bab 1

Romance Completed 20288

"kahwin? "soal Adam rafiq tidak percaya. Dia disuruh pulang hanya untuk berbincang tentang perkara yang tidak penting ini? apa kejadah?!

"haah! kahwin.Raf dah 27 tahun tau tak? patutnya dah kahwin, dah ada anak, tau? nak ke, taknak ke, mama nak cucu! "ujar Datin Mardhiah sambil bercekak pinggang.
Dia sudah masak dengan perangai anak tunggalnya ini. Bukan setakat masak, dah hangus hitam legam dah!

'anak? aku muda lagi laa.. apeni? ada lagi ke zaman sekarang orang kahwin dijodohkan oleh keluarga? dah basi. 'bisik Adam rafiq didalam hati kecilnya.

Adam rafiq mengerling ke arah papanya yang dari tadi hanya membaca akhbar. Bukan nak tolong back up, senyap je. ish! susah betul. Datin mardhiah juga memandang ke arah suaminya.

"abang! tengok anak awak ni.. senyap je dari tadi. jangan la asyik tenung newspaper tu.. newspaper tu lagi cantik dari saya ke? tadi awak yang beria sangat suruh bincang hal ni.. "bebel Datin mardhiah panjang. Dato' firdaus mengangkat kepala sambil tersengih tak bersalah.

"okay laa.. "jawab Dato' firdaus pendek. Dia merenung anak lelakinya itu. Adam rafiq buat muka bosan. Dia duduk dihadapan orang tuanya ini bagaikan seorang pesalah yang akan dijatuhkan hukuman.

"papa, Raf buzy laa.. mana sempat nak cari girl. Papa kena laa faham keadaan Raf. Raf baru 27,bukan 72 pon. Company pun Raf tak sempat
urus, inikan nak urus bini? memang tak laa.. " ujar Adam rafiq panjang. Dia cuba membela diri.

Baru sahaja Dato' firdaus ingin bersuara, Datin mardhiah menjeling ke arahnya. grrr! Nasib badan dapat bini garang.
"kalau Raf tak bawak perempuan jumpa mama dengan papa, papa akan tarik kerusi ceo tu dari Raf. " ujar Dato' firdaus sedikit tegas. Kalau ikutkan, anaknya tak kahwin pon dia tak kisah. Tapi memandang kan Datin mardhiah si permata hatinya ini, dia merelakan. cewah!
"papa bagi masa sampai hujung bulan ni je, kalau tak.. papa akan kahwin kan Raf dengan arrisa. " sambung Dato' firdaus lagi.

Adam rafiq merengus kasar. Apalah nasib jadi anak tunggal ni? Kahwin? hujung bulan ni? arrisa? eh, jap?! arrisa?! eii, taknak aku. Gedik macam tu. huh! mati hidup balik dia tak nak.

"nanti la Raf fikir kan.. " balas Adam rafiq ringkas. Dia bangun menuju ke bilik tidurnya.

Masuk sahaja bilik tidurnya, pintu bilik itu dikunci.Beg kerja dicampakkan ke atas katil. Telefon bimbitnya diambil lalu nombor sepupunya didail.
"hello Qammar, kau free tak? " soal Adam rafiq sebaik sahaja panggilannya disambut. Walaupun sepupunya ini macam tak ada otak, tapi kadang kala idea darinya boleh dipakai.

"busy sangat. nanti pukul 2 aku ada meeting dengan client, and then ada interview.. malam ni ada dinner dengan dato' Zainal. kenapa? " jelas Qammar. Adam rafiq mengeluh.

"aku ingat nak jumpa kau" jawab Adam rafiq ringkas. Dah tak ada manusia lain dah ni! Kawan pun tak ada.

"ouh, sure! boleh je.. nanti aku suruh PA aku batalkan semua jadual aku hari ni.. "the Best cousin in world.

"okayh, thanks a lot bro! nanti aku mesej kau kat mana.. " jawab Adam rafiq. Dia tahu, Qammar akan berusaha menolongnya. thanks god!

"small matter la bro.. " ujar Qammar pula.Ada ketawa dihujung kalimahnya.

Selepas panggilan ditamatkan, Adam rafiq mencapai tuala lalu menerobos masuk ke kamar mandi.


..............

Sudah hampir satu jam dia menunggu gadis itu. Selalu je lewat! Farhan meletakkan kepalanya diatas meja.Mujur sahaja restoran pizza hut pada masa ini Agak lengang. Jadi dia boleh menunggu gadis itu dengan tenang. Emir datang melabuhkan punggung disebelahnya. Bala dah datang.

"melia belum sampai lagi ke paan? "soal emir. Farhan buat tidak endah. Dia mengangkat kepalanya. Malas berurusan dengan Emir.

"nanti kalau dia datang, cakap aku nak jumpa dia tau? " ujar Emir lagi. Dia tersenyum manis. Bila nak mintak sesuatu baru pandai nak cakap baik baik.hantu punya kawan!

"okay.. "balas Farhan sepatah.

"jangan lupa tau? " Pesan Emir sebelum mengangkat kaki meninggalkan Farhan disitu. Malas nak cari pasal dengan Farhan. Asyik badmood je. Datang bulan kot! hehe.

Farhan meneruskan misinya untuk terus menunggu gadis itu. Tiba tiba kepalanya dihempuk dari belakang. auch!

"woii!! "marah nya sambil tangan kanannya menggosok perlahan kepalanya.

amelia ketawa terkekek kekek. senang dapat kenakan lelaki itu. syabas untuk mu humaira amelia. syabas! Farhan menunjal kepalanya.

"lambat! " ujar Farhan sepatah.

"ala.. aku lambat 1 jam aje.. "balas amelia selamba.

"aje kau cakap? kau ingat aku ni robot nak kena tunggu? " Farhan masih tidak puas hati.

"aku tak suruh tunggu pon.. " jawapan yang memang menyakitkan hati. Nak mampus Minah ni!

"dari mana kau? selalu je lewat. yang kau hempuk kepala aku dengan topi keledar apsal? nasib aku tak termuntah pelangi kat sini tau? meh aku bagi kau rasa? nak? "Farhan menukar topik.

amelia tersengeh. otaknya sedang merangka alasan yang patut diberikan. jalan jamed? bangun lewat? motor rosak? tayar pancit? datang naik teksi?

"adik aku sakit. " terasa ingin menghantukkan kepala di meja. Fikir benda lain, jawab benda lain. bengong!

"ouhh.. ayah kau macam mana? " soal Farhan sengaja ingin bertanya kabar. amelia menggaru belakang telinga.

"ayah aku kena operate secepat yang mungkin.. jadi aku kena kerja kuat la sikit buat masa ni.. " gugup.

ayahnya sudah 2 tahun menghidap kanser buah pinggang. dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk sambung belajar. adik adiknya pula masih lagi bersekolah. duit, duit, duit. hidup untuk duit. duit untuk hidup.

"sorry melia.. aku nak tolong tapi.. " Farhan serba salah. Dia pun sedang nazak. apatah lagi mahu menolong gadis ini. Dia kesian melihat gadis di hadapannya ini. umur belumpon mencecah 20 tahun, tapi terpaksa berkorban untuk keluarga.

"takpe la paan.. aku chaw dulu! nak pergi jumpa Emir" amelia segera beredar. Dia tidak mahu berkongsi masalahnya. Bahkan dengan Farhan yang berkawan dengannya sejak kecil pun. Itu masalah dia. orang lain tak patut tahu.
Farhan tersenyum pahit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience