BAB 11

Romance Completed 9718

Adelia mengajar Yasmin cara-cara untuk menggosok baju kemeja Rafie. Sebenarnya gosok baju ini tidaklah sesukar mana. Cuma agak leceh pada permulaannya sahaja.

“Susahlah… gosok depan, belakang kedut! Gosok lengan, depan kedut! Gosok atas, bawah kedut! Gosok bawah, atas pulak kedut!” Komen Yasmin sambil menyelak rambutnya ke belakang. Mungkin sudah mula kepanasan kerana sedari tadi menggosok baju di tempat yang sama berulang kali.

“Inilah kerja seorang isteri.. nak tak nak, kena hadap jugak!” Ujar Adelia sedikit geram. Kalau boleh, semua benda pun Yasmin hendak merungut!

“Oh no… Saya tak akan buang masa saya dengan benda-benda macam ni! Banyak kerja nak buat, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju lagi… So, saya dah decide yang saya nak hantar dobi jeh! Senang cerita dan settle semua masalah!” Yasmin mula melontarkan pendapat bernasnya.

“Awak tak teringin ke nak kumpul pahala sebagai seorng isteri?” Tanya Adelia pelik. Dia langsung tidak faham dengan cara Yasmin berfikir. Kalau boleh, semuanya hendak mudah sahaja!

“Pahala? Betul ke saya akan dapat pahala? Kalau saya merungut dengan kerja-kerja yang banyak, tak ke nanti kerja saya tu akan jadi sia-sia?” Tersentak Adelia mendengar kata-kata Yasmin itu.

Ya… selama ini memang dia sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Namun adakalanya dia memang kuat merungut! Merungut dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan! Merungut dengan sikap suami yang langsung tidak membantu! Merungut dengan keadaan yang menghimpit dan akhirnya keadaan inilah yang membuatkan perasaaannya tersepit!

‘Ya Allah… jadi selama ini akulah yang bersalah. Akulah yang harus dipersalahkan atas retak kasih ini… Aku merungut dengan kerja-kerja yang menimbun sedangkan Engkau sedang menghamparkan diriku di atas padang untuk mengutip sebanyak mana pahala untuk bekalan di sana nanti. Namun kini, aku sendirilah yang memusnahkan diriku sendiri. Akulah yang memusnahkan rumah tanggaku sendiri!’

Dan sekarang… semuanya sudah terlambat… Dia tidak punya ruang lagi untuk membetulkan keadaan. Dengan mata yang mula berat dengan air mata, Adelia terus menyambung kerja-kerja mengosoknya. Anggaplah ini kerja-kerja terakhir yang dia lakukan sebagai seorang isteri. Isteri kepada Rafie Muaayad!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience