Bab 12/3

Romance Completed 11030

 ”Aku masih tak habis belajar lagi Fareel” terukir senyuman Kenanga ke arah Fareel yang melutut  di depannya. ”Aku yakin ibu dan ayah kau maksudkan bila kau dah habis matrikulasi.

Aku tak halang kau untuk habiskan ijazah kau di UKM. Kau kena habiskan dengan jayanya. Itu pekara yang paling utama aku nak kau buat selepas kahwin dengan aku” ujar Fareel tersenyum lebar. Dia dapat rasakan yang Kenanga hampir setuju dengan lamarannya.

”Aku rasa lambat sikit aku nak habiskan belajar di UKM tu” gomel Kenanga malu untuk ceritakan masalah pelajarannya. ”Yup, kalau dah ponteng kelasnya mestilah gagal banyak subjek” Fareel mengusik Kenanga yang memandang tempat lain malu apabila cerita belajarnya jadi bahan usikkan Fareel.

”Aku tak kisah, yang penting kau habis belajar. Macam mana, sudi tak kahwin dengan aku. Sakit lutut nie melutut” perli Fareel sambil memegang erat jari-jari Kenanga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience