bab 17

Romance Completed 20288

Kerete porsche biru meluncur laju masuk kedalam perkarangan rumah. Rafiq terkocoh kocoh keluar dari kereta. Sepatutnya masa kerumah itu adalah 45 minit. Tapi oleh kerana dia tekan minyak tak hengat dunia jadinya hanya 20 minit. Takut bini dikebas orang.

amelia masih duduk di pangkin menemani encik Razak yang sedang makan buah mangga. Dia terkejut melihat kedatangan Adam rafiq. Mak ai? selaju ni dia datang?

" mana dia? " Rafiq bertanya kepada amelia. Dia sempat menyalami tangan ayah mertuanya.

" dah balik. kitaorang dah setuju. Lepas habis 6 bulan ni la." balas amelia selamba. Dapat dilihat kemarahan diwajah lelaki itu.

' masalah diaorang.. malas nak masuk campur. ' getus encik Razak pula.

Rafiq menarik tangan amelia ke dalam kereta. Amelia hanya menurut. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Hahahaha.

" sampai hati sayang buat macam ni kat abang. sayang tau tak abang sayang kan sayang? too much. " rafiq memegang erat kedua dua belah tangan isterinya.

what? abang? sayang? sejak bila jadi panggilan rasmi ni?

" ek eleh. sayang konon. takpe la awak, lagipun saya dah terima dia. " balas, amelia bersahaja. Rafiq berdengus kasar.

" Farhan tu tak tahu agama ke? mana boleh pinang isteri orang! "

" jangan salahkan dia. Dia tak salah pun. " amelia memotong. Rafiq memandang kearahnya. Pandangan nya jelas tidak berpuas hati.

" ouh, jadi kau back up dia la?! " unta tua sudah datang. Hilang sudah sayang abang. Hilang sudah saya awak. Amelia menelan air liur. dia terlebih bergurau ke ni?

" abang.. " panggil amelia lembut .Rafiq kaku. Kali pertama perempuan itu memanggilnya sebegitu. Rafiq memalingkan wajah nya ke tingkap.

" tadikan.. hariz balik sekolah tau. then, dia tanya kenapa abang long dia tak balik. melia pun call la abang, melia suruh dia cakap sendiri. tetiba dia pun bagi phone kat melia then terus berlari masuk dalam rumah. mungkin suara dia dah pecah kot, sebab tu abang ingatkan dia farhan. " jelas amelia panjang. Rafiq menoleh memandang isterinya. Biar betik? bukan farhan?

" habistu, hariz merajuk ke? " Rafiq menyoal pula. amelia mengangkat bahu.

" tu la awak, lain kali nak masuk rumah orang bagi la salam tu. Ni, baru je saya nak explain, awak dah macam kereta api. laju bukan main! " jawab amelia sambil mengusap hujung rambutnya.

" tapi sayang tak patut la cakap farhan datang masuk meminang. Sayang tau tak, abang tinggal meeting penting hari ni sebab sayang tau? " ujar Rafiq dalam nada merajuk. Dia berpeluk tubuh.

Chupp!

Rafiq pantas memegang pipinya yang dicium oleh amelia. Hatinya melonjak. hehe. free kiss.
Amelia pula menayang sengih.

" nak kiss lagi? " amelia tersentak. Macam mana la dia boleh tanya soalan tu? kalau tanya si unta tua ni, memang tak tolak la.

Rafiq mendekatkan wajah nya dengan amelia. Amelia memejam mata. Bibir mereka bertaut. Lama. Mujur cermin kereta itu gelap. so, selamat la kan?

Amelia membalas ciuman itu. Rafiq mengusap belakang kepala isterinya. Sumpah, dia sayangkan gadis itu.

Perlahan lahan amelia menolak badan rafiq. Sesak nafas.haha. Rafiq memandangnya tidak puas hati. Amelia memegang pipi lelaki itu.

" jom keluar. Awak pergi pujuk Hariz. sian dia merajuk" Ujar amelia lembut. Rafiq buat buat pekak.

chupp! pipinya dicium lagi. Nampaknya amelia semakin berani. Rafiq akhirnya tersenyum.

Selepas asar, rafiq dan amelia pergi ke sungai di belakang rumah nya. Rafiq mengenggam erat tangan isterinya. Hafiz dan Hariz sudah pun terjun ke dalam sungai. Siap buat pusing pusing.
Amelia merendam kedua belah kakinya didalam sungai.

" abang long! terjun la! " panggil Hafiz sambil memercikkan air kearah abang iparnya. Rafiq turun kedalam sungai perlahan lahan.

" sayang taknak mandi sekali ke? " soalan itu hanya dibalas dengan elengan kepala.

" abang long tak payah ajak along mandi.. dia tak pandai berenang! ahaha.. " Hariz memerli. Kakaknya pernah lemas sekitar umur 11 tahun dulu. Fobia kot.

" ouh! " satu fakta yang baru dia tahu tentang isteri kesayangannya ini. Rafiq berendam didalam sungai. Sejuk.

" sayang nak tau tak. Ni first time abang mandi sungai tau? sejuk sampai ke tulang! " ujar rafiq teruja .Amelia hanya tersenyum. sejujurnya dia masih lagi malu tentang kejadian didalam kereta tengahari tadi.

" by the way.. nanti abang nak discuss pasal perjanjian tu. " rafiq mengenyitkan sebelah matanya. auch!

' dia nak tinggalkan aku ke? Alamak!! takutnya.. ' gumam amelia didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience