BAB 4

Romance Completed 9718

Balik sahaja rumah petang itu, Adelia langsung tidak bercakap apa-apa dengan Rafie. Malah ketika mereka makan malam pun, Adelia hanya senyap sahaja! Dia malas hendak buka mulut. Bimbang jika dibuka, ada juga ditelan suaminya itu. Lagipun, dia takut jika kata-katanya akan menyakitkan hati suaminya!!

“Kenapa senyap je ni?” Rafie memberanikan diri untuk bertanya apabila dia menghulurkan pinggan kotor kepada isterinya.

“Tak ada apa nak cakap!” Bila Adelia mengenangkan perkara petang tadi, hatinya jadi sebal! Kesal dengan sikap suaminya itu.

Rafie mula menggarukan tengkuknya. ‘Agaknya Adelia marah lagi pasal hal semalam kot! Aduh, makin tua, makin sensitif! Makin kuat merajuk dan makin susah nak dipujuk!’ Dia mula membuat kesimpulan sendiri.

“Meyh abang tolong terap pinggan eh!” Pelawa Rafie tanpa disuruh.

“Tak payah! Pergi duduk depan tengok tv! Biar saya kumpul pahala sorang-sorang!” Halang Adelia keras! Tanpa sedar tangan kanannya tertempuh lengan Rafie hingga membuatkan pinggan yang berada di tangan Rafie terlucut.

Prang!!! Habis berderai di atas lantai.

“Kenapa dengan Delia ni? Kenapa keras kepala sangat?” Rafie yang pada mulanya hendak memujuk, mula meradang. Pening melayan sikap isterinya ini! Bukan sahaja boleh kena migrain! Silap hari bulan, barah otak pun boleh dapat!!!

“Jangan tanya saya kenapa? Awak tu yang kenapa?” Jerit Adelia pula. Tidak rela membenarkan dirinya ditengking sesuka hati oleh suaminya.

“Ya Allah… kenapa dengan Delia ni?? Kenapa suka menimbulkan persoalan disebalik persoalan? Kalau abang tanya, jawab jelah. Susah sangat ke?” Mereka mula membalas kata. Masing-masing mula tidak mahu kalah!

“Sebab saya tak ada jawapannya.. Jawapannya ada pada awak!” Mencerlung dia memandang Rafie. Rafie mula perasan pada panggilan yang digunakan oleh isterinya. Tiada lagi abang dan Delia.. yang ada cuma awak dan saya.. Satu perkataan yang sememangnya menunjukkan yang hati mereka sudah mula terlalu jauh… Jauh dari gapaian mereka.

Adelia mula menunduk dan mengutip sisa-sisa kaca yang berderai di atas lantai. Begini jugalah hatinya. Pecah! Remuk! Renyuk! Semuanya menjadi satu. Rafie yang melihat ikut turut melutut dan ingin membantu Adelia mengutip sisa kaca tersebut. Dia ingin menghalang isterinya, namun perbuatnya telah membuatkan jari Adelia terluka dan berdarah apabila terkena serpihan kaca.

“Auch…”

“Delia, sorry-sorry… abang tak sengaja. Abang cuma nak tolong!” Suara Rafie sudah bertukar menjadi rayuan. Tidak rela rasanya membiarkan hubungan yang sedia jauh ini makin menjauh. Dia pernah sayangkan Adelia… Dan dia masih lagi sayangkan Adelia. Apa yang mereka hadapi sekarang adalah satu ujian! Ujian untuk mengikat lagi rasa kasih antara mereka! Kerana itu, dia ingin membetulkan apa yang sudah mula tidak betul.

“Luka di jari nampak berdarah… tapi luka di hati lebih teruk lagi daripada ini!” Mata mereka saling beradu. Rafie sedikit aneh mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya. Apa sebenarnya salah dirinya?

Akhirnya Adelia bangun. Dia ingin melangkah keluar dari dapur. Biarlah sisa kaca itu diuruskan oleh suaminya sahaja.

“Delia terluka sebab abang kan… Jadi biarlah abang yang rawat luka tu! Izinkan abang ubati luka Delia tu..” Kata-kata Rafie yang tulus itu membuatkan langkah Adelia terhenti.

“Kalaupun luka saya sembuh, parutnya tetap ada sampai bila-bila….” Sekali lagi Rafie tercengang mendengar kata-kata isterinya! ‘Kenapa hati Adelia sekeras ini? Setahunya, isterinya ini jenis yang lembut hati. Akukah yang bersalah kerana tidak memahami kehendak seorang isteri?’

Adelia terus melalukan langkah ke tingkat atas. Namun apabila sampai ke tingkat atas, kedengaran pula suara Radeya dan Raid sedang bergaduh kerana berebutkan remote television. Sikap anak-anaknya itu bagai menyimbah minyak ke dalam api! Makin menyala-nyala rasanya!

“Deyah! Raid! Kenapa dengan korang berdua ni?” Tengking Adelia kuat. Suara mama mereka itu membuatkan mereka tercengang dan melepaskan remote control itu ke lantai!

“Adik nak tengok barbies!” Adu Radeya takut-takut.

“Abang nak tengok hagemaru!” Adu Raid pulak!

Adelia sudah mula memegang kepalanya. Sebab yang remeh temeh seperti ini pun hendak bergaduh. Kenapalah anak-anaknya tidak seperti anak orang lain yang duduk diam dan mendengar kata! Bibirnya diketap kuat. Nafasnya mula naik turun. Jari Sakit! Hati Sakit tapi percayalah, jiwa ini lagi sakit!

“Pukul berapa dah ni tak tidur lagi? Karang mama pecahkan remote tu, biar sampai bila-bila tak payah tengok tv! Nak ke macam tu?” Nyaring suara Adelia menampan telinga milik Radeya dan Raid.

“Pergi tidur sekarang!!!” Jerit Adelia lagi dengan suara yang lantang! Dari kecil telah diajar untuk berdisplin! Tapi sampai sekarang, satu ajaran pun tak lekat!

Radeya dan Raid terus berlari ke arah bilik masing-masing. Rafie yang baru muncul dari arah tangga itu sudah mula mengeleng perlahan! Isterinya itu terlalu bertegas dengan anak-anak mereka. Semuanya nak kena berdisplin! Semuanya nak kena ikut jadual! Budak-budak pun ada keinginan hati mereka sendiri. Mereka pun ada impian dalam melakarkan kenangan di zaman kecil.

“Delia, kalau pun marahkan abang, jangan libatkan anak-anak.” Sudah berapa kali ayat ini diulang kembali. Kadang-kadang Rafie rasa yang melentur seorang isteri adalah amanah yang lebih berat berbanding untuk mendidik seorang anak!

“Sebab anak-anak awak pun sama je suka menyakitkan hati saya!” Adelia kembali membalas kata. Bila terpandangkan wajah Rafie, automatik kenangan petang tadi menjalar di ruangan mata. Tak pasal-pasal dia malu gila dengan Siti!

“Deyah dan Raid tu anak kita Delia.. Anak kita!!!” Kali ini Rafie juga sudah mula berkeras.

“Ya.. memang anak kita! Tapi dia orang lebih sayang awak! Lebih ikutkan perangai awak! Jadi, tak ada masalah pun kalau saya gelar itu anak awak kan?”

“Dia pun sayangkan awak Delia.. Tapi dia orang takut nak mendekat! Takut awak tak selesa dan marah dia orang! Seorang anak itu tak akan jauh dari ibu bapa kecuali kalau ibu bapa itu sendiri yang menjarakkan diri mereka!” Sungguh, buat niatnya hendak memerli Adelia. Tapi dia sedar yang keadaan ini perlu diperbetulkan.

“Jadi semuanya salah saya? Ya… semuanya salah saya Rafie.. Sayalah orang yang tak memahami.. Sayalah ibu yang tak berguna dan saya jugak isteri yang tak berguna! Jadi awak boleh hidup tanpa saya kan, jadi tunggu apa lagi? Lepaskan…..”

“Delia!!!”

Belum sempat Adelia ingin menghabiskan ayatkan, jeritan Rafie sudah menghentak peluput telinganya. Masing-masing seperti kelihatan tergamam dan terpana!

“Betullah kan… Awak boleh cari isteri yang jauh lebih sempurna.. Isteri baru untuk mengantikan tempat saya..” Sayu sahaja nada suara Adelia. Dia cuba bertahan untuk tidak menangis! Dan akan tetap bertahan…

Kali ini Rafie sudah kehilangan kata-kata. Apa yang isterinya ini katakan ini? “Apa yang Delia merepek ni? Abang dah cuba perbaiki apa yang tak kena dalam rumah tangga kita, tapi abang tengok, Delia yang asyik larikan diri! Kalau Delia nak lari, abang sanggup kejar… Tapi bila Delia macam ni, abang tak tahu nak buat macam mana lagi?” Entahlah, dia sudah hilang daya untuk memujuk hati Delia.

“Sampai bila awak nak berahsia? Penipuan tak akan mampu membuatkan saya tersenyum Rafie.. sebab penipuan ni makin menyakitkan hati!” Tekan Adelia sambil jari terlunjuk dihalakan ke dadanya.

“Rahsia apa ni? Abang tak pernah rahsiakan apa-apa pun dari Delia! Kalau bercakap tuh, jangan fikir hati Delia je.. Hati abang, Delia tak fikir pulak? Kita ni suami isteri.. Mana boleh fikir bahagian masing-masing. Kita kena sama-sama fikirkan perasaan kita..”Suara Rafie sudah mula mengendur. Cara apa lagi yang dia perlu lakukan untuk membuka kembali simpulan kasih ini?

“Jangan letak kesalahan dekat bahu orang lain kalau awak sendiri tak mampu nak menggalasnya!” Adelia sudah tidak berdaya untuk berhadapan dengan Rafie saat ini. Dia bimbang jika perbalahan ini makin jadi panjang.

“Apa salah abang? Cuba Delia beritahu?” Desak Rafie sambil merentap lengan Adelia apabila isterinya itu berjalan dihadapannya untuk masuk ke dalam bilik. Dia pening apabila Adelia sering menyalahkannya tapi tidak pernah diterangkan tentang skop kesalahan yang dilakukan!

“Pandai buat salah, pandai-pandailah fikir sendiri!” Ditarik tangannya yang kemas di dalam pegangan Rafie. Sekali lagi dia membiarkan Rafie termanggu sendiri.

‘Kenapa kau tak terus terang je dekat Rafie yang kau dah tahu tentang hubungan sulit dia tu?’ Tanya suara hatinya keras.

‘Sebab aku tak mahu Rafie fikir yang aku ni jenis cemburu buta dan aku akan nampak lemah dihadapannya malah dia pasti akan gembira melihat aku sengsara seperti ini!’ Jawab satu suara lagi.

‘Mungkin dia dengan perempuan tu tak ada apa-apa! Kau tak perlu menuduh di curang sedangkan jika dia tak melakukan, perkara ini akan jadi fitnah! Sanggup ke kau menfitnah suami sendiri?’

Adelia mula meramas rambutnya. Ya Allah.. sungguh, hatinya kusut! Jiwanya bercelaru! Kata hati dan akal fikiran bertelagah sesama sendiri namun soalannya masih lagi tergantung tanpa jawapan. Kalau benar apa yang dia fikir ini tidak benar, dia sudah berdosa besar dengan suaminya. Menuduh curang! Malah sudah banyak kali dia meninggikan suara kepada Rafie.

Tanpa membuang masa lagi, terus Adelia melangkah ke bilik air. Hati yang gundah ini perlu ditenangkan dengan titisan wudhuk. Dia ingin melakukan bersolat. Supaya dapat mengembalikan ketenangan yang hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience