bab 29

Romance Completed 20288

Semuanya mendiamkan diri. Tiada tanda sesiapa mahu memulakan perbincangan. Air yang dihidang sudah tinggal separuh. Amelia bermain hujung rambutnya. Rafiq dan qammar pula hanya termenung. Manakala hamka dan arrisa gelisah. Seperti seorang pesalah. memang pesalah pun. huh.

" so? hamka, kau nak tanggungjawab ke? " soal rafiq akhirnya. Qammar hanya mendiamkan diri. Takut kalau dia bersuara, nanti makin lain jadinya.

" gugur jelaa" jawab hamka selamba. Empat pasang mata memandang ke arahnya. Hamka tersengih bersalah.

" tapi arrys nak kahwin dengan raf.. " rengek arrisa manja. Amelia buat muka nak muntah. Laki aku tu!

" okay, aku kahwin dengan arrys demi persahabatan kita bertiga. deal? " ujar hamka sambil ketawa. Entah apa yang menggeletek hatinya.

" deal. " sahut qammar dan rafiq serentak. Habis cita.Itu lah yang dinamakan hamka ilyas. Kena cakap baik baik, lembut lembut. Kan senang.

Amelia memandang wajah hamka. Tajam. Hamka tidak berani mengangkat kepalanya. Mereka berdua duduk diatas pangkin. Malam malam buta .

" tak sangka yas diberi kebebasan sampai mengandungkan anak orang. kalau ayah tahu macam mana? " marah amelia perlahan. takut didengari jiran jiran. Hamka memandang kaki.

" yas janji akan kahwin dengan dia. melia tak payah risau okay? " kepalanya masih tertunduk. Mungkin kakinya lebih cantik daripada adiknya sendiri.

" okay! " jawab amelia sepatah.Amelia masuk ke dalam rumah. Hamka duduk di pangkin. Apa salahnya berkorban perasaannya demi keluarga. Setelah beberapa tahun berpisah, dia tidak mahu memalukan keluarga kandungnya.


................

majlis resepsi dibuat secara besar besaran. Dua pasangan pengantin yang bakal bersanding. Adam rafiq dan humaira amelia. dan Hamka ilyas bersama pasangannya arrisa maisara.

Majlis dibuat di hotel. Farhan dan Emir duduk di salah sebuah meja disitu. Kini dia sudah boleh menerima kenyataan bahawa cinta tidak seharusnya memiliki. kan?

Pihak pengantin pula ditempatkan di bahagian depan. Amelia memakai gaun labuh berwarna hitam. Betul betul padan dengan kulitnya yang putih kemerah-merahan. Rafiq pula segak memakai tuxedo hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience