Bab 8/4

Romance Completed 11030

Lengan bajunya disinsing lalu menunjukkan lengannya yang putih dan berurat hijau. ”Makin putih dia duduk luar negara” bisik hati kecil Kenanga. ”Makanlah, aku nak pergi keje kejap lagi” jelas Fareel.

”Kau kerja dekat mana?” tanya Kenanga ingin tahu. ”Sekarang ni aku keje dekat Pantai medical centre Shah Alam” jawab Fareel. Kenanga mengambil roti yang disapu jem lalu digigitnya perlahan mengalih matanya daripada menatap wajah  wajah Fareel ketika berbual.

”Pagi ni ade kelas tak?” lembut suara Fareel bertanya.Kenanga merenung Fareel. ”Lelaki ni dah berubah sikit. Semalam jer dia masih kasar dengan aku” getus di dalam hatinya.

”Petang nanti dalam pukul 2 ade kelas” jawab Kenanga tersipu-sipu malu kerana menjawab soalan Fareel lambat. ”Nanti aku hantar kau ke kelas” ucap Fareel berbentuk arahan daripada ajakan. ”Eyh takper. Aku nak balik rumah sewa aku lepas sarapan ni” ujar Kenanga seperti mahu memberitahu lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience