BAB 5

Romance Completed 9718

Adelia terjaga dari tidurnya. Rupa-rupanya dia tertidur selepas solat tadi. Matanya mula memandang ke arah katil yang kosong! Kemana suaminya? Keluar mencari perempuan tadi ke? Hati mula dibakar amarah pabila fikiran melencong dari landasan

‘Jangan cepat berprasangka buruk Delia! Entah-entah suami kau ada kat luar!’ Bisik kata hatinya. Matanya mendarat pada jam dinding yang sudah mencapai angka satu pagi.

Perlahan-lahan dia menapak ke muka pintu. Apabila dikuak pintu biliknya, kelihatan susuk tubuh Rafie yang sedang tertidur di atas sofa sambil tangan kanan lelaki itu terletak di atas kepala. Hati Adelia mula diruntun pilu. Mungkin dia yang bersalah! Tanpa pertanyaan dan usul periksa, dia menuduh suaminya sendiri.

‘Sejak bila aku jadi macam ni? Sejak bila aku cemburu buta seperti ini?’ Lantas dia terus berjalan mendekati suaminya.

“Abang… abang…” Kejut Adelia sambil menepuk lembut bahu Rafie.

Rafie yang mendengar suara lembut itu mula ingin membukakan matanya.

“Arrghhh….!!!” Jerit Rafie sambil bangun dn menyilangkan tangannya di wajah. Terkejut kerana melihat susuk tubuh yang serba putih itu.

“Abang… ni Delialah!” Ucap Adelia sungguh-sungguh. Terus dia ketawa kecil. Suaminya ini tak pernah berubah! Penakut yang amat. Lantas dia mula mendapatkan tempat di sebelah Rafie.

“Ish…. kenapa pakai terlekung ni? Buat terkejut abang je? Ke memang sengaja nak takutkan abang?” Rafie mula menyapu dadanya apabla menyedari yang wanita berterlekung itu adalah isterinya. Dia memang sejenis lelaki yang darah gemuruh sedikit! Tak boleh terkejut sangat. ‘Ceh, mengaku jelah yang kau tu memang penakut!’

“Delia tertidur lepas solat tadi.. baru je terjaga. Nak cari abang.. bukan nak takutkan abang… Dah tahu yang abang memang penakut. Hmm, kenapa tidur sini? Kenapa tak masuk tidur dalam bilik?” Entah kenapa, mereka berdua seakan-akan terlupa yang mereka baru sahaja gaduh besar! Pelik kan? Tapi dalam rumah tangga memang tak ada yang pelik.

“Abang ingatkan Delia tak bagi abang masuk! Jadi abang tidurlah dekat sini..” Jawab Rafie senada. Tapi dia mengerling sedikit ke arah isterinya yang ikut turut senyap. Namun dia sedikit lega apabila mendengar nada suara Adelia yang sudah lembut seperti biasa. Malah isterinya itu tidak lagi membahasakan diri awak dan saya. Lega sedikit hatinya apabila mengenangkan yang hubungan ini akan pulih seperti biasa!

“Ni kenapa kejut abang ni? Nak goda abang ke?” Usik Rafie sambil merapatkan bahunya di bahu Adelia. Dia mula tersengih-sengih! Sengaja hendak menyakat Adelia. Sudah lama rasanya hubungan mereka kering kontang tanpa sebarang usikan manja. Yang ada hanyalah rasa tidak puas hati sahaja.

“Abang, tolonglah jangan buat muka macam tu!” Adelia faham dan kenal sangat muka gatal suaminya itu. Sebenarnya dia ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang wanita yang bersama dengan suaminya tadi!

“Kalau abang nak buat jugak, Delia nak buat apa dekat abang?” Muka Rafie sudah mula mendekat hingga berlaga hidungnya mereka berdua.

“Delia….” Belum habis kata-katanya, hujahnya telah mula dipatahkan oleh si suami.

“Hmm, Delia nak senyap sendiri ke atau nak abang senyapkan?” Rafie mengangkat keningnya sedikit sambil tersenyum kacak. Adelia mula telan liur. Hilang hendak bertanya, lain pula jadinya! Aduhai suami, isteri tengah marah-marah pun, sempat lagi dia hendak bermanja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience