BAB 10

Romance Completed 9718

Adelia menunjukkan cara untuk memasak laksa penang! Diterang satu persatu dengan lembut kerana ini adalah makanan kegemaran Rafie. Jadi dia mahu Yasmin cekap untuk menyediakannya. ‘Hingga saat aku nak berpisah pun, aku sentiasa meletakkan Rafie sebagai perkara utama dalam hidup aku! Malah aku sanggup mengajar bakal isteri Rafie sendiri? Wanita yang telah mengantikan aku di dalam hati Rafie..’

Tapi dahulu, Adelia masih ingat lagi, dia bukanlah tergolong dalam kategori yang pandai memasak! Semua masakannya mendapat komen yang negatif daripada Rafie. Tapi yang membuatkan dia terharu ialah, Rafie tetap akan menghabiskan makananya! Sedap belakang kira, yang penting Rafie sangat menghargai penat lelahnya berperang di dapur!

Entah kenapa, air matanya mula bergenang di tubir mata. Dahulu Rafie terlalu menyayanginya! Tapi kenapa perasaan itu boleh berubah?

“Saya tak sukalah laksa penang!” Yasmin mula merungut kecil.

“Sama ada seorang isteri itu suka atau tidak, dia tetap kena pandai masak makanan kesukaan suaminya.” Nasihat Adelia perlahan. Dia malas hendak mencari gaduh dengan Yasmin. Lagipula, sekejap lagi Rafie akan datang untuk minum petang! Cepat Rafie datang, cepatlah suaminya itu balik. Dia tidak betah jika Rafie terus berlama-lama di rumah ini. Bimbang dia terlupa hendak mengawal perasaannya apabila melihat Rafie dan Yasmin bergurau mesra.

Sejak kedatangan Yasmin, Adelia mengarahkan suaminya itu keluar dari rumah. Tidak manis rasanya jika Yasmin dan Rafie tinggal dalam satu rumah walaupun dia ada di rumah. Mujur sahaja Rafie menurut tanpa banyak soal.

“Saya peliklah…” Tangan Yasmin sudah mula bermain-main dengan senduk!

“Apa yang pelik?”

“Awak terlalu mengenali Rafie.. malah awak terlalu menyanyangi Rafie.. Tapi kenapa awak merelakan perpisahan ni?” Tanya Yasmin ingin tahu.

“Saya mengenali Rafie yang dulu.. bukan Rafie yang sekarang!” Adelia tetap menjawab walaupun tangannya sedang ligat menyediakan bahan masakan.

“Jadi, awak rasa yang perangai dia dah berubahlah eh… Hmm, barangkali apa yang pernah menjadi kesukaannya dahulu pun sudah tidak mendapat tempat di hatinya! Mungkin jugak yang dia dah tak suka makan laksa penang! Ialah, sepanjang kita orang bersama, Rafie tak pernah cakap pun yang dia suka makan laksa penang!!” Kata-kata Yasmin itu seperti halilintar yang membelah dada. Tangannya yang sedang mengacau lembut kuah laksa, mula terhenti.

“Hmm… Sedapnya bau.. Masak apa tu?” Entah sejak bila Rafie tiba, Adelia sendiri tidak mengetahuinya.

“Mama masak laksa!” Terang Radeya apabila anaknya itu mula didukong oleh Rafie. Adelia terus berpaling ke arah lain.

“You nak makan dah ke?” Tanya Yasmin mesra.

“Kejap lagilah.. I kenyang lagi.” Ujar Rafie lantas meninggalkan dapur.

“Delia, kita hidang kejap lagilah… I pergi teman Rafie kat depan dulu ya!” Kali ini, Yasmin pula yang meninggalkan dia tersendirian di dapur. Matanya mula rasa berat. Mungkin benar kata Yasmin yang suaminya itu sudah berubah selera. Kalau dahulu, pantang bila masak laksa penang! Pasti Rafie akan serbu dahulu. Kalau dapat makan, lupa semua benda.

Tapi kini semuanya nyata berubah! Tapi tak ada yang pelik! Sedangkan kasih boleh berubah, inikan pula makanan kegemaran! Akhirnya, Adelia melangkah naik ke bilik untuk solat Asar. Kalau Rafie hendak makan sekalipun, Yasmin ada untuk melayannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience