Bab 2/1

Romance Completed 11030

”Sejak bila kau nie rajin Ah mei. Bukan kita baru kena denda dengan cikgu Murad minggu lepas sebab tak siap kerja dia. Satu lagi, Cikgu Murad mana ada minggu ni.Dia kan amik cuti kecemasan sebab nak teman bini dia balik Kelantan” terang Zila hairan dengan penipuan Ah mei. ”Jom la” gesa Ah mei lagi. Akhirnya Zila baru perasan dengan kehadiran lelaki itu. Dia baru faham dengan situasi sebenar.

”Kenanga, aku sekarang ni dah bertaubat nak belajar sungguh-sungguh tau. Aku nak setaraf dengan orang yang aku suka. Aku dengan Ah meý pergi dulu eyh” Zila meminta izin untuk balik ke rumah. Dia seperti tidak mahu beredar dari situ. Terkenyit-kenyit matanya lagak seperti perempuan kena angau ke arah belakang Kenanga. Ah mei menarik kuat tanggan Zila untuk beredar dari rumah Kenanga. “Woi!!!!!!! Tak nak pergi ker?

Zila!!!!!!!! kata idea aku best tadi” jerit Kenanga sekuat hati ”ishhhhh...kenapa la dyorang nie...buang tabiat ker nak belajar. Tak pernah-pernah rajin macam ni” Kenanga menggomel di dalam hati. Akhirnya Kenanga berpusing untuk memasuki rumahnya.

Dia hampir terjerit kerana  terkejut apabila terlihat sekujur badan lelaki berunifom pengawas berada di belakangnya. “Abang Dayyan ker? Tak silap aku abang Dayyan bukan pengawas. Dia pelajar biasa jer. Habis la aku, Fareel yang pengawas atau kata lain yer ketua pengawas” desis hatinya kini. Fareel memang pelajar lelaki yang pintar dan berkaliber di sekolah itu kata abang Dayyan setiap kali mereka balik cuti di rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience