Bab 7/4

Romance Completed 11030

Secara automatik dia bangkit dari tilam itu apabila matanya tertancap kepada potret besar wajahnya sewaktu berumur lima belas tahun di muka dinding bilik ini.

Reaksi wajah budak perempuan ini tersenyum manja memakai baju kurung Pahang berwarna unggu lembut. Rambutnya yang ikal mayang ditocang satu dan dihalakan sebelah kanan bahunya.

”Ini waktu aku umur berapa nie, bila gambar ni diambil? ”Kenanga berbisik sendiri. Berkerut dahinya cuba mengingatkan kembali. Selepas percubaannya untuk menginggat kembali gambar ini diambil gagal, dia terus menhempas tubuhnya kembali ke tilam itu.
Kepalanya dipusingkan untuk menghadap lampu meja. Secara tidak sengaja wajah ibu,ayah dan abang Dayyan tertera di bingkai gambar sebelah dengan lampu meja itu. Kenanga yang terkejut terus mengambil bingkai gambar itu dengan tergesa-gesa.

Lampu meja dibuka lalu gambar itu ditenung lam olehnya. Ini merupakan gambar keluarga mereka pada perayaan Aidilfitri setahun sebelum Fareel menyambung pelajaran ke German.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience