BAB 2

Romance Completed 9718

Usai mandi, Adelia terus memerapkan diri di bilik ke dalam bilik pakaian. Dia mula rasa seperti hendak pengsan apabila terpandangkan sebakul pakaian yang belum berlipat. Susah betul kalau tak ada orang gaji!

Itulah, dulu bukan main lagi menolak kehadiran pembantu rumah walaupun sudah dipelawa oleh Rafie. Konon-kononya hendak menjadi isteri mithali. Kalau boleh semua kerjanya hendaklah mendapat sentuhan air tangan seorang isteri! Mahu si suami sayang lebih! Sekarang habuk pun tarak! Suami entah ke mana. Sayang entah ke mana. Kerja rumah pun entah ke mana! Semuanya jadi lintang pukang.

Walaupun matanya sudah terasa berat benar, namun dia masih lagi mengagahkan diri untuk melipat dan menggosok baju kemeja milik Rafie. Kalau tidak dilakukan hari ini, bimbang esok makin menambun dan rasa malas mula menggunung!

Tangannya mula mengangkat kain baju yang sudah dilipat untuk diletakkan ke dalam almarinya. Masuk sahaja ke dalam kamar peraduan, mata Adelia menangkap susuk tubuh suaminya yang baru selesai bersolat!

Tanpa menghiraukan pandangan mata suaminya, Adelia terus membuka almari baju milik Rafie. Namun baru sahaja dibuka, terjatuh semua baju yang sudah sedia ada di dalam almari itu.

‘Ya Allah! Kenapalah kau duga kesabaran aku lagi?’ Tanpa sedar, dia mula merungut kecil.

“Abang, kenapa almari abang ni bersepah sangat?” Marah Adelia sudah tidak dapat ditahan lagi. Tadi anak, sekarang bapak pula!

“Errkk.. bersepah ke? Tadi rasanya elok lagi.” Jawab Rafie sambil mengarukan kepalanya. Dia buat muka tak bersalah walaupun dia sedar yang dia memang bersalah. Hendak buat macam mana lagi. Dia memang tak reti hendak mengambil baju tanpa merosakkan lipatan yang sedia ada.

“Abang ni kan, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah! Tak boleh ke abang ambil elok-elok! Baru seminggu Delia tak cara, dah bersepah macam ni. Penatlah bang.. Tolonglah ringankan sikit rasa penat Delia nih!” Daripada marah, nada suara Adelia sudah berubah menjadi rintihan.

‘Kenapa susah sangat suami aku ini hendak faham? Sekarang dah jadi banyak kerja pula.. Nak kemas baju yang bersepah, nak susun baju lagi.. Ini belum tengok almari Radeya dan Raid! Entah macam mana pulak rupanya…’ Adelia sudah pun terduduk di birai katil. Tidak tahu hendak mencedok kata dari mana lagi.

“Sorry sayang.. abang kan memang ada masalah nak kemas almari..” Rafie sudah mula mendekat sambil menjatuhkan tangan di bahu milik Adelia. Tangannya dengan perlahan mengurut lembut bahu isterinya.

Seketika, Adelia sedikit terbuai dengan urutan lembut itu. Namun apabila mendapati yang suaminya itu sudah mula berkelakuan aneh, Adelia terus bangun. Faham benar dengan perangai Rafie yang suka mengambil kesempatan itu. Mungkin selama ini dia kalah, tapi kali ini dia tak akan kalah lagi! Tak akan!

“Hah, nak ambik kesempatan lah tu!” Tidak faham betul dengan perangai lelaki ini. Perempuan tengah marah pun, masih sempat nak beromantik! Dia bertekad untuk menjadi perempuan yang tidak mudah dipujuk!

“Ambik kesempatan apa pulak? Abang nak bermanja dengan isteri abang jeh…” Rafie pun ikut turut bangun. Makin lama, dia mula tidak faham dengan perangai isterinya yang makin dingin. Makin lama, makin payah untuk didekati. Kerjanya hendak marah sahaja!

“Banyaklah abang punya bermanja! Abang pergi kemas almari abang tuh… Delia dah tak larat nak tengok! Entah-entah tikus dah berkampung dalam tu.” Adelia terus ingin berlalu. Kain yang sudah sedia terlipat, hanya dibiarkan di atas katil. Pandai-pandailah suaminya itu buat sendiri. Dah jadi bapak budak pun tak reti kemas almari lagi!

“Aahlah.. ada tikus.. Arrgghh..” Jerit Rafie kuat.

“Argghh…” Adelia yang mendengar kata-kata Rafie terus memeluk suaminya. Dia memang takut pada binatang itu. Wajahnya disembamkan ke dada Rafie. Tidak mahu melihat tikus itu.

“Abang.. halaulah tikus tu.. Sebab tulah Delia suruh abang kemas almari. Kan dah ada tikus.. Eeee… Delia gelilah..” Bulu roma Adelia sudah mula bertaburan. Rasa geli di sana sini apabila menyebut tentang tikus.

Rafie terus tersenyum dan membalas pelukan isterinya. “Akhirnya dapat jugak peluk tikus besar ni.” Sakat Rafie sambil memeluk erat tubuh Adelia.

Adelia yang sedar dirinya dipermainkan, terus menolak kuat tubuh Rafie.

“Abang ni memanglah….” Sebab terlalu geram, Adelia sampai kehilangan kata-kata. ‘Kalaulah tak mengenangkan yang dia ni suami aku, dah lama aku sepak masuk gawang gool! Wahai hati, sabar jelah…’

“Lah, memanglah abang sayang Delia… Delia tu je yang tak sayang abang!” Luah Rafie pula. Isterinya itu sentiasa berada di depan matanya, namun entah kenapa, hubungan ini terasa begitu jauh…

“Kalau abang sayangkan Delia, tunjukkan rasa sayang tuh! Bukan dengan cara macam ni..” Suara Adelia sedikit merayu. Dia mahu suaminya menunjukkan keprihatinan dalam bersama-sama melayari bahtera perkahwinan ini.

“Apa, selama ni tak cukup ke kasih sayang yang abang bagi?” Terus direntap lengan isterinya dan ingin dikucup dahi isterinya itu namun terus ditepis oleh Adelia.

“Tengok, bila abang nak lahirkan kasih sayang, Delia pulak yang menolak! Habis tu abang ke yang salah?” Rafie sudah mula hendak meninggikan suaranya. Hampir lapan tahun mereka melayari perkahwinan ini! Tapi kenapa makin lama perkahwinan ini makin hambar… rasa cinta ini makin jadi tawar….

“Bukan bentuk macam ni yang Delia mintak! Delia mintak abang faham Delia.. Tolong Delia. Dulu waktu awal perkahwinan kita, waktu Delia masih belajar, abang boleh je tolong buat kerja rumah. Waktu Delia berpantang, abang boleh je tolong apa-apa yang patut! Tapi sekarang abang terus lepas tangan.. Semua kerja pun Delia yang kena buat. Basuh kain, jemur kain, lipat kain, gosok baju, kemas rumah…. Semua pun Delia yang buat! Abang langsung tak membantu!”

Adelia mula meluahkan rasa tidak puas hatinya. Rafie pula mendengus kasar. Rambut yang berjuntaian di dahi mula dikuak ke belakang. Pelik betul dengan perangai isterinya ini. Dulu kata lain, sekarang cakap lain pulak!

“Dulu waktu abang offer orang gaji, kenapa Delia tolak? Kalau dulu Delia boleh buat, kenapa sekarang Delia nak merungut pulak? Makin lama, abang makin tak faham dengan perangai Delia!”

“Kalau abang rasa abang tak faham Delia, Delia lagi tak faham dengan abang!” Cemuh Adelia pula. Tanpa menunggu lama, Adelia terus angkat kaki.

“Delia, abang belum habis cakap lagi?” Tutur Rafie keras! Namun Adelia tetap membawa langkah ke bilik iron semula.

Rafie yang kegeraman terus menyepak almari. Berdetum bunyinya. Tindakannya langsung tidak memberikan apa-apa kesan malah hanya menempah sakit di kaki sahaja. Rasa sakit di hati tidak hilang-hilang jugak.

Nampaknya beginilah rupanya. Seorang ke kiri, seorang ke kanan. Hubungan ini memang sudah tidak sehaluan lagi. Matanya mula hinggap ke arah almari yang bersepah dan baju yang tersusun cantik di atas katil.

‘Habis tu, aku ke yang kena kemas sekarang? Arggghhh…. tension betul!!!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience