bab 2

Romance Completed 20288

amelia memakirkan motosikalnya dibawah pokok. Menurut Emir, pelanggan yang memesan pizza ini sedang menunggu di tepi pantai. Matanya melilau melihat kawasan itu. Ada yang sedang berkelah, ada yang mandi. Yang mana satu ni? Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu menghantar pesanan ini. Nasib baik Emir bagi upah. hehe.

Yang customer ni pun satu hal. Boleh pulak suka hati pesan kat tepi pantai. Kau ingat aku ni perisik ke nak kena cari kau bagai? Dahla kawasan pantai Agak sesak hari ni. Bengong punye customer.

"bang! kat sini!! " laung seorang lelaki sambil melambai tangan ke arahnya. 'abang? ' fuh! siap kau. Menyusah kan betul.Amelia berjalan mendekati dua lelaki itu.

"semuanya rm65" ujar amelia malas berbasa basi. "Dan satu lagi,saya bukan abang.. "sambung amelia lagi. Topi keledar di kepalanya ditanggalkan. Kelihatan rambutnya yang diikat tinggi. Terpancar riak terkejut diwajah lelaki itu. Manakala lelaki disebelahnya hanya menjeling sekilas.

" new staf ke? tak pernah nampak pulak! nama apa? " Qammar menyoal sambil memberikan senyuman yang paling menikam.cewah!

Adam rafiq memandang Qammar dan Amelia silih berganti.king segala buaya sudah muncul. nampaknya lama lagi la dia boleh ceritakan masalah dia.

"kalau saya jawab soalan tu dapat bayaran lebih ke? " soal amelia selamba. Dia sengaja. Banyak benda yang dia harus lakukan. Tak ada masa untuk perkara yang remeh temeh.

"kalau jawapan memuaskan laa.. "balas Qammar pula. Dia tersenyum senget.Sebenarnya dia Agak terkejut mendengar soalan gadis itu. Amelia pula sedang merangka jawapan yang akan diberikan.

'saya dah kahwin? saya janda anak satu? ' gumam amelia perlahan.

"apa dia awak cakap? " soal Qammar. Aik? dia dengar? Alamak!

"tak ada apa apa.. " jawab amelia laju. Qammar hanya ketawa. "macam ni la encik, encik bagi je bayaran untuk pizza ni.. sebab saya ni sebenarnya sibuk sangat, tak ada masa untuk melayan kerenah encik. Saya masih menghormati encik kerana encik ni pelanggan saya. Jadi sebelum topi keledar saya masuk dalam mulut encik, baik encik bayar dan saya boleh pergi.. " sambung amelia panjang. Buat karangan di tepi pantai. Dia tersenyum manis. Lebih kepada memerli sebenarnya.

Qammar menganggukkan kepalanya beberapa kali. Adam rafiq pula dari tadi hanya menjeling kearah Qammar. Kang tak pasal pasal angin kus kus aku datang kat sini. Lambat lagi ke?

"macam ni la.. awak bagitau nama awak, and saya bayar.. and then awak boleh pergi. macam mana? " Qammar masih tidak mahu mengalah. Ni Qammar la, bukan senang nak mengalah,lagi lagi kalau melibatkan perempuan.

"okay, saya ainnur, saya ni dah lama kerja sebagai penghantar pizza ni. Cuma tak pernah pulak hantar kat customer yang pesan kat tempat pelik macam ni.." amelia akhirnya mengalah. Sian Ainnur, siapalah sebenarnya Ainnur itu.Amelia,amelia !

Qammar tersenyum menang. See! Kan dah cakap. Dia menghulurkan 2 keping not seratus kepada gadis itu. Amelia ambil tanpa banyak soal. Dia lansung beredar dari situ. Nanti lama lama, makin banyak masalah. Bala!

Qammar mencapai telefon bimbitnya. Nama Emir ditekan. Adam rafiq sekadar memerhati.
"hello bro! what's up? " ujar Qammar sambil pura pura ketawa. Fake!

"apesal? kau nak apa? " Soal Emir dihujung talian. nice question!

"aku nak tanya pasal budak yang hantar pizza tadi.. "ujar Qammar tanpa berselindung. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

"ouh,budak perempuan tu eah? " Emir meminta kepastian.

"haah! " balas Qammar sepatah.

"kau nak tahu apa? " Emir menyoal lagi.

"nama dia apa? " akhirnya soalan yang dari tadi terkurung didalam otaknya keluar juga.

"nama? ahhahahaha.. " Emir tergelak. Qammar yang dia kenal tak pernah mengejar perempuan. Perempuan yang kejar dia. Al maklum lah, handsome, kaya.Lengkap! Ini dah terbalik.

"kau jangan la gelakkan aku.. bagitau je laa" ujar Qammar pula. Adam rafiq sudah masam mencuka. Tadi bukan main beria teman dia keluar. See, what happen now!

"nama dia kalau tak silap aku laa.. humaira amelia. " Emir ketawa lagi. Dia masih tidak percaya. Qammar dah hilang ingatan kot.

"nama panjang dia ke tu? " soal Qammar tidak puas hati. Dia kena tipu ke tadi tu? damn!

"haah laa.. ada apa apa lagi ke? kau TER fall in love dengan dia ke Ammar? " sengaja mahu bertanya. hehe.

"aku just berminat.. " Qammar berdalih.

Talian ditamatkan.Qammar memandang ke arah Adam rafiq sambil tersenyum. Takut si bapak singa ini tiba tiba lapar, nanti kena makan!

" apehal? " soal Adam rafiq marah. Dah sejam dia menunggu bagaikan tunggul kayu disitu. Boleh Qammar buat derk aje?

"budak pizza tadi tipu kita.. " cerita Qammar. Tangannya sibuk membuka kotak pizza. Sekeping pizza dengan ambil lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"tipu? " Adam rafiq menyoal pelik. Shortcut pulak. straight to the point jela.

"budak tu cakap, nama dia ainnur ape ntah. tadi aku tanya Emir, Mamat tu cakap nama dia humaira amelia! fuh, aku kena kencing free.. " yang bernama Qammar tidak mudah ditipu. it's okay .siap kau!

"ouh?! " Adam rafiq juga Agak terkejut. Qammar di tipu? something funny.

"cerita apa masalah kau" akhirnya baru reti nak tanya. Adam rafiq menarik nafas perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience