BAB 1

Romance Completed 9718

Adelia terasa seperti hendak pitam apabila melihat keadaan rumah yang tunggang langgang! Kusyen kecil bersepah sana-sini. Gelas yang sudah diguna tidak diletak ke dalam singki. Lantai pula dipenuhi dengan sisa makanan ringan.

Baru sahaja balik dari kerja, kerja di rumah pula sudah menanti! Setiap hari kena berhadapan dengan perkara yang sama sahaja! Rasa penat mengemas rumah hari kelmarin pun masih belum hilang lagi! Semua ini membuatkan dia bosan dan fed up!

“Radeya! Raid!” Jerit Adelia lantang! Hampir terkeluar anak tekaknya. Kemarahannya sudah mula ingin mengalir keluar. Anak-anaknya itu memang suka mencabar kesabarannya.

“Ya mama!” Jawab Radeya dan Raid serentak.sambil keluar dari arah dapur.

“Apa ni? Kenapa sampai bersepah macam ni?”

Radeya dan Raid berpandangan sesama sendiri.

“Abang yang buat sepah mama… dia main baling-baling makanan!” Jawab si adik.

“Eh, tipu… adik yang mulakan dulu!” Kali ini giliran si abang pula yang menjawab.

Adelia mula terduduk di hujung sofa. Pening dengan gelagat si kembar yang makin lama makin nakal! Hilang terus kesabarannya ditelan dek sifat nakal anak-anak yang makin membesar!

“Boleh pulak kamu berdua main baling-baling makanan? Walaupun makanan ringan, tetap tak baik! Berdosa! Berapa kali mama nak cakap? Kenapa kamu berdua ni degil sangat hah? Tak boleh ke kalau korang duduk diam dalam rumah ni? Kalau tak buat sepah, tak boleh ke? Korang dah tujuh tahun! Patutnya dah boleh tolong mama kemas rumah. Bukannya menyusahkan mama!”

Si kembar mula menunduk! Takut memandang ke arah ibunya yang sedang marah. Masing-masing mula buat muka insaf! Tapi Adelia tahu, kalau insaf pun sekejap sahaja. Tak sampai lima minit nanti, buat sepah balik.

“Apa yang kecoh-kecoh ni?” Tegur satu suara. Muka anak-anaknya terus berubah gembira malah terus Radeya dan Raid mendapatkan papa mereka yang baru pulang dari kerja. Dicium dan dipeluk papa mereka itu.

‘Aku balik, tak adalah pulak nak peluk cium? Eee… betul-betul pilih kasih!’ Rungut Adelia di dalam hati.

“Kenapa?” Bisik Rafie di telinga anak perempuannya ketika mulut Radeya mencium pipinya. Nampak sangat yang mood isterinya tunggang langgang!

“Mama marah sebab rumah bersepah..” Jawab Radeya. Juga dengan bisikan. Rafie mula melonggarkan tali lehernya. Sejak akhir-akhir ini, isterinya itu memang makin kuat berleter.

“Anak awak nilah.. habis rumah jadi kapal pecah!” Komplen Adelia sambil mula memeluk tubuh! Geram melihat karenah anak-anaknya! Manja sangat dengan suaminya.

“Apa susah, kemas jelah balik!” Semudah itu Rafie menutur kata.

“Senang je abang cakap ya? Baru balik kerja, tengok rumah dah bersepah macam ni! Penatlah saya kalau tiap-tiap hari nak kena buat benda yang sama jeh! Abang apa tahu? Balik kerja terus makan lepas tu tidur! Tolonglah faham sikit perasaan saya nih. Saya ni manusia biasa yang kenal erti penat! Saya bukannya robot! Robot kalau guna dua puluh empat jam pun boleh meletup!” Kali ini kemarahan Adelia ditujukan kepada Rafie pulak. Mengharapkan pengertian dari si suami.

“Kan abang pernah cakap dulu, kalau nak kerja boleh tapi tak dibenarkan merungut penat! Hah, Delia yang pilih macam ni. Jadi janganlah merungut kalau banyak kerja nak buat. Dah berapa kali abang suruh Delia berhenti kerja kan.. Duduk rumah jaga anak sudahlah… Abang boleh tanggung makan pakai Delia.”

Balik-balik isu ini jugaklah yang diungkit oleh Rafie.

“Delia nak kerja.. Delia nak pegang duit sendiri. Apa guna belajar sampai tertonggeng dulu kalau hanya untuk duduk rumah je!” Jawab Adelia geram. Lelaki, memang tak pernah faham perasaan wanita.

“Delia ni dasyat betul! Biasanya orang frust bercinta je yang menonggeng! Tak pernah pulak abang dengar orang belajar sampai tertonggeng! Delia memang pecah recordlah!” Rafie tiba-tiba ada idea untuk mengenakan isterinya. Mata Adelia terbeliak besar.

“Abang!” Jerit Adelia kuat. Orang tengah serius, dia boleh pulak buat lawak sampai nak terputus fius! Suaminya ini memang tak berperasaan!

“Hah,kalau nak kerja sangat, janganlah merungut banyak kerjalah… Rumah bersepahlah… Anak-anak nakallah…Penatlah..” Ajuk Rafie selamba. Entahlah, sejak dua menjak ini, kasih sayang dalam rumah tangga ini makin hilang serinya. Entah apalah yang kurang. Dia sendiri tidak dapat mengesannya.

“Delia tak akan rasa penat sangat kalau abang dan anak-anak abang ni tolong Delia. Ini tidak, tak membantu langsung!”

Radeya dan Raid mula berpandangan sesama sendiri. Pening melihat pertelingkahan orang dewasa. Namun tidak pula rasa ingin menyampuk! Bimbang jika ibunya bakal disampuk kemarahan yang makin menggila.

“Kenapa Delia suka cakap dia orang ni anak abang sorang? Deyah dan Raid ni bukan anak Delia jugak ke?” Tanya Rafie geram. Ini bukan pertama kali dia mendengar ayat yang sama keluar dari mulut isterinya.

“Memang anak abang pun Sebab dua-dua menurun perangai abang! Pandai buat sepah sahaja, mengemas langsung tak pandai!”

Memang anak-anaknya itu menurun perangai suaminya. Sebijik! Tak ada langsung yang menurun perangainya yang suka berkemas. Semuanya jenis main campak sahaja! Semuanya suka mengarah! Hidup yang langsung tidak ada peraturan! Anak lelaki ke anak perempuan ke sama sahaja! Spesis bapak!

“Dahlah.. balik-balik kerja je dah ajak bertekak! Abang lapar… Delia masak apa?”

Adelia mendegus! Orang tengah bengang, dia boleh fikir pasal perut? Eeee… makin lama, makin gila jadinya! ‘Ya Allah, tolonglah sabarkan aku yang dah mula hilang sabar nih!’

“Delia pun baru balik! Delia tak masak apa-apa pun lagi dan Delia tak mahu masak! Delia penat! Delia nak rehat! Kalau abang lapar, pandai-pandailah abang cari sendiri.”

Adelia mencapai beg tangannya yang berada di atas sofa. Kemudian dia mula menapak ke arah tangga. Ingin meninggalkan suaminya yang sedikit melopong! Mungkin suaminya itu terkejut dengan jawapannya. Dalam pada masa yang sama, memang dia sengaja menyakitkan hati suaminya. Biar suaminya itu tahu apa yang dia rasa!

“Hah, korang tunggu apa lagi? Pergi kemas ruang tamu tuh! Bila mama turun nanti, tak kemas lagi, siap korang mama kerjakan!” Marah Adelia kembali terarah kepada anak-anaknya. Dia bukan sengaja ingin garang, tapi dia perlu untuk jadi garang. Jika tidak, anak-anaknya itu pasti akan pijak kepalanya.

Terus Radeya berlari ke dapur. Mungkin ingin mengambil penyapu. Raid pula terus mengemas kusyen-kusyen yang berselerakan. Takut jika mama mereka benar-benar mengotakan kata-katanya!

“Aish.. kalau kena cari makan sendiri, nampaknya kena cari isteri mudalah…” Baru sahaja kakinya mendarat di anak tangga pertama, terdengar ugutan daripada suaminya. Terus dia berpaling!

“Hah, cubalah cari.. Delia pun nak tengok sama ada isteri muda abang tu tahan ke tidak dengan sikap abang dan sikap nakal anak-anak abang tu!” Cabar Adelia tanpa diduga.

“Delia jangan cabar abang?”

“Delia memang tengah cabar abang!”

Mereka saling bertatapan. Mencari redup kasih disebalik rumah tangga yang makin hilang sinarnya ini. Sejurus selepas itu, Adelia terus angkat kaki. Malas lagi mahu melayan suaminya. Manakala Rafie menggelengkan kepalanya. Faham benar dengan sikap isterinya yang suka bercakap tanpa berfikir itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience