BAB 14

Romance Completed 9718

Entah kenapa, kata-kata Siti petang tadi bermain di fikiran Adelia. ‘Tunjukkanlah skill kau macam waktu mula-mula kau buat dia jatuh cinta pada kau!’

“Delia…” Teguran itu membuatkan Adelia tersentak sendiri.

“Dah boleh makan ke belum? Abang lapar sangat ni…” Rafie sudah mula mengusap perutnya. Adelia hampir-hampir terlupa yang dia sedang memanaskan lauk untuk Rafie yang datang untuk makan malam walaupun jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam!

“Erk.. kejap!” Kerana terlalu terkejut, Adelia terus mengangkat periuk panas itu tanpa menggunakan sarung tangan.

“Auchhh..” Hampir-hampir sahaja terlucut periuk panas itu namun masih sempat diletakkan semula di atas dapur.

“Delia… kenapa ni?” Terus Rafie mendekat sambil memegang pergelangan tangan isterinya. Jari-jemari Adelia mula merah dan melecur. Tanpa berfikir panjang, terus ditiup jari Adelia. Biar hilang perit dan sakitnya.

Hampir menitis air mata Adelia kerana terlalu terharu! Rupanya, masih ada sisa kasih sayang dalam diri Rafie untuk dirinya!

“Apa sajalah yang ada dalam fikiran Delia sampai terlupa nak alas dengan kain sebelum angkat periuk panas.” Bebel Rafie sambil mengelengkan kepalanya. Isterinya ini memang begini sikapnya kalau berfikir terlalu banyak!

“Fikirkan abang ke?” Kali ini Adelia agak tersentak sedikit. Terus dia berpaling dari terus membalas pandangan suaminya. Dia sendiri keliru sama ada ingin mengiakan atau ingin menidakkan soalan suaminya.

Rafie mula bangun dan hilang entah kemana. Adelia mula rasa sedih. Adakah suaminya itu hampa kerana dia tidak memberikan sebarang jawapan? “Meh sini… abang letak ubat gigi ni.. Biar kulit yang melecur tu lega sikit!” Suara itu sekali mengejutkan lamunan singkat Adelia. Oh, suaminya itu menghilang kerana ingin meletakkan ubat gigi di lukanya. Sungguh, Adelia benar-benar rasa ingin menangis!

“Maaf sebab ganggu tidur Delia. Pergilah rehat… Biar abang ambik makanan sendiri!” Sebenarnya dia sengaja datang lewat malam seperti ini. Dia ingin bermanja engan isterinya. Kerana jika datang awal, Yasmin dan anak-anaknya pasti akan menganggu waktu untuk dia berdua-duaan bersama Adelia.

“Tak apalah.. sikit je ni.. Biar saya ambilkan.” Apabila Adelia hendak berdiri, terus Rafie menahan. Muka Rafie sedikit keruh!

“Tolonglah jangan berdegil..”

“Delia duduk sini.. Biar abang ambil sendiri.” Sambung Rafie sambil mengambil pinggan dan mecedok lauk sendiri. Rafie mula mengambil tempat di sisi Adelia. Sedang Rafie mengunyahkan makanan, tiba-tiba suaminya itu menyuakan suapan yang berisi nasi kearah mulutnya.

“Eh, saya dah kenyang dah…” Tolak Adelia perlahan.

“Ish.. dah lama dah abang tak suap Delia. Makanlah sikit.. Kalaupun Delia kenyang, sekurang-kurangnya jagalah hati abang nih!” Adelia tergelak sedikit menyambut kata-kata manis suaminya. Akhirnya, dinganga juga mulutnya. Menerima sesuap kasih dari seorang suami.

Sambil mengunyah perlahan, Rafie mula bercerita itu dan ini. Adelia hanya mendengar sahaja. Sesekali menyampuk bila Rafie membutuhkan jawapannya. Sudah agak lama mereka tidak berbual sebegini. Dulu, walaupun mereka dekat, tapi perasaan itu terasa seperti terlalu jauh. Tapi kini, apabila mereka mula menjauh, kenapa perasaan itu mula makin mendekat?

Kata orang, kasih yang suram hanya akan bergetar kembali di saat mereka hendak berpisah! Benarkah semua itu?

“Errkk.. Delia….” Panggil Rafie usai dia membasuh tangannya.

“Hmm…”

“Abang nak tidur sini boleh?” Tanya Rafie sedikit teragak-agak.

“Hah?” Jantung Adelia seperti gugur tatkala mendengar kata-kata suaminya.

“Gelap sangatlah malam ni… Abang takut nak drive sorang-sorang!” Rafie mula buat muka kesian. Adelia terkesima seketika. Tidak tahu hendak membalas kata. Namun, dia sedia tahu dengan perangai Rafie yang penakut itu.

“Oh.. thanks sayang! Abang masuk bilik dulu ya!” Ujar Rafie teruja lantas mencium pipi isterinya itu. Sebenarnya, Adelia langsung tidak memberikan sebarang jawapan. Sengaja dia buat muka tak tahu malu dengan naik ke tingkat atas.

Adelia mula menelan air liur yang terasa kelat. ‘Sekaranglah waktu yang sesuai untuk kau tunjuk skill tu?’ Entah kenapa, suara Siti mula bergema di cuping telinganya. Aduuhhh… kusut sungguh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience