BAB 16

Romance Completed 9718

Hari ini genap seminggu Yasmin berkampung di rumahnya. Dari arah pintu bilik yang terbuka, Adelia melihat Yasmin sedang mengemaskan pakaiannya. Gadis itu kelihatan ranggi dengan seluar jeans dan t-shirt berlengan pendek. Sekali pandang, tidak ubah seperti remaja berumur awal 20-an. Mungkin perwatakannya yang agak manja yang menawan hati Rafie.

Adelia mula membandingkan dirinya dengan Yasmin. ‘Mungkin sebab aku tak manja.. Aku tak happy go lucky macam Yasmin! Aku perempuan yang penuh dengan prisnsip dan perturan! Mungkin perkara inilah yang menganggu-gugat tempatku di hati Rafie. Biarlah, kalau ini kebahagian Rafie, aku tidak sekalipun akan menghalang!’

“Min…” Panggil Adelia pendek.

“Oh.. Delia.. masuklah!” Tegur Yasmin sambil mencampakkan barang-barangnya di dalam beg. Sungguh, dia memang malas hendak mengemas beg baju.

“Ish.. kenapa tak lipat betul-betul?” Adelia pula yang naik rimas melihat gumpalan baju yang dicampak di dalam beg pakaian Yasmin.

“Errkk… Saya tak retilah kemas baju!” Jawab Yasmin jujur. ‘Eleh, apa ajalah yang aku reti!’ Kutuk Yasmin kepada diri sendiri.

“Min ni sama je dengan Rafie..” Adelia sudah mula mengeluarkan kain baju Yasmin itu.

“Oh… kita orang memang banyak sangat persamaan kan!” Adelia agak tersentak mendengar kata-kata Yasmin yang seperti menyatakan ayat dalam terang bahawa antaranya dan Rafie, terlalu banyak perbezaan!

“Errkk… saya tak bermaksud nak….” Yasmin mula sedar akan keterlanjuran kata-katanya.

“Tak apa… Kata-kata awak tu tak berbekas pun di hati saya!” Susah untuk Adelia keringkan hatinya yang basah! Namun dia perlu mengeringkan hatinya sendiri. Selepas ini, lebih banyak lagi cabaran yang perlu dia tempuh untuk melewati kehidupan selepas bergelar janda.

‘Janda… Ya Allah… kuatkan aku untuk memegang title itu?’

Yasmin melihat Adelia yang sedang khusyuk membantu mengemaskan kain bajunya itu. Dilipat dan disusun dengan kemas! Jauh panggang dari api dengan perbuatannya tadi. Adelia memang isteri terbaik!

“Nak tak nak., Min tetap kena belajar kemas baju ni.. Sebab Rafie langsung tak boleh membantu nanti.” Ada tawa yang tercetus di hatinya. Disabarkan hati dan dikuatkan perasaannya! Dia perlu kuat! Kalau pun bukan untuk diri sendiri, sekurang-kuranya untuk Radeya dan Raid!

Yasmin senyap sahaja. Tidak tahu hendak mencedok kata dari mana lagi.

“Min..” Panggil Adelia perlahan sambil mendapatkan tempat di sebelah Yasmin.

“Kenapa Delia?” Entah kenapa, jiwa Yasmin diserang gundah melihat keadaan Adelia ketika ini.

“Tolong saya…”

“Tolong apa?”

“Tolong bahagiakan dia untuk saya… sebab saya tak mampu nak bahagiakan dia lagi!” Tangisan mula berlagu sepi. Mengheret perasann yang terhimpit!

“Delia…” Yasmin ingin bersuara tetapi suaranya tersekat di kerongkong.

“Saya terima… Saya terima semua ini dengan hati terbuka! Sayanglah dia macam mana awak sayangkan diri sendiri Min! Dan ada satu lagi saya minta…” Tangan Adelia mula mendarat di kepala Yasmin yang tidak beralaskan apa-apa itu.

“.. Jangan biarkan orang kesayangan kita terbeban dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Tutuplah kecantikan ini untuk tatapan suami seorang sahaja.” Adelia tersenyum manis. Sungguh, senyuman ini lahir dari hatinya yang ikhlas. Dia telah mula ikhlas melepaskan Rafie.

‘Mungkin ini adalah jalan terbaik. Mungkin inilah balasan kerana aku sering mengungkit dengan kebaikan yang aku lakukan. Lupa memandang pada kelemahan yang berteraburan di sana-sini! Aku mengharapkan teman yang sempurna! Sedangkan aku sendiri penuh dengan cacat cela.’

“Delia… sebenarnya…” Yasmin sudah berkira-kira untuk berterus terang namun jeritan dari arah bawah membuatkan mereka berdua saling memandang. Cepat-cepat Adelia dan Yasmin turun ke bahagian bawah rumah.

Sesampainya di dapur, mata Adelia terpandangkan sekujur tubuh Radeya yang sedang terbaring di atas lantai. Badannya sedikit mengelupur!

“Ya Allah… Deya!”

“Kenapa dengan adik ni?” Yasmin mula menghulurkan pertanyaan ke arah Raid yang sudah menangis. Dia pun ikut turut kalut!

“Adik makan coklat ni lepas tu tiba-tiba jadi macam ni…” Raid mula menunjukkan coklat cadbury Nutt itu.

“Macam mana coklat tu boleh ada dalam rumah ni?” Tanya Adelia sedikit menengking.

“Err… tu coklat saya Delia.. Saya yang letak dalam peti!” Jawapan Yasmin benar-benar mampu membuatkan Adelia meradang!

“Ya Allah…. kenapa kau letak dalam peti? Kau tak baca ke senarai yang aku beri hari tu?” Terus dicempung tubuh Radeya yang sudah tidak bermaya itu. Mukanya sudah mula ditumbuhi dengan tompokan merah seperti ruam. Malah mulutnya juga sudah membengkak!

“Apa masalahnya sekarang? Coklat je kan?” Yasmin mula membela diri.

“Masalahnya coklat cadbury tu ada kacang dan Radeya alah pada kacang!” Tengking Adelia kuat dan mula mencempung tubuh Radeya ke kereta. Yasmin yang pada awalnya sedikit terpana, mula mencapai kunci kereta yang tersangkut dan mengarahkan Adelia menggunakan keretanya sahaja yang kebetulan berada di belakang kereta milik Adelia.

“Tak payah, kau cuma ketepikan kereta kau…!”

“Delia, boleh tak jangan berdegil! Nyawa Radeya dalam bahaya sekarang!” Kali ini giliran Yasmin pula yang meninggi.

“Kau yang letakkan nyawa anak aku dalam bahaya!” Marah Adelia kuat.

“Mama… Auntie… janganlah gaduh.” Suara Raid mula mematikan pergaduhan mereka. Anak itu mula menangis perlahan.

“Delia… saya tahu awak tengah marahkan saya! Tapi sekarang Deya perlu dihantar ke hospital. Biar saya drive… Awak teman Deya dekat belakang ya…” Pujuk Yasmin lembut. Seharusnya, dia perlu lebih peka dengan perasaan Adelia sekarang. Dia tahu Adelia tertekan.

Akhirnya Adelia mula beralah dan mula masuk ke dalam kereta Toyota Vios milik Yasmin. Usai mengunci pintu, kereta Yasmin mula meluncur laju di jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience