BAB 13

Romance Completed 9718

“Apa yang kau buat ni salah Del!” Ujar Siti sedikit keras apabila Adelia menceritakan serba sedikit tentang masalah yang menyelimuti rumah tangga mereka.

“Habis tu kau nak aku buat apa lagi? Dah orang tak sayang… Aku pun tak berdaya nak merayu… Aku tak boleh halang kebahagiaan Rafie! Aku tak boleh pentingkan diri sendiri!” Bentak Adelia perlahan.

“Bila seorang isteri menyelamatkan rumah tangga dia, itu bukannya pentingkan diri sendiri. Tapi itu untuk kepentingan bersama. Kau kena fikir akibatnya dari perceraian ni.. Anak kau macam mana? Bila ibu bapa bercerai, mereka sedang mempertaruhkan masa depan anak-anak! Kau nak hidup anak-anak kau tunggang langgang. Sekejap dengan kau, sekejap dengan Rafie! Dalam rumah tangga ni kena ada tolak ansur. Kalu suami terleka, isteri ada untuk menegur. Kalau isteri buat salah, suami ada untuk perbetulkan salah suami.

Jadi sekarang, Rafie tergelincir sedikit dari landasan perkahwinan ni. Tapi itu tak bermakna yang kau pun kena tergelincir sama… Kau lah yang kena pimpin dia.. Pimpin dia untuk kenal balik rasa kasih tu. Kalau kau sendiri rasa yang cinta kau makin tawar, pandai-pandailah kau taruk gula.. Berpisah macam ni bukanlah jalan menyelesaian yang baik!” Nasihat Siti panjang lebar. Muka dan suaranya sengaja diseriuskan. Dia mahu Adelia berfikir panjang.

Kenal sangat dengan perangai sahabatnya itu. Suka berperang dengan perasaan sendiri. Suka berfikir cepat tapi tak mahu ambik tindakan.

“Habis tu sekarang, kau nak aku merayu suruh Rafie terima aku balik? Macam tu?” Entahlah, Adelia langsung tidak boleh menggunakan otaknya kali ini. Semuanya kusut dan tak terurus!

“Aku tak lah suruh merayu… Aku suruh kau ngorat balik suami kau tuh!” Tersentak Adelia mendengarnya! ‘Gila betul Siti ni!.. Dia suruh aku mengorat Rafie?’

“Gilalah…” Sungguh, idea ini langsung tak boleh pakai.

“Hah.. inilah masalah manusia. Cepat sangat berputus asa! Tunjukkanlah skill kau macam waktu mula-mula kau buat dia jatuh cinta pada kau! Tak kanlah benda-benda tu pun aku nak ajar.. Kalau betul cinta tu dah hilang, kau kena buat dia jatuh cinta sekali lagi!”

Adelia mengigit bibir. Tak tahu berkata apa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience