Bab 2/3

Romance Completed 11030

Keadaan bilik ini memang menunjukkan personaliti Fareel sebagai seorang ketua pelajar. Katil bujang yang terletak di sudut bilik kemas dengan cadar yang tegang menandakan Fareel telah mengemaskan biliknya sebelum balik ke asramanya. Meja belajarnya penuh dengan buku rujukan untuk menghadapi sijil pelajaran Malaysia.

Formula-formula matematik dan ayat motivasi penuh di dinding meja belajarnya. Cahaya terus menusuk masuk ke dalam bilik itu apabila Fareel membuka pintu tingkap bilik ini.Dia mengarahkan Kenanga untuk duduk di atas katil sementara tangannya mengheret kerusi meja belajarnya untuk berhadapan dengan Kenanga.

”Aku nak kau jujur, kau ada masuk bilik aku tak selama aku takda nie?” Fareel melemparkan bom soalan kepada Kenanga tanpa berselindung. ”Ta...tak” balas Kenanga menepis tuduhan itu dengan gugup. Jawapan yang diberinya kepada fareel sedikit gugup.

Ini bukan kerana dia takut untuk menipu tetapi dia merasakan jantungnya berdebar kencang apabila lutut kaki Fareel bertemu dengan lutut kakinya.Fareel sudah hidup bersama dengan keluarganya sejak lima tahun lalu selepas kemalangan maut yang menimpa kedua-dua ibu bapa Fareel. Selama lima tahun itu,Kenanga tidak pernah bertembung dengan Fareel serapat begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience