BAB 9

Romance Completed 9718

“Ini bilik awak!” Adelia terus membukakan pintu bilik Yasmin. Mulai hari ini, Yasmin akan tinggal bersamanya. Konon-kononya, kedatangan perempuan ini adalah untuk memperlengkapkan diri Yasmin dengan kriteria seorang isteri. Setelah difikir-fikir semula, ini semua kerja gila! Namun dia sudah terlanjur bersetuju. Kata-kata itu tidak boleh ditarik balik. Yasmin akan tinggal di rumah ini selama seminggu.

Malah dia masih ingat lagi kata-kata Rafie. ‘Tolong jangan marah atau sakitkan hati dia.. Jangan treat dia macam Delia treat anak-anak kita.. Layan dia macam kawan..” Kata-kata Rafie ini seperti menghiris tangkai hati Adelia.

“Ini ada beberapa jadual yang perlu awak patuh!” Adelia menunjukkan jadual yang telah dirangka kepada Yasmin.

“Jadual apa ni?”

“Ada jadual untuk kemas rumah, basuh baju, iron baju dan sebagainya. Ada jadual study anak-anak! Apa perkara yang mereka boleh buat dah tak boleh buat! Ada makanan yang dia orang boleh makan dan makanan yang dia orang tak boleh makan!” Terang Adelia ringkas.

“Errkk.. biar betul ini jadual Radeya dan Raid! Dia orang hanya dibenarnya menonton televisyen sebelum pukul 8. Habis tu kalau bosan macam mana? Lepas tu jadual ni banyak sangat untuk belajar… Rasanya tak perlu kot awak nak tetapkan peraturan macam ni! Semua ni akan membataskan masa dia orang. Lagipun dia orang kecil lagi kot…”

Adelia mula mengetap bibir. Belum sampai satu jam berada di rumahnya pun, sudah pandai komplen macam-macam. ‘Hmm, pilihan Rafie memang hebat!’

“Ini rumah saya jadi awak harus ikut arahan saya!” Suara Adelia sedikit meninggi.

“Oh.. jadi kalau budak-budak tidur rumah saya nanti, dia orang tak perlulah nk ikut segala peraturan nih! Jadi, peraturan ni tak penting untuk saya!” Dicampakkan kertas itu di atas katil. Perbuatan yang betul-betul biadap!

“Awak berada di sini sebab Rafie nak saya mengajar awak tentang selok belok rumah tangga…” Adelia menyebut secara perlahan sambil menekankan sedikit nada suaranya. Kesabarannya memang tercabar dengan sikap Yasmin ini. Kesabarannya makin hilang apabila mendengar tawa Yasmin yang makin meluat!

“Saya peliklah? Kenapa dia suruh saya belajar dengan awak sedangkan awak pun bukannya pandai menguruskan rumah tangga. Ialah, kalau awak pandai, tak lah awak nak bercerai dengan Rafie pulak kan…?” Perli Yasmin selamba. Entah kenapa, wajah dan perangai perempuan ini tempoh hari tidaklah seagresif ini. Mungkin dulu berlakon.. kononya tak ada apa-apa hubungan.

“Saya tak peduli dengan apa yang awak nak cakap! Tapi disebabkan awak sedang berada di rumah saya sekarang, jadi tolong ikut rules yang saya dah tetapkan! Lepas ni turun bawah. Kita nak masak!” Arah Adelia keras sambil berlalu keluar.

Yasmin mula tersenyum senang! Senang kerana dapat mengenakan Adelia. ‘Hmm, tak adalah susah sangat!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience