Bab 5/1

Romance Completed 11030

Kehidupan Fareel selepas tamat SPM menepati jangkaan semua pihak. Dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik negeri dan mengikuti A level di German Malaysia Institute. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran di German dalam bidang perubatan.

Ah mei menyedari hubungan Kenanga dengan Fareel semakin tidak baik selepas peristiwa mercun bola itu. Dia pernah cuba mengorek rahsia isi pergaduhan mereka. Seperti biasa, kenanga menukar topik perbualan seperti tidak mahu membicarakan tentang pergaduhan mereka itu lagi.

Kenanga selalu memberitahu Ah mei bahawa Fareel jarang balik ke rumah sejak belajar di German Malaysia Insititute yang terletak di Kuala Lumpur. Setiap kali Fareel balik ke kampong, Kenanga pasti akan memerap di dalam bilik ataupun melepak di rumah Zila sepanjang petang selepas balik dari sekolah.

Ah mei asyik dalam lamunan mengingatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup Kenanga.Dia berasa amat simpati dengan temannya terutama sekali kejadian kebakaran itu. Perkara itu berlaku sewaktu Kenanga tengah bersedia untuk mengambil peperiksaan akhir semester kedua.

Dia bergegas balik ke kampung selepas mendapat panggilan kecemasan daripada pihak polis. Dia dan Zila turut balik ke kampung untuk menemani Kenanga menguruskan majlis pengebumian keluarganya.

Laporan autopsi menunjukkan berlaku lintar pintas di dapur rumah Kenanga. Jenazah keluarganya tidak menunjukkan sebarang kecederaan fizikal. Meraka meninggal dunia disebabkan lemas di dalam asap kebakaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience