BAB 7

Romance Completed 9718

Setelah hampir dua jam duduk di dalam kereta, akhirnya saspek yang dikehendaki mula memunculkan diri. Bukan main mesra sambil bergelak ketawa lagi. Tidak sia-sia Adelia menunggu di dalam kereta di bawah pejabat Rafie. Akhirnya kantoi juga lakonan mereka berdua ini. Tanpa menunggu masa lagi, terus Adelia keluar dari kereta dan mula menapak ke arah pasangan sejoli itu!

Apabila pandangan Rafie mula terhala ke arahnya, suaminya itu mula buat muka pelik! Konon-konon seperti terkejut! Jangan nak terkejut sangatlah!

“Eh, apa sayang buat kat office abang ni?” Tanya Rafie ramah. Namun dia sempat menjeling ke arah perempuan di sebelahnya.

“Nak tengok sama ada suami saya ni buat kerja ke atau cari kerja lain!” Sinis suara Adelia menampan telinga Rafie.

Rafie mula rasa tidak selesa apabila mendengar kata ganti diri yang digunakan oleh isterinya. ‘Aduh, baru semalam mereka berbaik! Tak kan nak gaduh lagi?’

“Err… kenalkan ini kawan abang, Yasmin… Min, ini isteri I.. Adelia.” Yasmin terus tersenyum-senyum ke arah Adelia. Malah tangannya juga dihulurkan ke arah Adelia. Namun sedikit pun tidak disambut oleh Adelia.

“Jadi, inilah calon madu saya?” Pandanganya terus menusuk ke arah suaminya. Tidak dihiraukan riak wajah Yasmin yang sedikit tercengang itu.

“Apa yang Delia mengarut ni?” Tanya Rafie sedikit panik. Sejak bila Adelia pandai cemburu menggila seperti ini?

“Bukan ke awak pernah cakap yang awak nak cari bini baru dulu? Jadi sekarang dah jumpalah eh?” Sinis Adelia mengerling ke arah Yasmin. Memang gadis itu cukup sempurna untuk dijadikan seorang isteri. Nak cakap muda, mungkin mereka sebaya! Nak kata cantik, perempuan ini memang dalam katergori yang cantik. Apa lagi lebihnya perempuan ini sehingga suaminya ini sanggup menduakannya?

“Awak dah salah faham Adelia..” Yasmin mula hendak memperbetulkan keadaan.

“Oh… balik-balik saya jugaklah yang salah! Bila awak dah rampas suami orang, awak tak rasa serba salah pulak?” Mencerlung mata Adelia memarahi Yasmin. Yasmin mula mengarukan kepalanya yang tidak bertudung itu.

‘Ya Allah, perempuan macam ni yang Rafie mahu? Perempuan yang sanggup mendedahkan kecantikkannya dihadapan dunia? Perempuan seperti ini yang dibanggakan oleh Rafie?’

Yasmin mula menarik sedikit hujung lengan kemeja miliik Rafie namun cepat-cepat Adelia bertindak dengan menepis tangan itu kasar!

“Delia!” Rafie sudah mula hendak menyinga dengan perangai tanpa usul periksa isterinya itu. Susah jika perasan curiga dan cemburu mula membelit seorang isteri. Lantas kewarasan akal fikiran hilang ditelan amarah.

“Sebab perempuan ni, awak sanggup tengking saya Rafie? Kalau awak nak sangat bersentuhan dengan dia, awak kahwin jelah dengan dia! Saya pun tak sanggup nak bersekongkol untuk menangung dosa awak!” Adelia mula rasa hendak menangis.

Yasmin mula rasa serba salah!

“Delia…” Yasmin mula memanggil lembut. Namun apabila panahan mata Adelia menyerang pandangannya, terus Yasmin kematian kata-kata. Air liurnya juga seakan-akan tersekat di kerongkong.

“Saya tak mahu tanggung dosa kalian… Jadi saya akan benarnya korang berkahwin! Tapi dengan satu syarat….” Kata-kata Adelia terhenti di situ. Matanya mula mencari anak mata Rafie.

“Awak kena lepaskan…. saya…” Air mata Adelia mula menitis untuk menjadi saksi beban kesakitan di hatinya.

Rafie tergamam! Yasmin terpempam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience