bab 25

Romance Completed 20288

" macam mana ?puas hati?!" soal rafiq kepada isterinya berkenaan rumah baru mereka.Amelia masih lagi terpegun melihat rumah baru yang bakal dihuninya sebentar lagi.

" okay! melia suka! " balas amelia tanpa memandang wajah adam rafiq. Selepas dia menangis sebentar tadi, rafiq terus mengajaknya pulang. Kerjanya yang bertambun diatas meja dibiarkan begitu saja.

Tiba tiba telefonnya berdering. Terpapar nama farhan zakwan diskrin. Dia teragak Agak mahu menyambung talian. Matanya mengerling rafiq disebelahnya. Lelaki itu hanya menganggukkan kepala tanda mengizinkan dia mengangkat panggilan itu.

" hello paan! ada apa? "

" emir dah sedar! " ujar farhan ringkas. Amelia mengucapkan syukur didalam hati.

" nanti aku datang! " pesan amelia sebelum mematikan panggilan. Dia memandang suaminya. Tersenyum senyum

" kenapa? " soal rafiq tidak berminat. Tak habis habis cemburu. Amelia memeluk lengan sasa lelaki itu.

" melia nak pergi hospital. "

" takboleh! " balas rafiq tegas.

" emir dah sedar, melia nak pergi tengok. " suaranya sengaja dilunakkan sedikit mudah mudahan hati suaminya yang keras seperti batu itu menjadi lembut seperti kapas.

" i said no. " nadanya ditegaskan lagi.

" abang.... " panggil amelia manja.

' ni yang lemah ni' getus hati rafiq sendirian.

" abang pergi sekali. " rafiq memberi kata putus. Amelia tersenyum menang.

Sampai sahaja dihospital, amelia mencari wad yang menempatkan sahabatnya itu. Rafiq hanya membuntuni langkah isterinya itu.

Amelia memulas tombol pintu wad. Farhan tersenyum menyambut kedatangan nya. Tangan nya juga dihulurkan untuk bersalaman dengan rafiq, tapi hanya dipandang sinis oleh lelaki itu.

" emir! ni aku melia. remember me right? " soal amelia prihatin. Didalam wad itu juga menempatkan seorang lagi pesakit.

" melia. " panggil emir lemah. Amelia tersenyum manis. Bersyukur kerana otak kawannya itu masih cukup wayar wayar.

" kau rehat ea? jangan sedih sedih. aku dengan paan akan ada untuk kau okay? " amelia cuba memberi semangat. Emir cuba untuk tersenyum.

Amelia berbual dengan farhan diluar wad. manakala rafiq pergi ke tandas. Emir pula sudah tertidur.

" kau macam mana sekarang? rafiq okay? " soal farhan gugup. Dia terasa janggal apabila berhadapan dengan gadis itu. Dulu sebelum amelia kahwin, kalau dia rasa nak sekeh kepala gadis itu, dia akan sekeh. tapi keadaan sudah berbeza sekarang.

" okay! aku happy dengan dia. kau macam mana? kau tak nak kahwin ke? dah umur 23 kan? " amelia menjongketkan keningnya beberapa kali. Farhan ketawa perlahan.

' nak kahwin ape kebendanya? rafiq dah ambik kau dari aku' getus hatinya. Dia tumpang gembira melihat keadaan kawan sepermainan nya ini.

" tak sampai jodoh lagi. siapa la yang nak kat aku nih? rupa tak ada, harta pun tak ada. nasib badan.... " balas farhan pula. kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menyekeh kepala gadis itu. tapi tu la, tak boleh buat.

" kau handsome la! muka kau ni ada iras dengan pelakon korea yang hero cite descendent of the sun tu. tak ingat la nama dia apa. ahaha.. tak ada harta konon, bapak kau tu usahawan terkenal tau? kau tu taknak berbaik ke dengan uncle roslan? perkara tu dah lama. kalau dia halau kau keluar rumah pun, kau tetap anak dia satu satunya. " karangan khas untuk sahabat kesayangannya ini. Farhan merengus.

Dia bosan dengan topik ni. Bosan! Teringat peristiwa 8 tahun lepas. Kemalangan yang telah meragut nyawa ibunya. Setelah kejadian itu, dia dihalau keluar rumah oleh ayahnya sendiri. ayahnya mengatakan bahawa dia pembawa sial. Apa yang boleh dilakukan oleh nya ketika masih berumur 16 tahun?

" tak payah nak membebel la melia. malas, aku dengar. Dah 8 tahun aku belajar hidup sendiri tanpa guna duit dia satu sen pon. " jawab farhan sambil tangannya diletakkan belakang kepala.

" sayang jom balik! " ajak rafiq tiba tiba datang entah dari mana. planet pluto? tapi planet tu dah hilang. hurmm..wajah amelia merona merah mendengar lelaki itu memanggilnya sebegitu di depan farhan.

" err, paan aku balik dulu. nanti kalau aku ada masa, aku datang lagi.. " pamit amelia. Farhan mengangguk.

' cinta? tak seharusnya memiliki. kena terima kenyataan bahawa, apa yang kita nak tak semua kita dapat !'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience