BAB 17

Romance Completed 9718

“Papa…” Jeritan Raid mula membuatkan Adelia dan Yasmin berpaling. Adelia dengan tangisannya. Yasmin pula dengan riak wajah yang penuh rasa bersalah.

“Deya mana?”

“Doktor tengah chek lagi.” Jawab Yasmin apabila dia tidak nampak tanda-tanda yang Adelia akan menjawab soalan Rafie.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” Tanya Rafie dengan nafas yang tercungap-cungap! Naik lelah rasanya berlari mendapatkan isteri dan anak-anaknya yang berada di ruangan kecemasan ini.

“Awak tanyalah kekasih awak tu!” Kasar Adelia menjawab. Pandangan Rafie mula beralih ke arah Yasmin.

“Saya tak tahu yang dia alah pada kacang!” Jawab Yasmin perlahan. Sungguh, dia sangat mengharapkan pengertian daripada Rafie tika ini.

“Tak tahu? Boleh kau jawab macam tu! Bukan ke aku dah beri list tentang peraturan di rumah aku! List makanan yang dia orang boleh makan atau tidak!” Marah Adelia lagi. Namun kali ini dia mengawal sedikit nada suaranya. Bimbang menganggu keadaan pesakit-pesakit di hospital ini.

“Memang awak bagi tapi list tu terlampau banyak! Saya tak sempat nak habiskan..!”

“Kalaulah kau baca list tu… Tentu semua ni tak akan jadi pada anak aku…” Sedari kecil, anaknya itu memang mengalami alahan yang teruk pada segala jenis kekacang. Kerana itu dia sentiasa berjaga-jaga dengan pemakanan.

Yasmin diam. Tidak mampu berkata apa-apa lagi.

“Tak cukup kau rampas suami aku… tak cukup kau bunuh perasaan aku… tak cukup lagi ke semua tu sampai kau nak bunuh anak aku pulak!” Adelia makin teresak-esak. Bahunya terhenjut-henjut menahan rasa tangis yang menggila.

“Sayang….” Rafie sudah mula mendekat. Ingin memujuk hati isterinya yang rawan dikala ini.

“Jangan panggil saya sayang kalau awak tak memaknakan kata-kata awak tu Rafie…” Amarah Adelia mula beralih kepada Rafie pula. Entahlah, dia sepertinya hendak menyalahkan Rafie sahaja. Kalau Rafie tak memandai suruh perempuan itu datang ke rumahnya, pasti semua ini tak akan berlaku!

Rafie tidak menghiraukan kata-kata keras isterinya itu. Dia tetap terus mendekat dan memaut bahu Adelia. Dia ingin meminjamkan seluruh kekuatannya buat Adelia. Mahu mententeramkan hati Adelia yang gundah itu.

“Anak saya sedang bertarung nyawa Rafie…”Akhirnya dia terus menyembamkan muka di dada Rafie. Segala amarah dan kesedihan bercampur gaul. Dalam diam, Adelia sebenarnya hendak menyakitkan hati Yasmin! Biar Yasmin sakit mata dan pergi jauh dari terus menyelit di dalam rumah tangganya bersama Rafie.

“Anak kita… Anak kita..” Rafie mula memperbetulkan kata-kata isterinya. Dikucup lembut kepala isterinya. Rafie juga sebenarnya sedang menghilangkan debar milik sendiri. Dia juta takut kalau-kalau terjadi sesuatu yang buruk dengan anaknya! Jika perkara itu terjadi, dia pasti tidak akan dapat memaafkan dirinya!

Yasmin yang melihat terus meninggalkan sepasang suami isteri itu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience