BAB 3

Romance Completed 9718

“Delia, kita kahwin?” Bersembur air yang sedang diminum oleh Adelia taktala mendengar lamaran dari seorang lelaki yang amat dia sayangngi.

“Hampeh betul! Orang ajak kahwin, dia sembur minuman pulak.” Komen Rafie sambil mengelap mukanya yang basah dek semburan yang keluar dari mulut Adelia. Mujur sahaja air masak. Kalu air berperisa, tak tahulah lagu mana rupanya sekarang.

“Erk… sorry-sorry… Awak pun satu jugak! Main-main tak tengok tempat. Ada ke ajak saya kahwin!” Terus dilhulurkan tisu yang memang sudah sedia ada di dalam beg sandangnya.

“Awak ingat saya main-main ke?” Pertanyaan Rafie membuatkan mata Adelia membuntang. ‘Tak kanlah mamat ni serius kot?’

“Boleh tak jangan main-main?” Adelia mula rasa hendak marah. Tidak suka jika Rafie ingin mempermainkan dirinya. Otak lelaki ini bukannya betul sangat!

“Saya betul-betul serius ni! Saya nak ajak awak kahwin. Saya pun dah beritahu hal ni pada family saya. Dia orang sokong kalau kita kahwin awal!” Adelia mengelengkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Rafie. Sungguh, dia langsung tidak setuju. Dia baru sahaja berumur dua puluh tahun! Masih mentah dalam semua perkara. Malah dia juga masih belajar. Ini semua idea gila!

“Rafie, umur saya baru dua puluh tahun!” Tegas Adelia keras.

“So, apa masalahnya? Umur dua puluh tahun pun boleh buat anak apa.” Usik Rafie sambil tersengih-sengih. Terus Adelia mengetuk kepala Rafie yang beralaskan topi itu. Kalau bercakap, tak ada bengkang bengkok langsung! Semuanya lurus!

“Muka awak merahlah Delia….” Usik Rafie lagi. Senang hati dapat menyakat buah hatinya.

“Muka awak pun akan merah kalau dapat penampar dari saya…” Terus mati tawa milik Rafie. Takut jika mengundang kemarahan Adelia. ‘Heh, awal-awal lagi dah takut bini ke?’ Monolog dirinya sendiri.

“Okay.. okay… sekarang kita serius! Saya betul-betul nak ajak awak kahwin ni..” Rupa, suara, tingkah Rafie semuanya mula diseriuskan. Dia benar-benar ingin memaknakan kata-katanya.

“Rafie, awak tak rasa awal lagi ke? Saya tak pastilah…” Adelia sudah mula tayang muka was-was.

“Apa yang awak tak pasti?”

“Errkk…” Adelia mula terfikir-fkir sendiri. Mencari jawapan yang paling sesuai untuk membuatkan Rafie faham.

“Awak tak pasti dengan kasih sayang saya pada awak ke atau awak tak pasti dengan kasih sayang awak pada saya? Tak pun awak tak pasti sama ada kita boleh kahwin di usia muda macam ni?” Kata-kata Rafie itu membuatkan otak Adelia berbelit-belit! Begitu banyak ayat tak pasti derr…

Melihat muka Adelia yang berkerut itu, Rafie mula menyambung kata. “Delia, saya dah umur dua puluh tiga. Saya pun dah kerja! Saya tak mahu kasih sayang kita terpalit dek dosa bila kita selalu keluar berjumpa macam ni! Saya nak serius. Saya tak fikir umur macam saya ni perlu main-main kot… Saya dah bersedia nak jadi seorang suami!” Bersungguh benar nada suaranya. Dia perlu yakinkan Adelia yang jelas kelihatan ragu-ragu itu.

“Tapi saya belum bersedia nak jadi seorang isteri…” Akhirnya, terkeluar juga ayat itu dari mulut Adelia.

“Tang mana yang belum bersedia tu? Tang dapur, tang kemas rumah atapun tang bilik tidur?” Soalan Rafie ni tak menahan sungguh!

“Awak betul-betul nak kena lempang ke Rafie?” Aduh, muka Adelia mula diserang kebas dek rasa malu yang hinggap.

“Errkk.. berdosa besar tau kalau nak lempang suami.” Ujar Rafie sambil tersengih-sengih. Adelia mula menepuk dahi. Susah betul kalau dapat bakal suami yang tak tahu malu ini.

“Bakal suami okay….” Adelia mula memperbetulkan ayat Rafie.

“Hah, mengaku pun… Jadi, kira setujulah ni eh…”

Adelia mula memegang kepala sambil berfikir sendiri. ‘Ayat macam tu kira setuju ke?’

“Saya tengah belajar lagi Rafie.. Tak boleh ke tunggu saya habis belajar. Lagipun saya tak pasti sama ada keluarga saya setuju atau tak dengan perkara ni!” Sungguh, Adelia tak mampu hendak berfikir dengan baik.

“Ish, jangan bagi alasan tengah belajar sebagai salah satu sebab untuk awak tolak perkahwinan ni. Pernikahan itu adalah tentang kasih sayang! Percaya pada saya Delia.. Saya kasihkan awak.. Saya sayangkan awak… Saya tak boleh pandang awak sangat! Sebab awak bukan hak saya! Pandangan yang berlebihan akan menaikan peratus dosa kita. Awak nak ke dosa kita makin bertambah? Awak tak mahu ke bagi saya pahala bila saya dapat tengok awak sebagai seorang yang halal di sisi saya? Awak tahu, bagi saya, seorang isteri itu adalah amanah! Amanah untuk saya pikul hingga akhir hayat saya!”

Kali ini Adelia terkedu! Bukan sahaja terkedu malah ikut turut terharu!

“Kalau seorang isteri itu seperti hamparan dunia, suami pula langit untuk menaunginya.. Kalau isteri diibaratkan seperti ladang dan tanaman, suami pula adalah pemagarnya.. Kalau isteri adalah kejora, suami pula adalah bintang! Tengok, mereka saling melengkapi. Seperti awak yang sentiasa melengkapi saya… Jadi Nurul Adelia, sudi tak awak menjadi isteri saya?”

Dan kerana lamaran itu, dia tercampak ke dalam sebuah perkahwinan. Umur yang muda, telah ditolak tepi. Perangainya yang negatif, terus disepak pergi. Berlandaskan sebuah pernikahan, dia mula membina motivasi diri untuk terus belajar dengan lebih cemerlang disamping memperlengkapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah! Dan akhirnya, dia telah berjaya menghabiskan pengajiannya disamping telah berjaya menjadi ibu muda yang berjaya.

Tapi itu dulu… sekarang semuanya hampir pudar ditelan masa. Cinta itu hanya tinggal sejarah! Sejarah yang tidak mungkin akan berulang.

“Weh, jauh termenung?” Tegur Siti.

“Tak jauh mana pun!” Jawab Adelia perlahan. Hilang terus ingatannya tentang peristiwa Rafie melamarnya dulu. Dulu, cinta ini terasa sungguh manis, namun kini kenapa ia mula bertukar tawar? Ramuan apa lagi yang tak cukup? Aish…

“Kau ni ada masalah ke?” Tanya Siti ambil berat.

“Mana ada.. Aku cuma tak cukup tidur jeh…” Jawab Adelia sambil mengeliat sedikit.

“Oh.. tak cukup tidur? Overtime ke semalam?” Adelia menjenggilkan matanya. Susah betul kalau bercakap dengan bini orang ni! Semuanya hala ke tang tu!

“Banyaklah kau punya overtime! Dahlah, aku lapar, aku nak makan… Jom kita pergi lunch dekat Centre Point! Aku teringin nak makan nasi ayamlah.” Adelia sudah mula mengemaskan mejanya sedikit. Berura-ura untuk keluar memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul 1 tengah hari.

“Aish.. Mengidam nasi ayam nampak?” Usik Siti lagi sambil ketawa besar.

“Hah, memang mengidam pun. Bukan mengidam nasi ayam tapi mengidam nak sepak orang!” Siti ketawa sahaja. Sudah biasa melayan gurauan kasar dari Adelia. Kaki Siti mula mengekori langkah Adelia yang sudah ke depan.

“Eleh.. gurau sikit pun tak boleh. Manalah tahu kalau-kalau Radeya dan Raid nak dapat adik ke kan…” Tebak Siti lagi.

“Tak ada maknanya nak tambah lagi. Ada dua orang tu pun macam dua puluh orang! Pening aku.” Luah Adelia sambil mula masuk ke dalam perut kereta. Usai menghidupkan enjin kereta, terus dia menekan punat aircond. Hari ini, terasa panas sungguh. Entah sebab cuaca ataupun sebab kepanasan di dalam hati!

“Anak-anak ni rezeki Del.. kalau ada, janganlah tolak! Kalau kau yang dua orang tu terasa dua puluh, aku yang lima orang ni terasa lima ratus orang!” Siti gelak besar. Adelia pun ikut turut ketawa. Kadang-kadang dia tabik dengan Siti. Ada masalah atau tak ada masalah, ketawa tak pernah lekang dari mulut dia.

‘Kenapa aku tak boleh jadi macam Siti? Aku ni tak ada masalah pun nampak macam ada masalah! Kalau ada masalah, lagilah bertambah bermasalah!’ Fikirannya mudah benar memikir yang negatif.

Sambil memandu, dia mula mengerling sedikit ke arah Siti. Ibu lima orang anak itu tua empat tahun dari umurnya. Tapi marah benar jika Adelia memanggilnya kakak! Kata Siti, dia akan nampak tua.

Tidak sampai lima minit pemanduan, akhirnya tiba juga di destinasi pilihan hati. Usai mendapatkan parking yang sememangnya sangat limited, Siti terus menjerit riang! “Yeaahhh… tak sabar nak makan nasi ayam!” Sekali pandang, perangai Siti ini tidak nampak langsung seperti isteri orang. Gila-gila mengalahkan anak dara pula.

“Amboi.. semangat kau bab makan ya!” Adelia dapat merasakan yang semangatnya makin pudar. Tidak bersinar seperti dahulu lagi. ‘Wahai semangat, bangkitlah dari terus lesu!!!’ Pohon Adelia penuh harapan.

“Hehe… aku ni bab apa pun tetap semangat! Kau tu kena senyum banyak sikit, kalau tak kau akan nampak tua sebelum usia kau!” Arah Siti sambil mula membuka pintu bahagiannya.

Adelia paksa diri untuk tersenyum! Semangat! Semangat! Semangat!

Siti yang keluar dari kereta terus mendapatkan sahabat baiknya itu. Entah kenapa mukanya tiba-tiba berubah kelat!

“Sekarang aku dah tahu kenapa kau tak boleh tersenyum?” Adelia sendiiri tidak faham sama ada Siti sedang membuat kesimpulan ataupun sedang menghulurkan pertanyaan.

“Lah, dah ni kenapa pulak?”

Siti sebenarnya agak was-was namun segera dia memuncungkan mulut ke satu arah. Terus mata Adelia melekat pada sepasang manusia yang sedang beramah mesra. Wanita itu agak seksi namun tidak pula Adelia kenali dan lelaki itu adalah… Rafie!!!

“Korang memang ada masalah ke?” Tanya Siti teragak-agak sendikit.

“Sekarang aku dah tahu apa masalahnya!” Putus Adelia geram. Baru semalam dia mencabar suaminya, hari ini sudah ada calon isteri baru? Ataupun memang selama ini suaminya itu sedang berlaku curang dengannya? Memang sengaja mencuri kesempatan untuk menjadikan punca pergaduhan mereka sebagai kunci untuk mendirikan rumah tangga lagi?

Jadi apa yang perlu dia lakukan sekarang? Serang perempuan tu? Atau pergi makan sambil buat tak tahu? Ataupun mintak cerai?

Errrkkk…. cerai? ‘Mampukah aku hidup dengan gelaran janda???’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience