tangan nya mengusap lembut pipi amelia. " jom kita makan dulu, lepas tu baru bincang.. " datin mardhiah menarik tangan amelia agar mengikuti langkahnya ke ruang makan.

" mama, anak mama ni nak tinggal kat sini ke? " panggil Adam rafiq. Datin mardhiah hanya buat tidak tahu. Ceh! dah jumpa bakal menantu, anak ditinggalkan begitu sahaja.

Diruang makan,bunyi sudu dan garfu berlaga laga. Amelia makan perlahan lahan. Hanya Allah yang mengetahui macam mana keadaan jantungnya sekarang ini. Berdebar tak payah nak cakap!

" Nama ape? " Datin mardhiah memulakan perbualan. Dia sudah berkenan dengan gadis dihadapannya ini.

" humaira amelia.. auntie boleh panggil melia je.. " amelia cuba mengukir senyuman.

" tak payah panggil auntie, panggil mama je.. tau?" Amelia sekadar menganggukkan kepalanya. Adam rafiq pula hanya memerhati. Nampaknya, mama sukakan gadis ini. Salute! bukan senang mamanya menyukai seseorang yang baru dikenali.

" asal mama tinggalkan Raf tadi? " Adam rafiq sengaja menyoal. 4 pasang mata memandang kearah nya.

" suka hati mama laa.. Raf boleh jalan sendiri. " selamba sahaja jawapan yang Datin mardhiah berikan. Adam rafiq mengetap gigi.

" mama nak cucu tak? " soal Adam rafiq lagi. Amelia tersedak. Amboi kau, soalan bukan main eah?

" mestilaa mama nak! " balas Datin mardhiah pula. Sudah lama dia mengimpikan cucu.

" habis tu, kalau mama tinggalkan Raf macam tadi tu, macam mana nak dapat cucu? " Adam rafiq sengaja memutar belitkan ayat. Amelia memandang kearahnya tajam.

" kenapa tak boleh tinggal? " Dato' firdaus menyampuk. Adam rafiq tersenyum. Qammar disebelahnya juga memandangnya pelik.

" kalau tinggal Raf macam tu macam mana nak dapat cucu? takkan la melia tiba tiba mengandung kan? jadi kena la ada Raf untuk buat dia mengandung! " jelas Adam rafiq lagi. Satu cubitan hinggap dilengan nya. auch!

" gatal eah Raf ni.. sian melia dah merah pipi dia tu! " datin mardhiah pura pura marah. Adam rafiq memandang amelia yang sudah menundukkan kepala.

' mengandung? anak? malu nya.. ' amelia cuba membayang kan perutnya memboyot. Eii tak nak la mengandung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience