BAB 18

Romance Completed 9718

Adelia mengusap lembut rambut milik Radeya yang sedang tertidur itu. Mujurlah tidak ada apa-apa yang menimpa anaknya kerana pihak hospital telah menyuntik adrenalin ke dalam tubuhnya untuk mengawal alahan yang digelar anafilaksi!

Anafilaksis adalah reaksi alergi yang serius. Ia bermula apabila sistem imuniti badan bertindak balas kepada bahan yang tidak berbahaya kerana menganggapnya sebagai ancaman berbahaya. Ini yang menyebabkan pembebasan histamin dan bahan kimia lain yang membawa kepada simptom-simptom yang mendadak dan kadangkala mengancam nyawa.

Mujur sahaja tahap kesihatan Radeya mula menunjukkan kesan positif namun, anaknya tetap perlu tinggal di hospital untuk pemerhatian lanjut.

Apa yang membuatkan Adelia terharu ialah, selama dua hari berkampung di hospital ini, Rafie tidak pernah sekalipun berganjak darinya. Segala perhatian dan kasihnya mula mencurah-curah! Sikap tanggungjawabnya, sikap prihatinya, sikap ramahnya, seakan-akan seperti di awal pernikahan mereka dahulu. Nama Yasmin terus lenyap daripada mulut Rafee. Namun, dia takut kalau-kalau semua ini hanyalah mimpi di siang hari sahaja!

Ketukan di muka pintu membuatkan Adelia berpaling. Serentak matanya menjamah raut wajah seorang perempuan yang dia kenali. Lantas dia memalingkan wajah ke arah lain.

“Delia… saya nak cakap sikit dengan awak!” Ujar Yasmin sedikit merayu.

“Saya tak ada apa-apa yang nak cakap dengan awak!” Tegas Adelia. Dia tidak mahu jika Yasmin merayu untuk mendapatkan Rafie.. Kerana hatinya terlalu berat untuk melepaskan Rafie pergi. Terlalu….

“Delia.. tolonglah.. lepas ni saya janji yang saya tak akan ganggu awak lagi!” Adelia mula memandang ke arah Yasmin. Akhirnya mereka memutuskan untuk ke taman hospital sahaja. Kawasan disitu agak lapang sedikit dari lalu lalang manusia.

Sesampainya mereka di taman, Yasmin mula menyerahkan sampul surat berbentuk empat segi. Namun sedikit pun Adelia tidak menyambutnya.

“Saya merayu pada awak Yasmin… Tolong… tolong jangan ambil suami saya.” Tangannya terus menarik lengan milik Yasmin. Merayu dan merintih dengan tangisan di pipi. Seburuk mana pun hubungan mereka suami isteri, dia sebagai isteri tidak sepatutnya beralah semudah ini. Seharusnya dialah makhluk yang membela nasibnya sendiri. Betul kata Siti, dia perlu buat Rafie jatuh cinta semula kepadanya. Bukan dengan cara melepaskan Rafie pergi dari hidupnya.

“Delia… apa awak buat ni?” Kaget Yasmin dibuatnya.

“Tolong jangan ambil suami saya… Tolong jangan rampas kekasih saya… Tolong…. saya merayu Yasmin… Awak cantik, awak baik.. Awak tak kejam untuk memisahkan kasih sepasang suami isteri. Awak tak kejam untuk meruntuhkan masjid orang lain kan….”

“Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang awak merayu…Kenapa tak waktu awak nampak kami bersama dulu… Saya tak pernah suruh awak dan Rafie berpisah, saya sanggup bermadu dengan awak! Saya tahu yang Rafie akan berlaku adil. Tapi kenapa baru sekarang awak merayu setelah semua persiapan dah dibuat!” Kali ini, giliran Yasmin pula yang memuntahkan amarahnya.

“Dulu saya ego… Saya sangka saya betul dan Rafie salah! Saya sangka saya boleh hidup sendiri! Tapi saya sebenarnya tak boleh hidup tanpa Rafie. Setelah lapan tahun berkongsi segalanya dengan Rafie, saya betul-betul tak sanggup nak berpisah dengan dia Min…. Bukan sahaja berpisah, malah saya pun tak sanggup berkongsi dia dengan sesiapa pun!” Adelia sanggup melakukan apa sahaja… Apa sahaja yang mampu memujuk Yasmin membatalkan hasrat untuk memiliki Rafie.

“Awak memang pentingkan diri sendiri Delia. Awak hanya fikirkan tentang awak! Awak tak fikir pulak perasaan Rafie? Perasaan saya sekarang? Setelah awak berikan saya harapan untuk memilikinya, awak sendiri yang hendak memusnahkannya?” Tembak Yasmin lagi.

Akhirnya mereka sama-sama terdiam. Adelia dengan tangisannya dan Yasmin dengan amarahnya.

“Saya minta maaf atas segala perkara yang menimpa Radeya. Itu memang kecuaian saya… Itu memang khilaf saya! Tapi apa-apa yang berlaku pun, perkahwinan ini tetap akan diteruskan.” Yasmin sudah mula berdiri. Tidak betah jika berlama-lama bersama Adelia. Bimbang nanti jika jiwanya pula yang kalah dengan air mata dari kaum sejenisnya. Terus ditinggalkan Adelia sendiri….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience