Bab 9/3

Romance Completed 11030

Kenanga disitu hanya diam terpaku dengan perlakuan mesra Fareel. Sentuhan jari-jari runcing Fareel ke atas jari-jarinya membuatkan dia seperti terkena kejutan elektrik. Badannya terasa panas dengan sentuhan itu.

”Aku tahu kau tak boleh maafkan aku. Seperti kau, aku pun tak boleh maafkan diri aku sendiri. Mesti kau terseksa menghadapi perkara itu berseorangan” suara Fareel serak menahan perasaan.

”Aku bukan sahaja terseksa Fareel, aku takut” luah Kenanga sebak. ”Sampai sekarang aku masih takut” tambah Kenanga sambil menarik tanggannya untuk mengesat air mata di tubir matanya.

”Apa yang kau takut Kenanga. Aku akan sentiasa berada di sisi kau” pujuk Fareel lembut. ”Senangnya kau berjanji, mana kau waktu kebakaran itu berlaku” tempelak Kenanga mempersoalkan janji Fareel. ”A..ku buta Kenanga” Fareel tergagap-gagap menjawab pertanyaan Kenanga. ”Kau buta?” balas Kenanga kembali dengan pertanyaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience