BAB 20

Romance Completed 9718

“Maafkan saya sebab menipu Delia… Saya terpaksa tolong Rafie sebab Rafie dah banyak sangat tolong saya bila saya bergaduh dengan Megat!” Ucap Yasmin apabila Adelia menghadiri majlis perkahwinan wanita itu.

Yasmin masih ingat lagi, bagaimana luruhnya jantungnya ketika Rafie membuat permintaan untuk membawa dirinya ke rumah Rafie dan berlakon seolah-olah yang mereka mempunyai hubungan.

“Gilalah… I tak mahu buat kerja gila tu!” Tolak Yasmin mentah-mentah. Takutlah jika perlu berhadapan dengan Adelia. Isteri Rafie itu memang garang! Bagaimana kalau isteri Rafie bertindak di luar batasan nanti? ‘Buat-buat dibunuhnya aku.. Tak ke naya?’

“Kau biar betul Rafie? Benda macam ni bukan boleh bawak main-main!” Kali ini, Megat terpanggil untuk bersuara. Pening juga menyambut permintaan daripada Rafie itu. Namun jika ditolak, bimbang jika rumah tangga Rafie tidak dapat diselamatkan lagi.

“Kau ingat aku nak ke buat semua ni? Aku terpaksa.. Ini semua kes pasal aku tolong korang berbaiklah. Tak pasal-pasal rumah tangga aku pulak yang jadi cagarannya!” Rafie menolak rambutnya ke belakang. Kusut!

“Apasal sebab kita orang pulak?” Tanya Yasmin aneh.

“Ialah, dia baca mesej yang you ucap terima kasih tuh. Dahlah panggil I yunk… Manalah bini I tak curiga! Lepas tu dia terserempak pulak dengan kita dekat office. Bertambah-tambahlah lagi curiga dia tu. Jadi dia dah buat keputusan untuk tinggalkan rumah. Dia kalau dah buat keputusan, semua benda pun dah tak jadi halangan pada dia dah. Jadi aku fikir, penyamaran ni je yang boleh menyelamatkan rumah tangga I.

Min, I nak mintak tolong sangat dengan kau. Aku nak kau sedarkan Delia yang tak ada orang boleh sayang aku macam mana dia sayang aku.. Aku pun sayangkan dia. Aku tak pernah pandai nak sayangkan orang lain! Mungkin aku pun ada banyak salahnya. Jadi aku yang perlu perbetulkan semua ini!”

Megat dan Yasmin sudah mula berpandangan sesama sendiri.

“Mungkin Bee patut pergi…. Rafie dah banyak tolong kita. Daripada kita start bercinta hingga saat kita bergaduh dan sampai kita berbaik semula. Jadi sekarang turn kita pulak untuk tolong dia!” Pujuk Megat sambil menoleh ke arah Yasmin.

“Tapi I tak mahu buat semua kerja tu. Lecehlah…” Rengek Yasmin manja.

“Ish.. nanti bila kita kahwin nanti, sekurang-kurangnya you dah ada latihan praktikal. Tak lah tergeliat sangat!” Usik Megat selamba. Rafie hanya memerhati. Sengaja membiarkan pasangan itu berbincang.

“Rafie, kalau I ikut you… tak ada kebarangkalian ke yang I tak kena marah? I tengok wife you tu garang semacam je!” Tanya Yasmin takut-takut.

“Lah, kalau dia marah you, you marahlah dia balik.. Bakal madu tak perlu nak baik sangat!” Ayat Rafie itu membuatkan Megat berdehem beberapa kali. Memohon agar Rafie memperbetulkan kembali kenyataannya.

“Ialah.. bakal madu palsu. Kau ni macam tak percayakan aku pulak Megat! Aku dah ada binilah!” Megat hanya ketawa mendengar ayat yang keluar dari mulut Rafie. Dia main-main sahaja. Tidak pula serius ingin memaknakan kata-katanya.

“Min, ini peluang untuk you belajar cara dengan Delia cara untuk menguruskan rumah tangga. I pernah pergi rumah Rafie dulu. Rumah dia kemas jeh. Delia memang siap sediakan jadual untuk anak-anak dia. Nanti mungkin you boleh bawak pengalaman tu dalam rumah tangga kita pulak!” Pujuk Megat lagi apabila Yasmin tetap tayang riak keraguan.

“Ialah… I pergi. Tapi Rafie, kalau bini you tu buli I, I akan buli dia balik tau!” Itulah amaran terakhirnya ke pada Rafie. Rancangan ini dirancangan agar mereka dapat memperbetulkan mana yang tidak betul!

“Saya yang patut ucap terima kasih.. Sebab awak dah banyak sedarkan saya.. Tentang erti tanggungjawab yang sebenar. Bahawa tanggungjawab itu perlu diiringi dengan kasih sayang. Barulah kita akan melakukan semua itu dengan ikhlas!” Kata-kata Adelia membuatkan ingatan lama Yasmin hilang entah kemana. Adelia khusyuk mengusap kepala Yasmin sambil matanya tidak lepas dari memandang wajah cantik yang sudah bertudung itu. Sungguh, Yasmin kelihatan sungguh cantik dengan persalinan serba kelabu itu.

“Awak pun banyak ajar saya tentang alam rumah tangga Delia.. Paling utama ialah tetang, kecantikan seorang isteri adalah hak milik seorang suami. Sungguh, saya tersentuh dengan kata-kata tu. Hope kita boleh jadi kawan baik… Saya minta maaf sekali lagi.. Sebab saya Deya terlantar di hospital dulu. Itu memang salah saya!” Pohon Yasmin ikhlas. Sungguh, mengenali Adelia membuatkan dia belajar banyak perkara.

“Ish… benda dah jadi. Kita sebagai manusia memang tak boleh nak elak. Saya pun harap yang kita boleh jadi kawan baik!” Akhirnya mereka kembali berpelukan untuk kesekian kalinya.

Adelia tersenyum mengenangkan peristiwa yang berlaku sebulan yang lepas. Sememangnya, manusia tidak pernah ada yang sempurna. Manusia itu penuh dengan cacat celanya. Dia akui, dulu dia sering berfikiran singkat! Lumrah wanita memang suka berprasangka yang tidak-tidak. Akhirnya, prasangka itu hanya akan menjerut diri sendiri.

Adelia mula menghabiskan lipatan baju yang terakhir. Badan sudah terasa penat benar. Baru sahaja dia hendak meletakkan kain baju di atas dalam rak almari, timbunan di dalam almari itu mula mencurah jatuh ke lantai.

Untuk kesekian kalinya, perisitwa ini berulang lagi.

“Abang!!!!!” Adelia menjerit kuat. Rafie memang tak akan pernah berubah!

“Kenapa sayang?” Pecut Rafie berlari apabila mendengar jeritan isterinya. Namun setelah melihat segumpal kain yang terhidang di depan almari itu, Rafie mula tersengih-sengih lagi.

“Sorrylah sayang.. Abang memang failed bab mengemas baju nih!” Sekali lagi Rafie buat muka kesian. Balik-balik, itu jugaklah alasannya!

Adelia mula meletakkan kain baju yang tersusun di dalam almari yang kosong itu. Mana tak kosong, semua baju yang bergumpal itu telah mula jatuh ke lantai. Nasiblah dapat suami macam ni. Langsung tak boleh menolong.

Tangannya baru hendak mencapai baju yang berlonggok itu namun tiba-tiba datang idea nakal. “Abang… ada lipaslah!” Jerit Adelia kuat.

“Hah, lipas?? Arrgghhh… mana-mana?” Rafie yang memang sejak azali takutkan lipas itu terus bertindak untuk berdiri di atas katil. Terus Adelia gelak besar.

“Oh.. main-mainkan abang ya!” Rafie sudah mula bercekak pinggang. Nyaris sahaja jantungnya gugur kerana terkejut dengan jerita Adelia. Geram sungguh dia dengan isterinya yang makin hari, makin kuat menyakat!

“Aduh… kadang-kadang Delia confuse dengan abang ni… betul ke abang ni lelaki? Sudahlah takut gelap, takut lipas pulak tuh! Macam manalah Delia boleh kahwin dengan orang macam abang ni? Aish, sabar jelah…” Adelia sudah mula menepuk dahinya berulang kali.

Tiba-tiba Adelia menjerit kecil apabila Rafie memaut pinggangnya dan mula menarik badannya dan terus sama-sama tercampak di atas katil. “Hah, biar abang buktikan kejantanan abang sekarang!”

“Hah!!!” Aduh, akhirnya kata-katanya memakan dirinya sendiri. Rafie sudah mula menutup lampu bilik.

“Abang.. gelap ni abang tak takut pulak ya?” Usik Adelia sambil tergelak kecil.

“Hmm… gelap ni abang tak takut.. suka adalah..” Adelia terus ketawa besar. Suaminya ini memang sudah terputus fius.

Walaupun cinta itu sudah berkurun, kasih sesudah berzaman.. cinta itu adakalanya tetap rapuh.. Kalaupun rasa kecewa, jangan diturutkan kata hati.. Anggap sahaja pergaduhan itu seperti guruh yang menumpang lalu tika hujan renyai menjengah.. biarkan gurindam kasih singgah untuk mengusap hati yang rawan..

Hidup berkongsi itu memang tidak mudah.. tapi semua itu tidak mustahil. Dalam perhubungan, kita janganlah terlalu mengambil berat perkara yang remeh dan mula mengambil mudah perkara yang berat! Selesaikanlah segala masalah itu dengan meluahkan apa yang terhidang di lubuk hati. Agar pasangan kita mengetahui letak duduk cerita sebenar. Jangan pernah beranggapan yang orang yang kita cinta akan memikirkan cara yang sama seperti kita.. Lain lauk, lain rasanya… Lain orang, lain caranya….

Perkahwinan adalah satu medan terbaik untuk mengumpul pahala sementara menanti alam akhirat yang lebih pasti. Kasih itu adalah sebuah amanah dari Allah. Hargailah amanah itu sepenuh kudrat kita.

Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah… kerana yang mencantumkan kasih ini ialah ALLAH… bersandarlah pada dia, nescaya ALLAH akan menyandarkan rasa cinta kepada hambaNYA…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience