Bab 7/1

Romance Completed 11030

Ah mei tersenyum sumbing dengan kesudahan pergaduhan ini manakala Zila menggigit kain hujung lengan bajunya tanda cemburu dengan apa yang dilihatnya.

Beg tangan Kenanga dihulur kepada Fareel untuk menyuruh dia membawa Kenanga keluar dari sini. Fareel yang paham dengan tindakan Ah mei menyambut mesra.

Dia tidak melepaskan pelukkanmya di mana wajah Kenanga sedang disembamkan ke dada bidangnya. Selepas memegang beg tangan Kenanga, dia perlahan melepaskan pelukkan antara dirinya dan Kenanga dan memapah

Kenanga keluar dari kelab malam itu. Pintu kereta Honda hybrid biru metaliknya dibuka dan Kenanga dipakaikan tali pinggang sebelum dia duduk di bahagian pemandu.

Dalam perjalanan balik, Fareel hanya mencuri pandang ke arah Kenanga yang duduk di sebelahnnya. ”Apa yang dia pikirkan” desis di dalam hatinya.

Kenanga memusingkan badannya ke arah pintu kereta untuk mengelakkan dia daripada berhadapan dengan Fareel. Tiada perbualan antara mereka sehingga sampai ke kawasan banglo setingkat elit di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience